ulat bulu?...eh, ini bukan ulat bulu la tp sejenis kuih yg mudah kita jumpa kat Kelantan..entahlah... orghe Kelate ni suko benar letak nama hok pelik2 ke kuih-muih dorang, taik itik, gelembung buaya n macam2 lagi...he he
intinya
500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
1 helai daun pandan
sedikit garam
rendam kacang merah beberapa jam
kemudian rebus hingga empok..
mudah kalau guna rice cooker-tidak berkerak n hangit
cairkan gula kerek dan gula dalam kuali dengan sedikit air
kemudian masukkan kacang yg telah direbus
kacau hingga betul kering sambil dilenyek2kan dengan senduk
kulitnyer
sepeket tepung pulut
2 sudu tepung gandum
air pandan
sedikit air kapur
kelapa parut putih yg digaul garam
gaul tepung n air pandan... jgn terlebih air.. biar sampi boleh dibentukkan jer.. kalau suka warna terang boleh tambah sedikit pewarna hijau , leperkan doh masukan inti dan bentukkan lonjong2 ...didih air yg banyak dalam periuk lalu di rebus doh yg telah dibentuk hingga timbul, toskan dan gaul dengan kelapa parut
masa menghidang tabur dengan sedikit beras pulut goreng tanpa minyak.
3 comments:
Salam akak.. laju2 erma datang bab memang uniq nama kuih ni he he he.. kak adunan tepung tu cam kuih buah melaka.. tapi uniqnyer inti kacang merah.. macam sedap kak.. meh erma nak makan ulat bulu tu.. eh kuih ulat bulu he he he he
erma: sedapkan? kenyal2 gitu..he he..kalau buat inti kacang untuk kuih pau buatlah lebih ...esoknyer boleh buat kuih ni pula
Wah ni kuih favourite nih, susah nak cari balik kelantan pun susah jumpa. TQ atas perkongsian resepi ini
Post a Comment