Saturday, August 15, 2009

APAM DURIAN

Tengah musim deroyan la katakan...serawa dah buat, cekodok dah buat ari ni jom kita wat apam pulak...

Bahan-bahannya
250 gram gula caster
200 gram isi durian
200 ml air
300 gram tepung superfine atau kalau takade bleh guna tepung gandum
4 biji telur gred A - sejuk (dari peti ais la)
1 sudu besar ovallete juga sejuk
2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning lemon (tak der pun tak per)

peraturannya
durian, susu pekat & air dikisar & ketepikan
ovallete, telur dan gula dipukul pekat dan gebu
masukkan adunan durian diikuti tepung sedikit2 , garam & pewarna
panaskan kukusan, masukkan papercup dalam acuan, isi adunan agak penuh
kukus lebih kurang 10 minit dalam api yg kuat
nak makan ngan kelapa yg digaul sedikit garam pun sedap gak..

Sunday, August 9, 2009

MEMPELBAGAIKAN OMELET

Nama glemernyer Telor Dadar ..:) ...omelet ni bila masak kat dapur kite biasa2 je tapi kalau chef kat hotel yg buat ...nampak bukan main sedap lagi...
boleh dihidangkan bersama roti, salad, coleslaw, kentang bakar
nak makan gitu saja dengan cili & tomato sos pun ok, cepat dimasak kenyang dimakan & boleh dipelbagaikan mengikut citarasa & apa yg ada di dapur kita





ADUNAN ASAS OMELET
2 biji telur size A
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu makan majerin
1/4 sudu teh sebuk perasa (kalau suka)
PERATURAN
telur, garam, dipukul kembang,campur serbuk lada putih & serbuk perasa & pukul rata
panaskan majerin dalam kuali masukan adunan & goreng kekuningan

OMELET AYAM
1 adunan omelet asas
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan minyak tumis
40 gram isi ayam dicincang
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1/4 cm halia ditumbuk
PERATURAN
nak senang bahan2 3 beradik kat atas mama kisar sekali
panaskan minyak tumis bahan tumbuk & campur rempah2 serbuk bila wangi masukan isi ayam & goreng hinggga kering airnya angkat & sejukkan
cara masak omelet sama masak omelet asas cuma masukkan isi ayam yg telah dimasak di tengah-tengahnya & goreng hingga masak

OMELET DAGING
1 adunan omelet asas
40 gram daging kisar
1 sudu teh serbuk rempah daging
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1/4 cm halia ditumbuk
1 batang daun bawang dihiris
secukup garam dan serbuk perasa
2 sudu minyak makan
PERATURAN
sama macam inti omelet ayam cuma apabila daging sejuk baru campurkan daun bawang hiris, sama jugak... masak omelet asas masukan inti di tengah2 & goreng masak

OMELET UDANG
1 adunan omelet asas
50 gram udang dibuang kulit
3 biji cendawan butang dihiris
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk
1/4 sudu serbuk lada putih
1 sudu makan minyak masak
sedikit garam dan serbuk perasa
PERATURAN
panaskan minyak tumis bahan tumbuk & lada putih serbuk masukan cendawan & udang masak hingga kering & sejukkan masak omelet asas seperti biasa letakkan inti udang yg telah dimasak ditengah2

OMELET KEJU
1 adunan asas omelet
1 biji tomato dihiris
3 keping keju dipotong kecil2
1 batang daun bawang dihiris halus
PERATURAN
siapkan i adunan asas omelet di goreng & di tengah2 nya tabur keju tomato & daun bawang

ROTI DIMAKAN SAMA OMELET
350 gram tepung roti
150 gram tepung selfraising
140 gram gula halus
150 gram susu segar (kotak)
80 gram mentega
2 biji kuning telur
1 peket instant yeast
1 sudu teh bread emulsifier (pelembut roti)
1/2 sudu teh garam halus
secukupnyer mentega beku dipotong untuk dibuat inti roti
PERATURAN
guna mixer tepung2, kuning telur, garam gula mentega yeast dan pelembut roti dipukul sambil dituang susu sedikit2, pukul rata dan sebati lalu diperap hingga kembang apabila dah kembang timbang 40-50 gram setiap satu leperkan isi sepotong kecil mentega gulung kemas2 dan perap lagi atas loyang hingga kembang, sapu putih telor bakar 25-30 minit dalam suhu 150-175 C

KENTANG BAKAR DIMAKAN DENGAN OMELET
1/2 kg kentang yg sedang besarnya dicuci bersih kulitnya
1 sudu teh garam halus
200 gram mentega/majerin
PERATURAN
Kentang & garam digaul ambil sekeping kecil tin foil masukkan sebiji kentang & sedikit mentega bungkus rapat2 & bakar dalam oven 35-40 min 150-175 C

SALAD YANG DIHIDANG DENGAN OMELET
400 gram mix vegetables
1 biji sengkuang dipotong dadu kecil
1/2 sudu garam halus
150 gram mayonnaise
100 ml susu segar (kotak)
mix vegetables direbus 5 minit dan ditos
gaul sebati semua bahan dan masukan dalam peti ais sekurang2 nya 45 minit sebelum dihidangkan

hek eleh Jamie ni masak telur dadar pun kecoh...cepat ar lapar dah ni..

