Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Friday, November 5, 2010

BADAM RANGGUP

sangat ranggup ...sedap buat juadah minum petang, atau kudapan masa nonton tv ...sambil borak2 pasti tak sedar abes sebalang :)

bahan-bahan

4 biji putih telor
180 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
100 gm tepung gandum
200 gm badang cincang
50 gm mentega cair

peraturannya

campurkan putih telor dan gula, kacau hingga gula hancur
tambahkan tepung dan vanilla ~ kacau sebati dan tambah mentega cair
sudukan atas baking tray yg beralas aluminium foil yg digriskan dengan mentega
pastikan nipis dan sekata lalu ditabur badam cincang atau boleh juga digaulkan terus adunan dengan badam terlebih dahulu sebelum disudukan ke baking tray
bakar dalam oven 180C lebih kurang 20 minit atau sehingga garing keemasan
sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Sunday, September 5, 2010

HONEY SNAPS

mudah disediakan namun digemari ramai & menjadi pilihan

bahan-bahan

60 gram butter
1/4 cawan madu
1 sudu besar gula halus
4 cawan cornflake
90 gram kacang tanah ~ panggang

cairkan butter madu dan gula atas api yg sederhana, tuangkan dalam bekas berisi cornflake dan kacang ~ gaul sebati dan sudukan dalam acuan kertas kecil dan bakar 8 - 10 minit suhu sederhana

GIPANG BADAM

nampakner kita masih lg dalam minggu sekut raye sedonia

suka sangat gipang badam nih sebab senang dan cepat je nak buatnye ...tak payah nak terap ke nak gentel ke, baba pun suker biskut camni, kalau samperit ke tart nenas ke jgn harap dia nak pandang, mama je syok sendiri, makan sendiri :(

bahan-bahannya

1 cawan butter ( 1 bar)
1 cawan gula icing
8 sudu makan susu pekat
2 biji kuning telor
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
2 cawan kismis hitam yang halus
1 1/2 cawan badam nipis
2 kuning telor + sedikit air ~ untuk sapu

kacau butter & gula hingga sebati dan kembang + kuning telor sebatikan lalu + susu dan kacau lagi hingga sebati masukkan kismis dan tepung dan gaul rata ~ doh di bahagi 2 tekan kemas dalam acuan 12 in dan sapu sedikit putih telot dan tabur badam nipis, sapu kuning telor dan bakar hingga warna badam keemasan, angkat dan potong ikut saiz kegemaran.

Friday, September 3, 2010

TART SIPUT

lagu raya dah mula berkumandang, kuih pun dah berbalang-balang...kemeriahan dah mula terasa...selamat hari raya untuk semua ye...maaf zahir batin...

semua dapur dah buat  tart gulung, tart rose  pelbagai bentuk tart, mama buat pesen laen la pulok !
bahan-bahan sama je ...intinyer suka ati  ye anak2 boleh paipkan butter cream lebihan buat kek tu, boleh paipkan jem kegemaran, tp kalau guna kastard macam cream puff tu ...kena segera makan ...simpan lama nanti basi  dan bercendawan pulok...  
canai doh yg siap potong memanjang dan lilit pd acuan horn saiz kecik sekali macam gambar yg kat atas tu sapu kuning telor sebelum dibakar

Saturday, July 24, 2010

BISKUT SUSU

untuk yang gemar perisa susu ..gebus dan lemak berkrim





bahan-bahan

250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis
1 sudu baking powder
butter secukupnya
kelapa kering diwarnakan hijau
ceri hijau

cara-cara

gaulkan tepung + susu sedikit2 secukup lembut
bila tepung dan susu dah sebati tambah butter utk menjadi doh
bulatkan hias dengan taburan kelapa dan ceri hijau
bakar dlm oven 180 +- 15 minit udah masak sejukkan dulu baru alihkan dari dulang pembakar



Friday, October 9, 2009

COKLAT KURMA WALNUT

dah 19 syawal...balang beskot pun dah tinggal serdak...tapi tetamu dok mai lagi...
jangan risau, cooking coklat lebihan buat almond london ada lg..., walnut pun ada , kurma stok bulan pose pun ada lagi jadi apakata kita buat kudapan yg enak ini


bahan2nya

400 gm cooking coklat
10 biji walnut/badam atau sebarang kacang yg sesuai, kacang hantu x sesyuai ye puan-puan
kurma secukupnya
50 gm coklat putih untuk hiasan

cara nak buat

cairkan coklat masakan guna teknik double boil
walnut dipanggang dan potong 2
belah kurma dan buang bijinya & gantikan dengan walnut
celup sebahagian kurma dalam coklat
akhir sekali hiaskan dengan coklat putih...

