Showing posts with label bingka. Show all posts
Showing posts with label bingka. Show all posts

Monday, March 26, 2012

BINGKA ROTI

tidak sesekali membazir makanan...itulah tekad mama...jadi roti yang tak pernah habis makan tu mama kumpul dalam freezer...pastu bolehlah digunakan buat macam-macam kuih termasuk bingka ini...



resepi rujuk dan kopipes dari myresepi...terimakasih mass80 

bahan-bahan-nya
5 keping roti
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila
mama tambah sedikit kismis dan pewarna kuning

cara-cara

Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan minyak dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..
Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba...

Tuesday, April 12, 2011

BINGKA LAPIS

kawinkan sajer bingka ubi n bingka tepung beras ermmm sedap jugak he he

bahan-bahan
(A)
1/2 kg ubi yg telah di parut
300 santan kelapa
25 ml jus perahan pandan
150 gm gula pasir
1/2 camca teh garam
1 camca besar butter

cara membuatnya:

campur semua bahan gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata masukan dalam loyang n kukus hingga masak atau boleh saja dikacau atas api hingga pekat baru dipindahkan dalam loyang

(B)
750 ml santan
125 gm gula pasir
125 gm tepung beras
25 gm tepung hoen kue putih (tepung jagung pun ok)
1/4 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam

cara-cara

kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
masak adunan hingga pekat berkilat kacau supaya tidak berkerak
lapiskan adunan ke dalam loyang berisi adunan (A)yang siap dikukus/ kacau atas api terlebih dahulu
bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit
sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang

(loyang 8x8x3 inci)

Wednesday, November 10, 2010

BINGKA NYAMAI

suka sangat dengan rasa dan haruman karamel jadi mama cubalah buat bingka yg menggunakan karamel untuk dibawa makan2 kat opis, tp bila kawan tanya ni bingka apa? ntahlah nak panggil bingka apa ar...macam2 nama pulak dia org letak...akhirnya dipersetujui dengan nama 'bingka nyamai' anak dara iban kat opis mama ni yg pilih nama tu...nyamai bermaksud sedap...agaknya sedap la kot he he

bahan-bahan

A)
1 cawan gula perang
1 1/2 cawan air
2 tbsp mentega
panaskan gula hingga cair dan berwarna coklat
tambah kan air biar larut dan masukkan butter dan ketepikan

B)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
6 biji telor
2 tbsp esen vanilla

peraturannya

tak payah susah2 masukkan A) dan B) dalam blender ~ kisar hingga sebati dan bakar dalam acuan yang disapu terlebih dulu dgn mentega

Thursday, June 11, 2009

BINGKA UBI

kue yg femes sejak zaman jepun..yg tak lapok ditelan zaman :)


bahan-bahannya

2 kg ubi kayu yg dah siap diparut
350 gm gula pasir halus
850 gm santan dari 2 biji kelapa
3 biji telor dikacau dengan garfu
3 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam halus
1/4 sudu esen vanilla atau esen ros
2 sudu teh pewarna kuning

cara-caranya

ubi parut di toskan kira2 10 minit
satukan semua bahan dalam satu beks
acuan 10x10 atau 7x10 oles minyak alas kertas timah atau daun pisang
bakar 180 darjah C - sejam @ 1 1/2 jam, sejukkan dulu baru dipotong