Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

SON IN LAW EGGS

nama siamnyer‘khai luuk kheuy’...( 'khai' = egg + 'luuk kheeuy' = son-in-law) kononnyer resepi asal menggunakan telur burung ...termenung sekejab kenapa namanyer camni...tentu ada sejarah disebaliknyer..mungkin satu amaran untuk menantu yg nakal...he he
resepi ambil kat sini

* 4 biji telur,direbus dan dikupas kulitnya
* 2-3 biji bawang merah,dihiris nipis2,untuk buat bawang goreng
* minyak secukupnya untuk deep fry
* daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan
* Bahan untuk sos asam jawa :
* 1/2 sudu besar sos ikan(atau secukup rasa)
* 2 sudu besar gula melaka(atau secukup rasa)
* 4 sudu besar air asam jawa
* 1 biji bawang putih,dicincang
* 1 sudu kecil emping cili kering(cili kering yang diblend kering & kasar2)
* 1 sudu besar kacang goreng tumbuk / peanut butter
* 1 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Goreng telur rebus tadi sehingga kekuningan,dengan cara deep fry.Toskan minyak dan belah 2.Susun di atas pinggan
2. Goreng pula bawang merah hingga garing untuk dijadikan bawang goreng
3. Panaskan minyak dalam kuali,dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula kepingan cili kering dan kacang dan kacau
4. Masukkan air asam jawa,gula melaka dan sos ikan dan didihkan.Klau pekat sgt,bleh la tambah air sket
5. Tuangkan sos di atas telur dan taburkan bawang goreng serta daun bawang/daun ketumbar


Sunday, February 27, 2011

DADAR TELOR TAUHU BERSOS KACANG



bahan-bahan yang kita perlukan
2 keping tauhu goreng dipotong kiub
4 biji telor - dipukul sikit
garam secukup rasa
serbuk lada sulah
4 sudu besar minyak masak

campur  semua bahan  dan dadarkan,   semasa menghidang taburkan sayur2an dan sos kacang 

sos kacang

2 cili padi ~ nak berasap letak lebih
1/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak
3 - 4 camca besar gula melaka
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus asam jawa
sedikit ~ hujung sudu petis
bawang putih goreng (dari seulas dua bawang putih hiris & goreng)

bahan sampingan
taugeh celur, sengkuang, timun & daun salad,  bawang goreng

tumbuk kacang dahulu, pastu tumbuk cili dan sebatikan semua dengan jus asam jawa.
semasa menghidang ~ tabur bahan sampingan

Thursday, March 18, 2010

KERABU TELOR

hasil dari bunga telor yg dpt kat majlis kenduri kahwin...senang, ringkas, cepat masalah nya masih mampu buat kita menambah nasi ...abis camno?




bahan-bahan

telor rebus di potong

cili merah
belacan
jus asam jawa atau limau nipis atau lemon
secubit gula

tumbuk cam sambal belacan + asam & gaul telor dan hirisan bawang kalau suka

Saturday, February 6, 2010

TELOR DADAR BUNGA KERTAS

Telor dadar bunga kertas? ada berani??

Ish selama ini tak tahu pun bunga kertas yg menghiasi laman rumah Che Kiah tu boleh dimakan & sangat kaya dengan pelbagai mineral & pelbagai khasiat...sangat2 tak percayer sehingga mama nengok berita Nasional di TV1 RTM (5 Feb)... Kalau ku tahu dah lama pokok bunga Che Kiah tu togel ku kerjakan...he heh :)

Kalau nak rasa telor dadar bunga kertas (percuma jer tp nak rasa menu2 lain berasas herba kena bayar minima 10 hengget) ...boleh lah ke Taman Herbal Tropikal, Pusat Pertanian Pantai Seremban N9. Kata pengurus taman tu, khasiat bunga kertas mampu menstabilkan fungsi sistem badan, melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan tenaga..Wow sgt. hebat tuh...

Nak tahu lebih lanjut jom kita tanyer wartawan TV Kamal Firmansyah yg buat special report tentang story ni di berita RTM boleh ke Facebook Berita NasionalTV1 boleh berinteraksi ngan Kamal kat sana kot..

Che kiah jaga elok2 bunga kertas awak yg cantik tu.....rasa cam nak terai rendang munga kertas la plakk...


