Showing posts with label noodle / pasta. Show all posts
Showing posts with label noodle / pasta. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

MEE HOON GORENG LADA HITAM

Asyik dok makan meehoon bercili sesekali nak juga makan meehoon yg kaler putih ....resepi rujuk kat Myresepi oleh waheedeana
*resepi dikopipes dari sana ...terimakasih.

bahan-bahan:

1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
( * ) bahan dikisar bersama
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak

cara-cara

panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar
masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Tuesday, March 27, 2012

SPAGGETI SUP



700g tulang lembu
1 bungkus sup bunjut
air secukupnya
4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
2 kiub daging
daun sup / daun bawang
bawang goreng
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah
bahan perasa - garam, gula dan sebagainya
peraturan

halia  dan bawang putih ditumbuk, panaskan minyak tumislah bawang putih dan halia ni sehingga sehingga wangi masuklah air dan tulang yang sudah dibersihkan, rebuslah sehingga tulang empuk.
masuklan ubi kentang dengan lobak merah,rempah sup bunjut dan juga kiub daging, biar sehingga lobak merah dan ubi kentang empuk. spaggeti direbus lembut (ikut peraturan dibungkusan) dan toskan.
hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang, bawang goreng, kalau nak pedas-pedas masam boleh tambah hirisan cili padi & perahan limau nipis.

Wednesday, October 6, 2010

MEEHOON IKAN BILIS

stok bahan mentah dah abes, esbox pun dah kosong, ari minggu asyik gi kenduri kahwin ngan ari terbuka raya, tak sempat lak ke pasar...malasnya nak keluar, baba pulok seharian ngadap tv ~ nonton sukom new delhi

yg ada...meehoon, ikan bilis n telor ~ layan ajelah
meehoon putih bodoh2 pun sedap la jugok!! :) makan pulok ngan sambal kicap ~ pergh!! kalau lah hari-hari berselero makan camni..sgt berjimat cermat ~ x lama je kayo mok cik !! hik hik..


bahan-bahan
1/2 bungkus meehoon (mama suka cap bintang kerana x mudah hancur)
segenggam ikan bilis
lobak merah parut kasar
minyak untuk menumis
kicap cair (sos ikan cap sotong)
2 sudu besar lada sulah (mama guna ajishio)
5 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 biji telur
daun bawang, tomato dan cili untuk ditabur

peraturan

rendam meehoon hingga lembut, toskan.
tumis bawang2 hingga naik bau, masukkan ikan bilis goreng sebentar.
masukkan kicap cair dan lada sulah gaul lagi. masukan lobak merah masak sekejab lalu masukkan meehoon, gaul rata bila meehon dan lembut ketepikan lalu dipecahkan telor goreng telor hinggga agak kering baru digaul dengan mehoon angkat n hidangkan ngan sambal kicap bercili api

sambal kicap: cili api, bawang putih, kicap manis & limau kasturi dikisar dan gaul sebati

Tuesday, February 16, 2010

MACARONI BAKAR



masa gi jalan2 umah kak Rus terpandang macaroni bakar..selagi x cuba dok teringat dok terkenang... alamak mayonis pulak x der x dpt hias dengan cantik macam Kak Rus.. keju pun kureng..apa-apapun masih belum mengurangkan keenakkan rasanya...tq Kak Rus..
resepi pun kopipes tq sekali lg..

bahan-bahannya
1 peket daging cincang Ramli.
1 kotak makaroni yang kecil
6 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan keju mozarella yg diparut
2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 peket serbuk sup cendawan(kak rus guna Maggi)
garam secukup rasa
1 1/2 cawan sayur campur
1 cawan mentega/mnyak sapi
Untuk hiasan
Cili sos,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang goreng

Cara Membuatnya:
1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.
2. Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*
3. Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.
4. Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk kari daging sampai
harum. Masukkan daging ,sayur campur rempah-rempah yg lain.Masukkan
makaroni,garam dan serbuk sup cendawan yg dicampu sedikit air panas.Kacau
dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.
5. Alas acuan dengan kertas aluminiam foil dan lengserkan minyak sapi.
6. Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni ...kacau-kacau sebati dan tuang
ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar 20 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil...taburkan keju dan bakar semula lagi
20 minit. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk potonglah didalam acuan ikut saiz yang
dikehendaki. Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam peket plastik
kecil dan potong bucunya dan juraikan)Kemudian juraikan pula mayonis.
Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng.Nak lagi cantik taburkan
hirisan halus cili merah.

