Saturday, March 31, 2012

KUZI KAMBING

Kuzi ni sangat popular di Kelantan lebih2 lagi kuzi ayam. rempah kuzi pun mudah didapati di sana tp sekarang mudah nak dapatkannyer di pasar-pasar tani, kalau tak ade rempah kuzi pun kita boleh gantikan dengan rempah kurma. oleh kerana rasanyer sedikit2 manis memang sedap dimakan dengan roti / roti canai...lebih sedap kalau dimakan keesokkan harinyer...terasa rempah ratusnyer

1 kg kambing (mama guna kaki/lamb shank)
1 cawan kismis hitam - goreng sekejab
1 cawan kacang tanah / (kacang gajus pun sedap) - disangai
1/2 botol sos tomato
3 sudu rempah kuzi
3 sudu minyak sapi ( minyak masak pun ok)
1/2 tin susu cair
2 sudu susu pekat
6 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 hiris halia - tumbuk halus
5 biji bawang merah besar - hiris nipis
minyak dan garam secukupnya

cara-caranya

kaki kambing digaul dan perap sekejab dengan sedikit tepung kemudian dicuci bersih
bawang besar digoreng garing,kemudian ditumbuk halus & ketepikan
kaki kambing yang dibersih digaul dengan halia, sedikit garam dan sedikit bawang goreng tumbuk diperap sekejab lalu direbus (didihkan dulu,tutup periuk dan kecilkan api biar merenih sambil dikacau sekali sekala)
panaskan minyak sapi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing lalu masukan rempah kuzi yg telah dibancuh dengan sedikit air biarkan garing dan wangi baru masukan susu dan tomato bila mendidih masukkan kambing yang telah direbus tadi setelah akhirnya masukan kismis dan kacang goreng.


Tuesday, March 27, 2012

SPAGGETI SUP



700g tulang lembu
1 bungkus sup bunjut
air secukupnya
4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
2 kiub daging
daun sup / daun bawang
bawang goreng
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah
bahan perasa - garam, gula dan sebagainya
peraturan

halia  dan bawang putih ditumbuk, panaskan minyak tumislah bawang putih dan halia ni sehingga sehingga wangi masuklah air dan tulang yang sudah dibersihkan, rebuslah sehingga tulang empuk.
masuklan ubi kentang dengan lobak merah,rempah sup bunjut dan juga kiub daging, biar sehingga lobak merah dan ubi kentang empuk. spaggeti direbus lembut (ikut peraturan dibungkusan) dan toskan.
hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang, bawang goreng, kalau nak pedas-pedas masam boleh tambah hirisan cili padi & perahan limau nipis.

Monday, March 26, 2012

BINGKA ROTI

tidak sesekali membazir makanan...itulah tekad mama...jadi roti yang tak pernah habis makan tu mama kumpul dalam freezer...pastu bolehlah digunakan buat macam-macam kuih termasuk bingka ini...



resepi rujuk dan kopipes dari myresepi...terimakasih mass80 

bahan-bahan-nya
5 keping roti
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila
mama tambah sedikit kismis dan pewarna kuning

cara-cara

Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan minyak dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..
Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba...

Sunday, March 18, 2012

COLEK / PENCICAH BUAH

Zaman remaja dulu-dulu masa dok kat kampung..petang je mulalah kait buah...tak kirala mangga muda ke, betik mengkal ke, limau gedangsa depan rumah abis dibuat makan "garam belacan"...paling ringkas..belacan, cabai melaka ngan gula  tenyeh2 dalam kicap pun layan kemain...:) kalau terlebih rajin tumbuk cili kering ngan belacan & gula melaka...untuk betik & jambu batu hanya masamkan pencicah tu ngan cuka ermm memang terangkat...



Sos pencicah ni pun tak kurang enaknya...sesuai sangat dengan mangga muda, jambu air, limau bali dll..kebiasanya mama kirim kawan yg balik Pengkalan Kubur  beli kat Takbai Thailand, terjumpa resepi ni kat buku Sos Pencicah Thailand...ermmm.dah boleh buat sendiri tak payah lagi kirim orang belikan...

bahan-bahannya

60 gm bawang merahdihiris nipis
70 gm udang kering ditumbuk
15 gm cili padi merah/hijau tumbuk kasar atau hiris
160 ml air
160 ml sos ikan thai (sos nampla)
300 gm gula melaka

peraturan membuatnya

masukan gula melaka, sos ikan dan air dalam periuk, guna api kecil masak hingga pekat, tambah bawang kecil, udang kering dan cili api didihkan lagi dan tutup api.sos ini tahan lama simpan dalam botol bertutup.