Sunday, August 9, 2009

MEMPELBAGAIKAN OMELET

Nama glemernyer Telor Dadar ..:) ...omelet ni bila masak kat dapur kite biasa2 je tapi kalau chef kat hotel yg buat ...nampak bukan main sedap lagi...
boleh dihidangkan bersama roti, salad, coleslaw, kentang bakar
nak makan gitu saja dengan cili & tomato sos pun ok, cepat dimasak kenyang dimakan & boleh dipelbagaikan mengikut citarasa & apa yg ada di dapur kita





ADUNAN ASAS OMELET
2 biji telur size A
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu makan majerin
1/4 sudu teh sebuk perasa (kalau suka)
PERATURAN
telur, garam, dipukul kembang,campur serbuk lada putih & serbuk perasa & pukul rata
panaskan majerin dalam kuali masukan adunan & goreng kekuningan

OMELET AYAM
1 adunan omelet asas
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan minyak tumis
40 gram isi ayam dicincang
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1/4 cm halia ditumbuk
PERATURAN
nak senang bahan2 3 beradik kat atas mama kisar sekali
panaskan minyak tumis bahan tumbuk & campur rempah2 serbuk bila wangi masukan isi ayam & goreng hinggga kering airnya angkat & sejukkan
cara masak omelet sama masak omelet asas cuma masukkan isi ayam yg telah dimasak di tengah-tengahnya & goreng hingga masak

OMELET DAGING
1 adunan omelet asas
40 gram daging kisar
1 sudu teh serbuk rempah daging
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1/4 cm halia ditumbuk
1 batang daun bawang dihiris
secukup garam dan serbuk perasa
2 sudu minyak makan
PERATURAN
sama macam inti omelet ayam cuma apabila daging sejuk baru campurkan daun bawang hiris, sama jugak... masak omelet asas masukan inti di tengah2 & goreng masak

OMELET UDANG
1 adunan omelet asas
50 gram udang dibuang kulit
3 biji cendawan butang dihiris
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk
1/4 sudu serbuk lada putih
1 sudu makan minyak masak
sedikit garam dan serbuk perasa
PERATURAN
panaskan minyak tumis bahan tumbuk & lada putih serbuk masukan cendawan & udang masak hingga kering & sejukkan masak omelet asas seperti biasa letakkan inti udang yg telah dimasak ditengah2

OMELET KEJU
1 adunan asas omelet
1 biji tomato dihiris
3 keping keju dipotong kecil2
1 batang daun bawang dihiris halus
PERATURAN
siapkan i adunan asas omelet di goreng & di tengah2 nya tabur keju tomato & daun bawang

ROTI DIMAKAN SAMA OMELET
350 gram tepung roti
150 gram tepung selfraising
140 gram gula halus
150 gram susu segar (kotak)
80 gram mentega
2 biji kuning telur
1 peket instant yeast
1 sudu teh bread emulsifier (pelembut roti)
1/2 sudu teh garam halus
secukupnyer mentega beku dipotong untuk dibuat inti roti
PERATURAN
guna mixer tepung2, kuning telur, garam gula mentega yeast dan pelembut roti dipukul sambil dituang susu sedikit2, pukul rata dan sebati lalu diperap hingga kembang apabila dah kembang timbang 40-50 gram setiap satu leperkan isi sepotong kecil mentega gulung kemas2 dan perap lagi atas loyang hingga kembang, sapu putih telor bakar 25-30 minit dalam suhu 150-175 C

KENTANG BAKAR DIMAKAN DENGAN OMELET
1/2 kg kentang yg sedang besarnya dicuci bersih kulitnya
1 sudu teh garam halus
200 gram mentega/majerin
PERATURAN
Kentang & garam digaul ambil sekeping kecil tin foil masukkan sebiji kentang & sedikit mentega bungkus rapat2 & bakar dalam oven 35-40 min 150-175 C

SALAD YANG DIHIDANG DENGAN OMELET
400 gram mix vegetables
1 biji sengkuang dipotong dadu kecil
1/2 sudu garam halus
150 gram mayonnaise
100 ml susu segar (kotak)
mix vegetables direbus 5 minit dan ditos
gaul sebati semua bahan dan masukan dalam peti ais sekurang2 nya 45 minit sebelum dihidangkan

hek eleh Jamie ni masak telur dadar pun kecoh...cepat ar lapar dah ni..