Saturday, April 18, 2009

CHICKEN BOXING ALA MAMA


Tadaaaa...chicken boxing dah siap jemputlah makan...

Bahan2nye agak-agak dan campak2 je
beberapa ketul kepak ayam
sedikit halia
sedikit bawang putih
serbuk ketumbar
serbuk jintan putih
kunyit serbuk
garam secukup rasa
telor
tepung beras secukupnya
serbuk roti

1. Bahagian ujung kepak ayam dipatahkan, tarik isinya ke atas membentuk bulat dan spt bertangkai
2. Kisar bawang dan halia, gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras, telor dan serbuk roti dan perap ayam selama 30 minit.
3. Kemudian salut ayam dengan tepung beras celup dalam telor yg telah dipukul sedikit kemudian salutkan dengan serbuk roti dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas bersama sos kegemaran.

Friday, April 17, 2009

SANTAPAN MATA


Bila le mama leh deco cammi...berangan je lahhhh !!!
x ingat dah mana mama cilok gambar ni...yg. mama ingat tuanpunyernyer Mat Salleh..nak cuci mata jer... sket punyer hal xkan dia marah kot.

PUDING ROTI


Lebihan susu cair ade, roti x habis makan semanjang je ade...dari membazir apa lagik pojek puding-pudingan la...resepi mama cilok kat blog Jun yg. femes tu... disahkan oleh Jun yg. asal usulnyer resepi dari Kak Fida MyR yg. tak kurang juga femesnyer
Makasih byk. untuk kedua2nyer...semoga sentiasa diberkati dan rajin2 lah mencipta resepi . Oh ya supaya lebih lemak berkrim mama makan ngan sos kastard... jemput makan semua...

Ni dia resepi...mama kopipes bulat2 halal...ye!:)
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara
Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an

Tuesday, April 14, 2009

PISANG OH PISANG


Kalau ditanya awak suka buah per? tentu ramai yg sebut apple, anggur, strawberry jarang2 orang nak sebut pisang...mungkin takut diejek hua! hua! aaaa!!! cam atas pokok tu....itu budak2la!... yg. pompuan pulak mungkin malu sbb. pd.kepala otak yg. kuning muning tu terus umpamakan pisang dgn. tuttttttttt...!! ntah ape2lahai! psst!! (18sx)..Apa-apa pun mama tetap suke sangat ngan pisang...walau dikatakan leh buat kite tembam@tembun , mama peduli hapa...paling mama suke pisang rastali yg. masak ranum...kulitnyer nampak comot jer tapi isinyer wangi dan manis...pisang emas lak kalau wat cokodok...pergh!!!
pernah mama terbaca dlm. satu artikel kalau kite mengambil pisang sebijik je sehari dah cukup utk. mengelak kita mendapat penyakit angin ahmar, kulitnyer pulak bleh sapu muka buat hilangkan parut jerawat. Apa yg. pasti banyak sumber mengatakan pisang memang banyak vitaminnyer terutama vitamin B dan baik untuk pencernaan..dipermudahkan di bilik air.:) apa-apapun pesan mama kalau makan pisang...kulitnyer jangan buang merata-rata nanti ader lak yg. masuk spital :)

KEK PISANG


Ramai dah cuba dan cakap kek pisang ni sedap...
resepi mama ambil dari Yani/MyR..terima kasih Yani kerana kongsi resepi yang sedap ni...kerja senang ialah kopipes...

Bahan-bahan ( 20 cm )

* 2 biji pisang
* 140g butter
* 120g gula
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanila
* 2 sudu besar fresh cream
* 1 sudu besar jus lemon
* 200g tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

Monday, April 13, 2009

NICOISE SALAD



Salad ni anak dara mama yang sediakan...ish tak kuasa le nak makan salad camni sbb. tekak mama hanya ngam ngan kerabu toge, kerabu pucuk paku, kerabu pucuk ubi & apa2 jer ulam-ulaman kampung yg. setaraf dengannyer, sekali sekala oklah ye nak...

Bahan2nya:
Kentang direbus dengan sedikit garam di potong bulat atau wedges
Kacang panjang juga dicelur dan di potong-potong
sejukkan dalam peti ais
Telor rebus, potong wedges
tomato potong wedges
ikan tuna dlm. tin di hancurkan sedikit
ikan bilis goreng...dan apa2 je yg disukai
daun parsley dicincang utk. hiasan
simpan dalam peti ais sebelum dihidang

sosnya
minyak zaiton
cuka
bawang putih yg dicincang
garam
serbuk lada putih

Gaul semua bahan dengan sos biar sebati
sejurus sebelum dihidang tambah lagi sosnyer.

BUAH MANGGA



Dah lama mama tak gi pasar malam ...tp semalam tergerak hati plak nak jalan2 carik macam-macam...banyak betul buah2an ....buah mangga berlonggok-longgok, murah!...murah!!...4kg 10 hinggit je...apa lg mama pun borong sampai senget2 bahu...buah mangga memang menjadi kegemaran mama ni...x kira lah buat jus ke atau dimakan begitu saje...mengikut sumber2 yg bleh dipercayai katanyer buah mangga ni byk. gak khasiatnyer...kaya ngan vitamin C, A, zat besi,kalsium, posforus,potassium kabohaiderat dan enzim yg tinggi mempercepatkan penyembuhan luar dan dalam tubuh, tp kandungan gulanya yg tinggi tidak begitu sesuai diambil dengan banyak oleh pesakit diabetis dalam lain perkataan bleh dapat kencing manis ma!!!

