Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Friday, August 27, 2010

GULAI LENGKUAS UDANG

gulai stail kelate, alamak dah uplod pic baru pasan comotnya pinggan ~ kalau rimas ambil tisu lap ajala pinggan tu ye... he he

bahan-bahannya

500 gm udang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 tangkai cili kering( direndam dengan air panas)
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
beberapa batang kacang panjang, boleh juga dimasukkan timun
3 biji cili merah
1 biji tomato dibelah empat
garam secukup rasa
orang kelantan mesti letak gula he he

cara penyediaan
lengkuas,kunyit, cili kering, bawang merah & putih dikisar halus
masukkan ke dalam periuk bersama santan & asam keping, guna api yang sederhana bila mendidih masukkan kacang panjang biarkan seketika baru masukkan udang
akhir sekali masukkan cili merah/hijau yg dibelah


Wednesday, August 4, 2010

GULAI SOTONG/CUMI



tengok gulai sotong padang di dapur CMG dan kak Inakl alahai terliorlah sangat! apalagi mama memang gemarkan sotong...asyik goreng kunyit, masak kicap sambal tumis ~ kita gulai stail Indonesia la pulok! kata kak Ina KL dia ambil resep ini di dapur Mbak Asri

bahan yang diperlukan

1 kg sotong dicuci bersih, lalu masukkan kepala dan semat dengan lidi.
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit disiat dan disimpul
2 lembar daun salam
1 batang serai diketuk
750 ml santan

bahan kisar

5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili merah keriting
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 biji buah keras
sedikit kunyit
3 hiris lengkuas
garam secukupnya
¼ sudu teh serbuk jintan manis
sedikit minyak

cara membuat :

dengan sedikit minyak tumis bahan kisar hingga harum ~
masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan bahan2 lain

penghargaan @ terimakasih utk :
CMG
Kak InaKL
Mbak Asri


Saturday, January 30, 2010

LALA MASAM MANIS



O la la laa laaa bukan setakat masam manis je ni.. pedas berapi jugak..!! dan yang pasti masak sekuali isi sepiring pun susah nak dapat..jd masak lauk ni kena masak lauk sampingan yg lain juga...

sukatan bahan main agak2 jelah ye puan-puan

yg mesti ada ialah lala
bawang merah kisar
bawang putih kisar
halia kisar
cili api ketuk2 je
cili kering kisar

sos tiram
sos tomato
sos cili
garam n gula
serbuk lada hitam (kalau suka)
hirisan daun bawang

tumis bawang bawang putih & halia. masukkan cili kisar & cili api, masukkan sos2 masak sebati & , garam & gula, bila masak lala akan terbuka..

Saturday, January 9, 2010

SAMBAL UDANG MALBARI


Masa ke Aloq Staq, lepas belanja mi udang kat Kuala Kedah Maksu ngan Paksu ajak pi beli ikan, sotong dan udang segar ....depa jual kat tepi2 jalan je...
Wah besar2 betul udangnya...selain buat sambal tumis dan goreng ngan sayur mama buat Sambal Malbari...(gara-gara terliuq ngan masakan dan promo dari Ummi)

Memang sedap... Macam dah biasa rasa la..? tapi di mana ya...akhirnya ingat... dimana lagi kalau bukan di restoran nasik kandaq...jadi kepada pecenta nasik kandaq....rugi kalau tak cuba

salin dari umah Ummi... TQ

1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
3 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu teh biji sawi
2 biji bawang besar - dadu
2 senduk besar cili giling
1 sudu makan tomato puree (mama letak tomato sos)
2 biji tomato - belah 4
daun kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.

Monday, August 31, 2009

MASAK LEMAK CILI API DANGTONG

ku kahwinkan dikau udang & sotong..dalam masak lomak cili api yang podas mengancam...he heh menjadi jugak...


bahan2nyer campak2 je:
udang ngan sotong
nenas
santan yang amat pekat
serai diketuk

untuk dikisar:
cili api
kunyit
bawang merah (yg ini x der pun x per...masak lomak cili api negori yg ori memang tiada bawang)

peraturan
masukan bahan kisar, serai ketuk dan nenas dalam periuk masak sekejap pastu masukan udang, sotong dan santan , kacau selalu supaya kuahnnye tak pecah minyak

Saturday, June 20, 2009

KETAM MASAM MANIS


ketam adalah kegemaran keluarga mama, tak kirala masak apa-apa pun selain masak cili api bersama nenas mama selalu masak masam manis...versi campak2 cepat dan senang...

bahan2nya

ketam
sos cili
sos tomato
sos tiram - kadang letak, kadang tak
halia muda ditumbuk
bawang putih diketuk
kadang rasa nak pedas sket letak 2, 3 biji cili api ketuk2 je
lada sulah - mama guna ajishio
bawang besar - potong bulat
daun bawang mama tabur
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

cara-caranya
panaskan kuali dengan sedikit minyak tumis bawang putih, masukan ketam, goreng sekejab n masukkan segala sos dan halia yg ditumbuk, setelah hampir masak masukkan lada sulah n bawang besar n batang daun bawang, kalau terlebih kuah mama akan tambah putih telor utk memekatkannya.. akhir sekali tabur daun bawang
sedia untuk dinikmati