Monday, March 12, 2012

DAGING MALBARI

ala-ala lauk nasi kandaq juga nih...

sumber & tq : aziancollections.blogspot.com
BAHAN-BAHAN

1 Kilo daging
1/4 cawan kicap manis
2 tbsp serbuk jintan manis
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang*
10 ulas bawang merah*
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1/2 cawan cili kisar
2 tbsp cuka
2 biji biji bawang besar
4 tbsp kismis hitam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris nipis-nipis daging dan perapkan bersama cili kisar, kicap, cuka dan 1 tbsp jintan manis. Perap semalaman akan menyedapkan lagi rasa daging.
2. Kisar bahan yang bertanda *. Tumiskan rempah penumis dan masukkan bahan kisar.
3.Masak hingga naik bau. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk atau kuahnya menjadi pekat bersalut. Tambahkan kicap jika warna kuah kurang hitam.
3. Jika anda tidak menggunakan cuka atau sos hoisin masukkan air asam jawa secukup rasa. Masakan ini seharusnya ada rasa masam.
4. Masukkan kismis dan lebihan jintan manis, gaul rata. masukkan pula bawang besar yang di hiris kasar. Gaul rata biarkan sebentar dan angkat.



Saturday, March 10, 2012

SON IN LAW EGGS

nama siamnyer‘khai luuk kheuy’...( 'khai' = egg + 'luuk kheeuy' = son-in-law) kononnyer resepi asal menggunakan telur burung ...termenung sekejab kenapa namanyer camni...tentu ada sejarah disebaliknyer..mungkin satu amaran untuk menantu yg nakal...he he
resepi ambil kat sini

* 4 biji telur,direbus dan dikupas kulitnya
* 2-3 biji bawang merah,dihiris nipis2,untuk buat bawang goreng
* minyak secukupnya untuk deep fry
* daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan
* Bahan untuk sos asam jawa :
* 1/2 sudu besar sos ikan(atau secukup rasa)
* 2 sudu besar gula melaka(atau secukup rasa)
* 4 sudu besar air asam jawa
* 1 biji bawang putih,dicincang
* 1 sudu kecil emping cili kering(cili kering yang diblend kering & kasar2)
* 1 sudu besar kacang goreng tumbuk / peanut butter
* 1 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Goreng telur rebus tadi sehingga kekuningan,dengan cara deep fry.Toskan minyak dan belah 2.Susun di atas pinggan
2. Goreng pula bawang merah hingga garing untuk dijadikan bawang goreng
3. Panaskan minyak dalam kuali,dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula kepingan cili kering dan kacang dan kacau
4. Masukkan air asam jawa,gula melaka dan sos ikan dan didihkan.Klau pekat sgt,bleh la tambah air sket
5. Tuangkan sos di atas telur dan taburkan bawang goreng serta daun bawang/daun ketumbar


Friday, March 9, 2012

SIAKAP GARING BERKICAP

Inilah hasil tangkapan baba ...semalaman mancing dah le sekor je dapat, cenonet pulok tu .... apapun Alhamdullilah ada gak rezki...syukur..

BAHAN-BAHAN
seekor ikan siakap
garam kunyit (mama tumbuk dengan sedikit bawang putih & halia)
bawang putih kalau suka letakla banyak
halia kalau suka letak banyak juga
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
ikan disiang dibersih dan lumurkan garam kunyit, goreng garing
dan letakkan dalam pinggan
bawang putih dan halis di hiris kecil macam batang mancis
dan digoreng hingga wangi keemasan jangan sampai gelap warnanya nanti bawang putih akan pahit angkat dan toskan, tambah minyak masak dalam kuali yang sama dan goreng ikan hingga garing,cantik kalau guna minyak yang banyak, setelah garing toskan dan letak dalam pinggan taburkan separuh bawang & hlia goreng,sudukan sos kicap rata-rata dan tabur lagi separuh bawang goreng

BAHAN SOS KICAP
cili padi ikut tahap kepedasan anda
2 ulas bawang putih
Kicap lemak manis
sedikit perahan limau nipis

Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. tuang kicap secukupnya,


Thursday, March 8, 2012

NASI KOMOK


Baru2 ni ketika ke Kelantan mama ambil kesempatan ke Pasar Takbai Thailand...macam2 lah ada, termasuk rempah ratus basah seperti pes kari hijau, pes kari kuning dan serbuk rempah nasi komok...oleh kerana Atiq suka sangat nasi komok ni maka mama belilah rempahnyer yg dipeket kecil2..seringgit je sepeket...tp tak tahula pulak cara nak memasaknyer...nasib baikla ada pakcik google yg banyak sangat membantu dapat lah mama rujuk di SINI

sumber dan kopipes dr : http://aziancollections.blogspot.com

resepi asal guna ayam tp mama menggantikannya dengan udang

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

SOS:-
1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.