Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

KUZI KAMBING

Kuzi ni sangat popular di Kelantan lebih2 lagi kuzi ayam. rempah kuzi pun mudah didapati di sana tp sekarang mudah nak dapatkannyer di pasar-pasar tani, kalau tak ade rempah kuzi pun kita boleh gantikan dengan rempah kurma. oleh kerana rasanyer sedikit2 manis memang sedap dimakan dengan roti / roti canai...lebih sedap kalau dimakan keesokkan harinyer...terasa rempah ratusnyer

1 kg kambing (mama guna kaki/lamb shank)
1 cawan kismis hitam - goreng sekejab
1 cawan kacang tanah / (kacang gajus pun sedap) - disangai
1/2 botol sos tomato
3 sudu rempah kuzi
3 sudu minyak sapi ( minyak masak pun ok)
1/2 tin susu cair
2 sudu susu pekat
6 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 hiris halia - tumbuk halus
5 biji bawang merah besar - hiris nipis
minyak dan garam secukupnya

cara-caranya

kaki kambing digaul dan perap sekejab dengan sedikit tepung kemudian dicuci bersih
bawang besar digoreng garing,kemudian ditumbuk halus & ketepikan
kaki kambing yang dibersih digaul dengan halia, sedikit garam dan sedikit bawang goreng tumbuk diperap sekejab lalu direbus (didihkan dulu,tutup periuk dan kecilkan api biar merenih sambil dikacau sekali sekala)
panaskan minyak sapi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing lalu masukan rempah kuzi yg telah dibancuh dengan sedikit air biarkan garing dan wangi baru masukan susu dan tomato bila mendidih masukkan kambing yang telah direbus tadi setelah akhirnya masukan kismis dan kacang goreng.


Monday, March 12, 2012

DAGING MALBARI

ala-ala lauk nasi kandaq juga nih...

sumber & tq : aziancollections.blogspot.com
BAHAN-BAHAN

1 Kilo daging
1/4 cawan kicap manis
2 tbsp serbuk jintan manis
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang*
10 ulas bawang merah*
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1/2 cawan cili kisar
2 tbsp cuka
2 biji biji bawang besar
4 tbsp kismis hitam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris nipis-nipis daging dan perapkan bersama cili kisar, kicap, cuka dan 1 tbsp jintan manis. Perap semalaman akan menyedapkan lagi rasa daging.
2. Kisar bahan yang bertanda *. Tumiskan rempah penumis dan masukkan bahan kisar.
3.Masak hingga naik bau. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk atau kuahnya menjadi pekat bersalut. Tambahkan kicap jika warna kuah kurang hitam.
3. Jika anda tidak menggunakan cuka atau sos hoisin masukkan air asam jawa secukup rasa. Masakan ini seharusnya ada rasa masam.
4. Masukkan kismis dan lebihan jintan manis, gaul rata. masukkan pula bawang besar yang di hiris kasar. Gaul rata biarkan sebentar dan angkat.



Saturday, February 26, 2011

PARU GORENG BELADO


kata orang organ2 dalaman ni tak begitu elok ~ dah digemari nak wat camno? sekali-sekala bolehlah no...

bahan-bahan dan peraturan memasaknya

1 kg paru dipotong2 cuci, rebus dengan 5 helai daun salam, 1/2 sudu teh garam dan air secukupnya hingga empok ~ sejukkan baru dihiris nipis dan goreng dengan minyak yg banyak hingga kering.
8 - 10 tangkai lada merah dikisar kering ~ kasar2 je
7 ulas bawang putih dicincang
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya sahaja
1 cawan minyak untuk menumis
2 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
1 sudu teh garam

panaskan minyak ~ tumis bawang putih cincang
masukkan lada merah kisar ~ goreng hingga naik bau
masukan gula dan garam ~ kacau sebati
akhir sekali masukan jus limau dan paru goreng, masak hingga untuk beberapa minit.

Friday, August 27, 2010

DAGING NASI KANDAR



senang je masak lauk ni campak semua dalam kuali renih sampai daging empok ...umppp memang terasala kekandaq-an nyer itu..
sumber cikgu Nor Pishah, oghang Tanjung (Penang) yang selalu dok mengajar kat Bake With Yen dia juga pemilik Nor Cooking Centre di Plaza Dwi Tasik, Cheras

bahan-bahannya

600 gm daging lembu potong lebar (2 in)
300 gm bawang besar hiris bulat-bulat
2 tbsp cili serbuk
5 tbsp serbuk ketumbar
4 batang serai diketuk
2 keping asam keping
1 cawan minyak
2 mangkuk air
1/2 cawan daun kari


bahan untuk digiling/kisar

1 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
bahan perasa seperti garam & gula dan sebagainya
(mama atiq tambah kiub daging & kicap manis utk dptkan warna yg agak gelap)

cara-cara

campur semua bahan di atas, masak hingga pekat dan naik minyak.
selain nasi putih sgt sesuai digandingkan dengan nasi minyak & beriani