Wednesday, September 9, 2009

CLUSTERS CANDY

gambar ni dan idea ....wilton punyer....tq :)


sekut/coklat yg ngetop masa raya dan cepat abis...senang bangat nak buat...x perlu oven...

bahan2nya

apa2 coklat masakan atau light cocoa candy melts ( wilton)
apa2 kekacang yang disukai....(segala kekacang panggang dulu) peanuts ke, kepingan badam ke, raisins, crisped rice cereal, atau kurma yg bijinye digantikan badam, nak campur ke tak nak campurke sukati...

caranya

gaulkan coklat atau candy melts wilton yg dicairkan (lihat cara mencairkan coklat mengikut pengeluar coklat tersebut) dengan favorite kekacang anda..... sukat tak lebih satu cawan dengan satu cawan coklat cair tu, gaul betul2 hingga bahan tersebut dilitupi coklat dan sudukan atas dulang yg di lapik waxed or parchment paper drizzlekan dengan coklat warna kontras yg disukai...coklat putih ke, pink ke atau hijau pun cantik ...biarkan mengeras sekejab, sejukkan dalam peti ais ...
nak lebih jelas gi tengok kat wilton...tp kita boleh gunakan coklat lain2 brand yg dijual di kedai2 kek...

Wednesday, September 2, 2009

CHOCOLATE CHIP COOKIES

KIV untuk pojek ujung minggu ni...ish! banyak resepi chocolate chip ni..nak wat yg mana satu nih...!!! ade 2 pilihan terakhir...mungkin buat resepi B kot...x byk bahan ....tp mama suke oatmeal...berkhasiat penuh fiber...
resepi A jumpa kat tenet tak ingat lg blog sape...dikatakan sedap sgt...
resepi B sudah semestinya dari dapo Hershey's

yummie... yumie...pic pinjam dari dapor hershey's (nak wat contoh :)) ...tunggu... camna lak penampilan choc chip mama ...he heh...

apa2 pun sebelum lupa & resepi ilang dr pandangan bek post resepi dulu.....

resepi A

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp baking soda
2 tsp baking powder
2 cups granulated sugar
2 cup brown sugar
2 cups blended oatmeal (sukat oatmeal & blenderkan halus)
24 oz chocolate chips (+-685 gm)
1 tsp salt
18 oz cadbury bar (grated)(+-510 gm...1/2 kg lebih)
4 eggs
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp vanilla

resepi B (hershey's classic chocolate chip cookies)

3 cups flour
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1 cup butter
3/4 cup granulate sugar
3/4 cup brown sugar
1 tsp vanilla
2 eggs
2 cups hershey's choc chip
1 cup chopped nuts


2. Beat butter in large bowl until well blended. Add brown sugar and granulated sugar; beat thoroughly. Add egg and vanilla, beating until well blended. Combine flour, baking soda and salt; gradually beat into butter mixture. Stir in chocolate chips and nuts, Drop by rounded teaspoons onto ungreased cookie sheet.

3. Bake 10 to 12 minutes or until lightly browned. Cool slightly; remove from cookie sheet to wire rack. Cool completely. About 3-1/2 dozen cookies.

*sekut ni mengembang gedabak...jadi pakai teaspoon...

Monday, August 31, 2009

TAT NENAS GEBU

sangat2 gebu

sedikit rasa jeles tengok rumah REAL WOMAN dah ada berbalang kue..maka semangat pun datanglah...he heh...jeles yg mendatangkan kebaikan dan tak mencederakan orang len ok kan?
resepi ni mama tukil bulat2 di umah PRINCESS HARYATI, TQVM & mohon halal ye

bahan-bahannya;

doh tart;

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan butter (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula

inti nenas;


4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan

cara-caranya;

doh tart; Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan lembut.


Jem Nenas: Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar. Ulangi sehingga habis. Bakar pada 150 sehingga 15-17 minit sehingga masak.

Saturday, July 25, 2009

BISKUT MAMA CARRIES



5 oz mentega
7 oz tepung hongkong
2 oz tepung tepung jagung
2 oz gula icing
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh vanilla

ayak tepung-tepung
krimkan gula dan butter
masukan vanilla dan tepung sedikit demi sedikit uli lembut, canai dan terap acuan berbentuk heart, sapu icing hiasan keatas biskut yg telah diterap. utk melorek, gunakan penyunkil gigi. bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.

HIASAN

2 oz putih telor
5 oz gula halus
1 sudu teh tepung jagung

pukul putih telur hingga gebu.
masukkan gula & tepung. kacau sebati.
ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
sapukan putih telur keatas biskut
lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Monday, March 23, 2009

PINKY LOVELY COOKIES


bahan
250 gm butter
320 gm tepung jagung
100 gm tepung jagung
50 gm serbuk badam
1 tsp esen vanilla
80 gm gula icing
coklat masakan strawberry dan manik warna-warni

cara-cara
Pukul sebati butter & gula
+ esen + kedua2 jenis tepung & serbuk badam, uli rata canai & terap guna acuan love. bakar pada suhu 140C - 30 min. bila biskut dah sejuk celupkan dalam coklat strawberry yg dicairkan pastu tabur manik

sumber: one publisher