Monday, August 3, 2009

MI KUAH KETAM CERUK TO'KUN

Selain mi udang Sg Dua, balik BM mama mesti pekena mi kuah ketam ceruk To'Kun...walau bandar BM dah makin sebok dan berubah tp senang je nak carik..kerana dia berhadapan mesjid Ceruk To'Kun yg dibelakang mesjid tulah rumah Datuk Seri Anuar Ibrahim
Tahun demi tahun ...rasa mi ni cam berlainan saja kenapa ek...?

Dolu2 mama pernah jenguk dalam periuk kuahnyer ada banyak tulang lembu...skang dah tak ade sbb tu rasa laen kot...erm mana ketam ? tak nampak pun...tenggelam kat bawah kot...

Apek ni melanggan sejak berzaman

Manyak sotong...erm mama rasa sotong tu sotong keringlah...

Nak udang banyak pun bleh
Mi goreng sedap gak
bawang goreng lebeh sket...eh, lebeh banyak nih :)

Saturday, August 1, 2009

BONE CHINA

Beli pinggan mangkok jangan pandang cantiknyer saje...tengok labelnyer Bone China ke, Stone China ke...walau dikatakan teh dan kopi lebih lazat dihidangkan dengan set cawan Bone China tapi anda harus taw tentang Bone China....
Apa yang tak kena dengan BONE CHINA ?


...Nak taw selanjutnyer pergi ke BLOG DR AZWAN

Wednesday, July 29, 2009

ALAHAI UDANG GERAGAU...

sangat-sangat bz...jd sehari dua ni mama gantung kuali...namun mama ingin berkongsi...gambar2 yg menarik perhatian mama....

cantik udang geragau ni ye...sedap buat jemput2 ni...

ooo cam ni depa jemur ...

aik main pijak2 je..
hampar canvas kat tanah gitu je?
jalan-jalan carik makan
berpasangan...
nak melepas la...nasibla korang... aku hapa pedulik...



nak taw citer yang lebih terperinci anda bleh lawati http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

* PENGHARGAAN BUAT RUDY BLUEHIKARI

Saturday, July 25, 2009

BISKUT MAMA CARRIES



5 oz mentega
7 oz tepung hongkong
2 oz tepung tepung jagung
2 oz gula icing
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh vanilla

ayak tepung-tepung
krimkan gula dan butter
masukan vanilla dan tepung sedikit demi sedikit uli lembut, canai dan terap acuan berbentuk heart, sapu icing hiasan keatas biskut yg telah diterap. utk melorek, gunakan penyunkil gigi. bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.

HIASAN

2 oz putih telor
5 oz gula halus
1 sudu teh tepung jagung

pukul putih telur hingga gebu.
masukkan gula & tepung. kacau sebati.
ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
sapukan putih telur keatas biskut
lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Tuesday, July 21, 2009

SERABAI TELUR



versi tepung gandum

200 gm tepung gandum
400 gm santan dari sebiji kelapa
1 biji telor
1 sudu makan gula pasir
1 tsp baking powder
1 tsp instant yeast
1 tsp garam

pukul telor dan gula lalu masukan semua bahan
kacau rata dan tapis dan perap 1 jam
sapu sedikit minyak dalam acuan serabai atau dalam kuali kecil
tuangkan 1 senduk kecil adunan, BIARKAN BERLUBANG2 BARU DITUTUP kuali, api perlahankan

adunan ini dapat 14 biji serabai

hidangkan bersama kuah durian

versi tepung beras
(a)
200 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pandan di carik & simpul

(b)
225 gm tepung beras
50 gm gula pasir
1/2 sudu teh instant yeast
1/2 sudu teh garam
500 ml santan
1 biji telur

masak (a) hingga pekat dan ketepikan

campurkan tepung, yis, gula pasir, gaul rata dan tambah telur sebatikan
tambah santan sedikit2 sambil dikacau tambah garam kacau dan perap sejam
tuang adunan dalam acuan serabai atau kuali kecil yg telah disapu minyak biarkan berlubang2 kecilkan api dan tutup kuali, biar hingga masak, sapu permukan serabai dengan bahan (a) angkat.