Thursday, February 4, 2010

LAKSA THAILAND (2)

Laksa memang menu kesukaan mama...tak kira laksa apa pun, best sangat makan dengan ulam-ulaman.
Kali ni try laksa Thailand menggunakan resepi Rosnani @MyResepi
...len kali nak try Resepi Laksa Siam Kak Rusnah plak yg ada tambahan ketumbar, udang kering dan buah keras

Kopipes dari MyResepi (TQVM)

Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )

* 1 paket laksa kering (rebus & toskan)
* 7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
* 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
* 8-10 helai daun limau(mayang halus)
* 1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)

* bahan utk kisar


* isi ikan yg diasingkan tadi
* 10-13 btg cili padi merah mama atiq guna 5 biji cili api + 5 biji cili kering
* 1 sudu teh lada hitam
* 2 inci kunyit hidup
* 2 inci lengkuas
* 2 btg serai
* 1 inci halia
mama atiq tambah asam gelugor dan sedikit belacan

* bahan ulam :

* 7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng perang-ini wajib nih utk ulam)
* kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
* timun diracik(pilihan)
* kobis =mayang halus(pilihan)
* taugeh (pilihan)
* Sawi jeruk - hiris nipis (pilihan)
ulam mama tambah daun selasih dan bunga kantan

Cara-cara

1. korang campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..
3. resepi asal ade batang pisang yg lembut(pokok pisang ade rebung ker?). batang pisang tu dikupas sampai jumper isi paleng dlm dan putih bersih. potong nipis2 , terus masukkan dlm periuk masak bersama kuah. batang pisang tu akan jadi lembut & rasa dia sedap...manis2 jer..(maner lar nak carik kat KL neyh, btg pisang pon kena bayor..)
4. NOTE: terluper plak, resepi asal ade serbuk cili. Korang leh buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, korang blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)

Tuesday, September 29, 2009

MEE KARI MAKLANG

Skodeng umah maklang azie kat batu cave nun dapat resepi mee kari yg sedap ni...

kopipes dr umah maklang (TQVM)

Bahan :

Mee kuning – dicelur dulu

BAHAN KUAH :
Bwg putih }ditumbuk halus
Bwg merah }
Rempah 4 sekawan } kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Serbuk kari+ cili kering } jadikan pes
Udang hidup } direbus dan diblend bersama kulit udang dan tapis buang hampasnya
Kerang
Santan pekat
Santan cair
Daun kari
Tahu kering – option (kalau ada lagi bagus)
Fish cake/fish ball - digoreng dahulu
Asam keping

BAHAN HIASAN : Daun sup/bwg Bwg goreng Cili merah Telur rebus Sawi/Taugeh - dicelur Ayam - ayam ni digoreng dahulu dan siat ambil isinya

Sambal tumis kosong / cili jeruk
Daun Fucuk - digoreng

CARA :
Tumis bwg yg ditumbuk tadi bersama rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan rempah kari tadi dan daun kari, biarkan sekejap hingga wangi.
Masukkan santan cair bersama pes udang yang diblend tadi.
Masukkan fish cake/fish ball, kerang, tahu kering, campakkan asam keping dan masukkan garam. Dah mendidih masukkan santan pekat, tunggu hingga masak dan tutup api.

TIPS :

1. Ayam tu JANGAN dimasukkan didalam periuk ketika memasak kuah, cukup sekadar menaburkan isi ayam itu ketika ingin menjamu selera...kalo masuk jugak rasa macam kari ayam ..dah lari rasanya....