Monday, August 23, 2010

DAGING KETUK

bertemu lagi dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhon...hari ni resepi kita agak klasik ye puan-puan...maklumlah resepi ni diperturunkan oleh arwah nenek mertua kesayangan mama hu hu.. ranggup & sgt membangkitkan selera..sgt sesuai dijadikan juadah sahur, daging yg diketuk digoreng garing, pastu goreng bawang kecil, ketumbar biji & cili kering


pilih daging lembu tempatan yg segar (yg import dr India tu sebenarnya daging kerbau!)
potong besar jugaklah tp ikut urat ye jgn melintang, jgn cuci atau kena air dulu pastu gaul garam kasar ( arwah nenek mama guna garam kasar) tp mama guna garam halus je kemudian perapkan semalaman atau sekurang 4 jam baru lah dicuci bersih & dijemur ~ mula-mula mama cucuk daging tu kat dawai & ikat cam ampaian ~ lebih kurang macam jemur kain
paling penting cuaca mesti panas terik kalau tidak daging akan bercendawan, kalau kuar cendawan butang sedap gak wat sayur he he , bila dah agak kering baru pindahkan ke nyiru mcm dlm gambar di atas ~ jemur lg sampai kering 2-3 hari jugaklah
bila kering daging tu dibakar guna bara api / grill, mama guna kuali leper je pastu baru di ketuk2 ~ rupanya macam gambar dibawah sampai tahap ni daging boleh di simpan utk kegunaan bila2 masa ~ kalau dulu semasa nenek mertua mama masih ada bulan ramadan gini mesti terima parcel dr kampung yg berisi daging ketuk yg dah siap, serondeng dll ~ u hu sedih nyer...moga Allah cucuri rahmat ke atasnya juga ke atas insan lain yg telah pergi....



sekian ye puan2 ketuk-ketuk ramadan utk hari ni, bertemu lg disiaran akan dtg. cuba yg jgn tak cuba...he he

penghargaan buat arwah nenek mertua kesyangan, moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya

Monday, February 8, 2010

DAGING GORENG KACANG PIS



400 gm daging lembut (batang pinang)hiris nipis
100 gm kacang pis
100 gm cendawan butang dihiris
100 gm rebung dihiris
5o gm hirisan halia

bahan perap
1 sudu kicap
1sudu sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit stok daging

perencah
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil gula
3sudu besar air

perap daging dengan bahan perapan selama +- 10 minit campur 1 sudu minyak dan gaul rata, panaskan minyak goreng daging hingga hampir masak dan toskan
dengan 2 sudu minyak tumis haliadan ramuan lain masukan daging dan bahan perencah, kacau dengan cepat dan hidangkan panas2

Saturday, December 12, 2009

RENDANG PALEMBANG (2)

Hitam manis...hitam manis ...hitam manis amendenye dah hitam legam daa..... namun yang pasti ko tetap menyelerakan...

Resepi dapat dari radio....memang syok kalau ngemas rumah sambil berhibur dengar radio...banyak info yg kita dapat...dah tak ingat bila tp resepi ni dapat dari satu program radio dibulan ramadan kalau tak salah Selangorfm... kalau Era atau Hotfm mana nak siar resepi plak..he heh...

yang harus disediakan

1 kg daging segar
20 biji cili kering
1 bungkus rempah kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 in halia
1 in lengkuas
5 batang serai
10 pelepah daun kari
1/2 botol kecil kicap lemak manis
1 mangkok santan pekat
minyak untuk menumis

daging dipotong ikut citarasa, dibersihkan dan rebus sekejab
cili kering bawang merah, bawang putih, halia lengkuas dikisar
serai di ketuk2
tumis bahan kisar bersama daun kari, serai hingga wangi, masukan daging bersama air rebusan, kicap dan santan... gunakan api perlahan tutup kuali dan biar merenih, kacau selalu biar kuah agak pekat

Wednesday, December 9, 2009

DAGING DENDENG

Hasil skodeng rumah UMMI ... biar pun remeh tp berbaloi...memang menetapi citarasa


Kopipes terus dari rumah ummi ...terimakasih byk kerana sudi berkongsi resepi

Bahan:-
1 kilo daging fresh

Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging.

cenggini le rupa daging yg mama dah tumbuk keletung kelentang
Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Ta daaaaaaaaa siappp!


Monday, September 7, 2009

GULAI DARAT


oghe kelate maksudkan darat tu hulu...kira kampungla...yg dok ceruk jauh nun kat pedalaman...kalau dorang cakap mu ni darat lah...kiranye awak tu peghak la. ala-ala kampung gitu...cam mama nih ...apa-apa pong gulai darat memang sedap...pada tekak mama la....

bahan2 tak sukat la men campak2...
A
daging cincang potong kecil

B
santan
kerisik
sedikit daun kesum
garam, asam gelugor
sedikit gula nise (gula gerek/gula melaka)

C
bahan kisar ...kalau org ulu dorang tumbuk pakai lesung
sket je cili kering kuahnyer pun kuning2 gelap x merah
ketumbar biji
kunyit
lengkuas
bawang merah
bawang putih

daging digaul bahan C perap sekejab
masak tak payah tumis, tutup periuk perlahankan api biar merenih...bila sebati masukan bahan B masak sampai daging empuk tapi masih berkuah...daun kesum last sekali..

