Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

APAM BERAS

mudah je nak sediakan apam ni x payah nak buat tapai n nak guna eno
resepi sumbangan Cha@MyResepi....kopipes dr sana terimakasih :)
    • 2 cwn nasi
    • 2 cwn tepung gandum
    • 2 cwn tepung beras
    • 1 cwn brown sugar (mama x letak)
    • 3/4 cwn gula (mama tambah ganti brown sugar)
    • 2 1/2 cwn air
    • 1 sudu kecil yis (mauripan)
    • kelapa parut dgn sedikit garam

    Cara-cara


    1. blend nasi dan air sehingga hancur.
    2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
    3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
    4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
    5. perap selama 3 jam.
    6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

    Saturday, August 15, 2009

    APAM DURIAN

    Tengah musim deroyan la katakan...serawa dah buat, cekodok dah buat ari ni jom kita wat apam pulak...

    Bahan-bahannya
    250 gram gula caster
    200 gram isi durian
    200 ml air
    300 gram tepung superfine atau kalau takade bleh guna tepung gandum
    4 biji telur gred A - sejuk (dari peti ais la)
    1 sudu besar ovallete juga sejuk
    2 sudu besar susu pekat
    1/2 sudu teh garam
    1 sudu teh baking powder
    sedikit pewarna kuning lemon (tak der pun tak per)

    peraturannya
    durian, susu pekat & air dikisar & ketepikan
    ovallete, telur dan gula dipukul pekat dan gebu
    masukkan adunan durian diikuti tepung sedikit2 , garam & pewarna
    panaskan kukusan, masukkan papercup dalam acuan, isi adunan agak penuh
    kukus lebih kurang 10 minit dalam api yg kuat
    nak makan ngan kelapa yg digaul sedikit garam pun sedap gak..

    Wednesday, July 1, 2009

    APAM MEKAR

    apam mekar ni ngetop giler kat MyR satu masa dulu..sumber dari rossitamz, asal usul dari dapur hanieliza, keje mama senang je..pengkopipes...apa2 pun jutaan terimakasih pada insan2 berbudi yang terlibat...pahalanya banyak taw



    Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

    250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
    2 biji telur
    1 sudu kecil esen vanilla
    200 ml susu segar
    300 gm tepung gandum
    1 sudu kecil ovallate
    Pewarna (ikut suka)
    Acuan kertas (paper cup) secukupnya

    Cara-cara

    Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
    Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
    Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
    Masukkan ovallate dan pukul lagi.
    Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
    Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
    Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya)
    Letakkan paper cup ke dlm acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dlm paper cup tersebut (mama hanya coreng2 warna hijau dan merah sket2 je)
    Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup)

    Thursday, June 4, 2009

    APOM LENGGANG

    untuk minum petang...pekena ngan teh atau kopi panas2...garing2 ranggup..kat tepi tu... pergh...citer pun tak guna...

    apom lenggang nih mudah dapat kat belah2 utara... kedah ngan penang sana...rasanyer lemak2 manis...di pasar pagi kat bangsar, Kl, mama ade gak nampak owang india buat kue ni tp rasa nyer cam masam2 sket...guna kuali yg paling kecil, jgn lupa masa nak buatnyer kena lenggang kiri,lenggang kanan dan lenggang sekeliling...

    resepi nyer mama kopi pes dari...http://kak-rusnah.fotopages.com (TQVM) sedap2 menu kak rus...

    Ini resepi asalnya:
    300 gm tepung beras cap gajah/bunga ros
    240-270 ml santan
    3/4 sk yeast segera
    3/4 sk garam
    60 gm gula
    1/2 cawan nasi
    (mama tambah 1 bijik telor)

    Cara membuatnya

    1. Kisar semua bahan dan perapkan selama 45 ke 1jam.Sesudah diperap kacau dan tambahkan santan cair dan telor, tambahkan santan kalau masih cair...
    2.Lenserkan kuali dengan minyak dan tuangkan sesenduk adunan lalu dilenggang samarata bentuk bulatnya.Tutup kuali.
    3.Dengan menggunakan spatula logam kuis-kuiskan tepinya dan angkat apom tersebut.
    4.Bila tinggal separuh adunan kak rus masukkan 1 biji telur yang dipukul terlebih dahulu.Disebabkan power yeast semakin berkurang kak rus masukkan sedikit baking powder.Buatlah proses ulangan melenggang apom sampai selesai.

    Friday, May 22, 2009

    APAM COMEL



    emmm nasik yg tak abis tu jangan dibuang, leh buat apam yang comel2 ni...makan ngan kelapa parut yg digaul sedikit garam..sedap!!

    TQVM cikgu Nita yang sudi berkongsi resepi di MyR

    Bahan-bahan ( 30 biji )
    1 cawan tepung beras
    1 cawan gula pasir
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
    1 sudu makan yis
    1 cawan air suam

    Cara-cara
    Mesin nasi bersama air sehingga halus. Masukkan semua bahan campuran bubur nasi.
    Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam. Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat. setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas. Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

    SUMBER
    cikgunita@myresipi.com