2. Nak sedap, letak sambal tumis kosong dan cili jeruk…..kuah tersebut akan menjadi kemerah2an….memang umppppp!!!!! Sambal ni buat macam kita buat sambal tumis tuh…

3. Mee kari sedap kalau ada kerang didalamnya tp bagi yg alah tu takperlah..ignore jer.

Monday, July 13, 2009

MI KARI

yuk tukar selera dengan mi kari plak...
ramuannya:
(a)
mi kuning
telor rebus
bawang goreng
daun bawang & daun sop
hirisan limau nipis/kasturi
taugeh
kacang panjang
(b)
ayam di potong kecil rebus sekejab
kerang di celur dan ambil isinya
tahu pok
fish ball
(c)
bawang besar
bawang putih
halia
belacan
buah keras
cili kering
serbuk kari daging
(d)
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkeh
(e)
daun kesum
bunga kantan
sos tiram
asam keping
santan
kiub pati ayam

Cara-caranya

kisar (c) tumis bersama (d) hingga wangi
masukan (e) dididihkan n masukkan (b) bersama ayam n air rebusannyer
biarkan mendidih masukkan kacang panjang

Wednesday, July 8, 2009

ASAM LAKSA

Tak puas makan laksa Penang kat Batu Feringgi baru2 ni balik buat sendiri...
Asam laksa @ laksa Penang ni stail Cina perbezaannya kalau laksa Kedah mama tak letak serai dan bawang putih, ulam nyer pun tidak digunakan daun pudina dan nenas
Kuah jenis ni lebih sedap makan ngan laksa spring...yg siap dijual dipasar tu..
mai...kita pekena asam laksa...




bahan2 yg diperlukan

1 kg ikan kembong
1.5 kg laksa
150 gm asam jawa
5 tbsp otak udang @ petis
2 kuntum bunga kantan
daun kesum
5 keping asam gelugor
garam, bahan perasa kalau suka
sedikit minyak untuk menumis

untuk dikisar


300 gm bawang merah
6 btg serai
40 gm cili kering
30 gm kunyit
3 ulas bawang putih
1 tbsp belacan
sekeping nenas

ulam-ulaman

salad kobis
nenas
timun
bawang besar
cili merah/cili hijau/cili api
daun pudina
bunga kantan

cara-cara

rendam asam jawa dengan 1 1/2 mangkok air ramas dan tapis
tumis bahan kisar hingga wangi + bunga kantan n daun kesum
+ 2 liter air n didihkan, masukkan ikan, rebus hingga masak kira2 10 minit masukkan asam keping, padamkan api keluarkan ikan setelah agak sejuk asingkan isi dari tulang dan kepalanya, blend tulang dan kepalanya dengan 1 liter air dan tapis dan masukkan dalam periuk kuah, masukan isi ikan yg dihancur kan kasar2 (guna tangan je) didihkan dan siap untuk digunakan

laksa dicelur dan masukkan dalam mangkok tabur ulam2 hidangkan panas2 bersama otak udang yg di cairkan dengan air panas

Bunga kantan

Otak udang @ Petis

Friday, June 12, 2009

BAKED SPAGHETTI

Asyik pandang ke timur hari ni mama nak hala pandangan mama ke barat la pulok!




A) 1 kotak spagetti direbus dan tos (lihat cara dikotak spagetti)
(tak ader spagetti mama guna macaroni)

B) SOS TOMATO DAN DAGING
1 @ 2 ulas bawang putih
2 biji bawang basar dicincang
1/2 kg daging cincang @ daging ayam cincang
1 sudu kecil italian seasoning
2 cawan air
1 tin tomato paste
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk lada
sedikit minyak

Tumis bawang putih masukkan bawang besar, daging dan lain2 kacau hingga masak dalam masa lebih kurng 15 minit angkat dan sejukkan.

C) SOS PUTIH
125 gm butter (1/2 bar)
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 beef cube
lada sulah
1/8 sudu kecil serbuk pala (nutmeg)

Panaskan butter, masukan tepung kacau sebati
perlahan2 masukan air dan kacau selalu, masukan susu, kiub daging, serbuk lada dan serbuk pala, masak hingga pekat dan creamy (masih boleh mengalir dari senduk)

Guna pyrex arrange lapisan

1) sedikit sos tomato daging untuk alas sahaja dlm 2 sudu
2) spaghetti
3) sos tomato daging
4) sos putih
5) spaghetti
6) sos putih
7) sos tomato daging
lapisan atas sekali ialah 1 cawan cheddar cheese

bakar 20 hingga 25 min dengan suhu 180C

* mama suke2 je guna bekas kecik kenit buat 2 lapis je :) pastu konon2 nak cantik mama tabur oregano flake...dah nampak comot la pulok