Tuesday, April 21, 2009

DAGING HITAM NASIK KANDAQ

ini kak ton MyR yang masak

ini yani MyR yang punyerrr

yang ini dimasak ruzalila80 (katanyer manis)

yang ini dimasak princess haryati

n3 kali ni, dari mama dok melangut x wat aper2, mama pong gi jalan2 kat MyR...dan ambik balik resepi yang mama sendiri antar,... x buruk siku kot!! dah lama mama tak masak lauk2 berdaging ni, konon2 nak kurangkan makan daging..alahai, lauk2 lain pun sama jugak..dah lama sangat mama tak masak...nak wat camner keadaan memaksa..(ye kerrrrr!!) tak cayer?? betul la...memang keadaan selalu memaksa mama makan kat luar...terpaksa namun senang ati... (alasan sangat2 munasabah taw) lagi satu dolu2 lepas masak... melantak jer takder nak ambil2 gambarnyer almaklumlah tepon mama dolu2mana ada kamera cam uol lani...kamera pong baru la ni ada yg digital, dolu2 seksa nak kena pi kedai gambaq jauh nun....uwaa!!! sob! sob! sob !sedeynyerrrrrrr...jadi oleh kerena gambar masakan ni mama tak der, mama pong pi carik merata-rata ...penat taw !!!..tak sangka akhirnyer jumpa, maka mama pong dengan selambe dan tak rasa bersalah sket pong jua dengan ala2 ganaz gitu..terus menukil..di blog princess haryati yg wangi harum semerbak penuh bungaan , yg dok jauh nun di Findland, juga mama jumpa kat blog ruzalila80 yg ayu jelite tu, dan ofkos la pic yg kak ton & yani antar kat MyR.......I am sorry!!! (gaya amir raja lawak) jangan mare!!!.. RESEPI MAMA PUNYER... pic uol punyer.. ok ler tu... kire seri 0-0...kire halal lah yer untuk sumer2 ...heh heh!....sonok sungguh wat keje nih...
*pics masakan diambil sepinggan-sepinggan dari blog princess haryati, blog ruzalila80 dan pic yg kak ton & yani antar kat MyR... muahhh!!!tenkiu 4kali, sekali untuk seorang....bukan shenang ini keleje manyakk shushah ma.. ...har ! har ! har!

jeng! jeng! jeng! inila resepinyer...

bahan2nyer
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar (banyaknyer guna yg kecik2 lah yer)
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka

Cara-cara daging potong 18
bawang kecil, bawang putih halia di kisar
bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
ha....ini la daging hitam nasik kandaq :)

tak ketinggalan juga mama letak komen dari siti75 kat MyR:

salam, saya ahli baru.dah cuba resepi ni utk lunch.mmg terangkat.ank 2 sampai jilat pinggan.selalu buat daging kicap je.x sempat ambil gambar dah licin.

*yer ker siti75..sukernyer...mama!!!...mama bukan perasan...memang itulah yang dilaporkan siti75...jangan nyampas..mama kopipes aje...apa-apa pun sekali lagi mama ucapkan ribuan tima kashih untuk sumer2.. mama sayang uol sumerrr...rajin2lah masak wahai isteri2 solehah dan ibu2 mithali...:muahhhh!!!.... ish lapaq la pulok, lepas ni ingat cheq nak pi restoran pelita pekena nasik kandaq...jom!!!...meh la ikut...jum mama banjer...:)

Sunday, April 19, 2009

RENDANG PALEMBANG (1)


masa jamuan kat opis, ada kawan bawak rendang nih, hitam manis jer rupanyer…menarik perhatian mama, rasa sedaplah pula,... rasa sesuai jer ngan tekak mama ni,maka dengan tak malunyer mama pun apa lg. bawa kertas dan pen mengendeng2 la resepinye….rupa-rupanyer rendang tu resepi mak mertuanye…oghang mesia taw…bukan oghang palembang….rendang ni manis2 skit rasa nyer sebab kiter guna kicap lemak manis….yang tak suker manis “I am sorry!!!!”

takder sukatan yang tepat lebih kurang ajelah ye…

1kg daging guna daging lembut
cili kering atau cili merah secukup tahap kepedasan anda
bawang merah lagi banyak lagi sedap kuah akan pekat
bawang putih 5 ulas cukup kot
halia pun agak2 la
½ botol kicap lemak manis
santan secukup lemak
daun kari
garam tak payah letak, cukuplah ngan masin kicap tu

cili, bawang2 dan halia dikisar lalu digaul dengan daging bersama kicap dan daun kari….perap ½ jm ke atau sejam ke…agak2 la....pastu tumis bahan2 yang diperap…. masak hingga daging empuk baru masukkan santan masak lagi hingga pekat kuahnyer.