ROASTED TENDERLOIN


Yey! yey! anak dara mama dah pandai masak...hidangan western lagi tu ...bangganyer mama,tp dia x puas ati sbb dagingnyer dah over cook ...x pe! nanti cuba lg.....blackpepper sos utk. hidangan ni kalau malas senang je.....beli sos lada itam kat kedai..(mama beli brand puteri)...tambah air skit campur ngan mayonis masak hingga didih...tu pun dah lebih dr sedap tu :)

KETUPAT



Biasanye kalau gi pasar pagi Ahad leh jumpa camacam kue mueh terutama dari Kelantan...macam-mcam ada! yg. mama beli ni ketupat dari Kelantan rasanyer lemak manis, dan ade kacang..citer pasal ketupat nih...rasa macam dah x syokkan..bukan ape dolu2 ketupat ni dapat makan musim raya je tp. skang nih nak makan ketupat, lemang,rendang, baulu kue bangkit bila-bila pun boleh...ada kat pasar atau kat kedai ...bistu x der lg. makanan khas utk. hari raya... ala x bes la kan! :(

KACANG BENDI



Bendi yang juga dipanggil kacang lendiaq, kacang meo, ialah sejenis sayuran yang biasa kita dapati di pasar. omputih panggilnyer ladies fingers, sbb ape ye? mungkin bentuknyer cam jari-jari runcing pompuan kot... Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”.

Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Lebih ramai yang hanya tahu makan sahaja.

Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Bagus bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi sebenarnya amat baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak ya.. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Di sesetengah tempat, bendi dipanggil kacang lendir. Manakala di Kelantan pula digelar “kacang mior”. Tahukah anda apakah khasiat lendir dari bendi? Orang perempuan mesti suka bab ini, iaitu; lendirnya boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

Nilai perubatan yang ada pada bendi. Ambil biji, akar dan bunga lalu direbuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat:

Melawaskan pembuangan air kecil
Boleh meredakan bengkak dan radang
Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
Mengubati penyakit gonorea
Mengubati sifilis
Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

sumber: pasirmas.co (tq)



KARI IKAN TENGGIRI DENGAN KACANG BENDI

Hari ni mama masak kari ikan tenggiri ngan kacang bendi, mama x guna santan tp blend buah tomato ganti santan.. x perasan pun kari tu x der santan...

Bahan-bahannya agak2 je lah ye...
4-keping potongan ikan tenggiri
kacang bendi agak2 banyaknya (mama cuci tp. x potong pangkal & ujung x suka lendir)
4 biji buah tomato
sebiji bawang besar dihiris
daun kari
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sejemput halba campur
1 peket rempah kari ikan
minyak untuk menumis

cara-caranya

Kisar bawang putih dan bawang merah, ambil sebahagiannya dimasukkan kedalam rempah ikan dan jadikan pes. Tumis baki bawang kisar bersama halba campur dan daun kari hingga garing dan wangi pastu masukkan pes rempah tadi ...biarkan rempah masak dan wangi. Kisar buah tomato dengan air agak2 la untuk dijadikan kuahnya. Masukan ikan, tomato kisar masak sekejab baru masukkan bendi, pastu masukkan bawang besar hiris dan kalau suka leh letak cili hijau yg dibelah. masukan garam kalau nak lebih masam leh masukan sedikit air asam jawa, jangan sampai kacang bendi layu sangat...nanti x sedap lak nak makan...boleh la nak makan ngan nasik ke, roti canai ke atau roti putih pun boleh.

Monday, March 23, 2009

APPLE CUPCAKE

bahan
230 gm butter
230 gm gula caster
4 biji telor
230 gm srf flour
1/4 tsp soda bikarbonat
1/4 tsp garam halus
200 gram isi apple
1 tbs jus lemon
kalau suka letak 1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
untuk topping guna 2 biji hirisan apple dan 1 tbs gula kasar


cara-cara
panaskan oven - 175 c
blend apple ngan jus lemon & ketepikan. campur bahan2 lain dalam mixer dan pukul hingga sebati +- 3 minit + ngan apple yg. di blend td sudukan dalam tin muffin yg. telah dialas mangkok kertas hias ngan hirisan apple dan tabur ngan gula pasir, bakar hingga masak +- 20 minit

sumber: Kevin Chai

PINKY LOVELY COOKIES


bahan
250 gm butter
320 gm tepung jagung
100 gm tepung jagung
50 gm serbuk badam
1 tsp esen vanilla
80 gm gula icing
coklat masakan strawberry dan manik warna-warni

cara-cara
Pukul sebati butter & gula
+ esen + kedua2 jenis tepung & serbuk badam, uli rata canai & terap guna acuan love. bakar pada suhu 140C - 30 min. bila biskut dah sejuk celupkan dalam coklat strawberry yg dicairkan pastu tabur manik

sumber: one publisher

Sunday, March 22, 2009

KERASTANGAN


Erm....nie baru je nk blajar bt bunga... mcm x jadi jer... hehehehe

KEK COKLAT UNTUK GENG OFFICE...


SEDAP !!!!!!!!!!!!!
Banyak versi kek coklat mama jumpa dalam internet akhirnya resepi Fendi MyR menjadi pilihan hati mama dan pilihan mama tepat sekali ...ni mama kopipes...TQ Fendi sudi berkongsi resepi...besar pahala...
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Mama tukar topping ni ngan butter cream sbb. nak wat bunga2an tu

CUPCAKES UNTUK YANZ