Friday, May 22, 2009

LAKSA THAILAND


asyik laksa penang, laksa kedah apa kata kita tukar selera ngan laksa thailand

1 bungkus laksa direbus
600 gm ikan kembung direbus dan ditumbuk isinya
1 senduk kecil cili kering kisar
belacan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 in lengkuas
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
150 gm santan pekat
daun selasih / daun kemangi / sweet basil
bunga kantan
daun limau purut
asam keping secukupnyer
gula, garam perasa

kisar bawang besar, bawang putih,, kunyit, lengkuas, halia, serai dan cili padi
tak payah tumis, masukan semua dalam periuk bersama isi ikan dan santan dan panaskan menggelegak masukan asam keeping dan bahan perasa, masukan daun limau purut, bunga kantan dan daun selasih / kemangi / sweet basil

ulam-ulaman
timun, kacang panjang, tauge, bawang besar, daun selasih,, bunga kantan dan salad kobis dan hirisan limau nipis.

SUMBER: CIKGU KEMAS

Thursday, April 23, 2009

MI KUAH STAIL MAMA

hari ni rasa macam nak masak mi la pulok.....sebelum masak meh dekat sket, mama ade satu citer tentang mi, nak taw x ? tajuknyer " MEE VS MIHUN "..begini kisahnyer...
mihun sgt2 cemburukan mi. walau duduk berjiran dan rak sebelah menyebelah di pasaraya dorang tak pernah bertegur sapa, malah mihun sering mempersenda mi di depan umum " dasar sikuning gemuk, ingat oghang suke sgt ngan dia tu!!.." hari-hari berlalu namun mi tak pernah mengendahkan segala kerenah dan hinaan mihun sehinggalah suatu hari pekerja pasaraya mengalih rak mi ke tempat lain, mihun sangat-sangat gumbira kerana tidak lg melihat musuh tradisinyer. keesokkan harinye, rak baru diletakkan di sebelah mihun, ia itu rak spaghetti. mihun sangat2 marah dan dgn mengongnyer berteriak, " hoi! sikuning gemuk ! jangan ko fikir aku tak kenal engko walaupun selepas buat teknik rebonding "
sekian tima kasih

campak2 agak2 mama gunakan dalam kaedah untuk menyediakannyer ha...itula stail mama...tp para isteri solehah dan ibu2 mithali sekelian mama rasa kalian juge terror dalam bab campak-meyampak ini ...he he

bahan-bahannye

mi kuning
sayur kobis
sayur sawi
taugeh

kuahnyer
daging cincang dan tulang direbus empok
udang lg besar lg sedap lg banyak lagi lazat ...
nak campur ketam pun ok
nak tambah udang kering pun ok
cili kering dimesin dengan beberapa ulas bawang putih (jgn byk baunyer kuat)
sedikit cuka
tomato sos
garam dan gula
bawang goreng (sedap yg di goreng sendiri)
untuk memekatkannyer mama pilih kaedah apa yg ada
bleh guna, kentang @ keledek @ kacang dal @ kalu x der guna tepung jagung pun ok kot

cara-cara:

kopek kulit udang, kulit dan kepalanye dibersihkan ditos dan digoreng wangi dengan sedikit minyak pastu kisar, tapis ambil airnyer (ini namanyer stok udang)
tumis cili kisar hingga wangi..cam buat sambal tumis tu masukan cuka, garam dan gula
pastu curahkan sambal yg dah masak kedalam air rebusan daging dan tulang.
masukan stok udang pastu masukan ubi @ kacang dal ( rebus dulu) yg di lenyek atau di kisar, masukan bawang goreng dan tomato sos, didihkan dan rasa secukupnyer..baru masukan udang,

bahan hiasan : telor rebos , kentang rebos , tauhu goreng , daun bawang , daun sop,
cili merah , bawang goreng, rajin buat cucoq leh juga.

cara menghidang :

bila nak makan,masukan kuah kedalam kuali dan didihkan, pastu masukan mi juga sayur2an, hidang kan dalam mangkok besar dan tabur lah hiasan ngikut kesukaan kalau mama masak ade rasa manis sket...almaklumlah yg nak makan pong yg manis2 belake