kuah durian
(a)
300 gm santan
150 gm gula melaka
1 sudu makan gula pasir
(b)
100 gm isi durian
2 helai daunn pandan
½ sudu teh garam
1 sudu kecil tepung jagung atau sedikit sagu biji

panaskan (a) dan tapis
masukan semula dalam periuk bersama-sama bahan (b) dan didehkan semula, tepung jagung di bancuh dengan sedikit air dulu, kalau sagu tak perlu tepung jagung

gambar acuan serabai : penghargaan buat Delila MyR

Sunday, July 19, 2009

NASIK BERLAUK



dalam seminggu tak dua kali sekali mesti jugak pegi makan nasi berlauk ...huh..kena mandrem ngan Kak Ram ke?
bila tengok papan tanda jangan orda nasik ayam plak, nasik ayam takder kat sini..yg ader nasik dengan gulai / kari ayam dan ayam goreng panas2...lauk ikan plak guna ikan aya (ikan tongkol) masak lengkuas..(gulai kuning) ngan sambal lada & ulam timun



mama & baba sarapan berdua ngan nasik berlauk + nescafe tak sampai 10 hengget pun



nescafe panas...nikmat!!


yg dalam bungkusan plastik tu laksam...bungkusan kertas tu nasik kerabu
yg dalam botol tu air sarsi & ice cream soda, nampak tak air botol tu cap apa?
yg nun di sebalik botol2 tu pokcik2 yg suker berbual kat kedai kopi .. bawa maghi budaya tu dr kelantan nun ke Kolumpor ni...oghe kelate jange marah deh! buke ambo mengata, ambo ngutok je..dah mende benar buke fitnah.. ha! ha!


jangan ingat hanya sardin jer cap ayam...naper? tak cayer?...kilang minuman ni terletak kat lundang ...sebutannyer lunde, klate... bukan london yek.....



dalam banyak2 kopi kopi janda yg paling laris...yg sakit orat tu kopi larat sesuai kot...mama tak penah cuba..takut nanti hiperaktif plak...




Ntah2 senyuman dan layanan anak dara Kak Ram ni yg buat baba asyik nak makan nasik berlauk ...hish !...idak aih mama tak cemburu sket pun!!mama pun suker gak nasik berlauk tu, ye ke? ye ke? yela betul la..

GULAI LENGKUAS IKAN AYA (IKAN TONGKOL)
versi tiada sukatan

ikan aya direbus + asam keping & garam biar semalaman lg sedap
lengkuas
kunyit
cili giling
asam gelugur
bawang merah banyak dr bawang putih
bawang putih
timun @ kacang panjang
lada hijau belah 2 jangan putus
santan pekat

cara-cara

tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat
masukkan ke dalam periuk yang ada santan. masukkan juga asam gelugor.
masak sehingga santan mendidih.
masukkan ikan biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
masukkan pula timun @ kacang yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

Saturday, July 18, 2009

EPOK-EPOK ALA LUBNAN

rupa cam karipap biasa je cuma kelainannya berintikan sayur bayam...tak pernah sampai lubnan jd tak pastila kek lubnan nun ade epok2 ke tidak...he..heh...


bahan2 yg diperlukan
(a)
500 gm tepung gandum
(b)
60 gm minyak masak
15 gm minyak sapi / butter / majerin (ikut apa yg ada kat dapo)
1 sudu teh garam
1 sudu gula
200 ml air

panaskan (b) sebentar tuang kedalam (a) uli menjadi doh yg lembut dan perap 15-30 minit canai terap bentuk ikut cita rasa dan isi inti, kelip dan goreng dalam minyak yang banyak

inti epok-epok
500 gm bayam di bersihkan dan hiris
200 gm daging cincang
2 biji bawng besar di potong dadu
1 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk lada putih
3 biji cili hijau dihiris
2 biji cili merah dihiris
2 sudu minyak utk menumis

panaskan minyak dan tumis rempah hingga wangi masukkan daging dan garam kacau rata, masukan bawang besar biar kering sedikit masukan bayam dan terus masak hingga kering
jangan masukkan air untuk buat inti ni...

Thursday, July 16, 2009

PEACH ALMOND PIE

meh kiter menge~pie~ untuk minum petang...

(a)
200 gm tepung gandum
50 gm butter
50 gm margarine
25 gm gula halus
50 ml susu UHT
(b)
125 gm tepung gandum
4 gm baking powder
100 gm serbuk badam
80 gm butter
80 gm margarine
155 gm telor
80 ml susu UHT
150 gm gula halus

1 tin buah peach thinly sliced

cara2 menyediakan (a)

guna paddle (k beater) mix butter, margarine n gula guna mediun speed selama dalam 8 minit, masukkan tepung diikuti susu mix dgn slow speed dalam 1 minit, keluarkan n masukkan dalam esbox selama lebih kurang 30 minit..,bahagi 2 doh (180 gm) letak diantara 2 plastic sheets n canai setebal 3 mm alihkan top plastic n flip the doh atas acuan yg dah disapu butter (dapat 2 bekas pie kecil) kemaskan bahagian tepi tak perlu dibakar dulu

cara2 menyediakan (b)
guna paddle- mix - butter, margarine n gula guna medium speed selama 10 minit, masukkan telor sedikit2 terus pukul dalam 10 minit lagi, sementara itu gaul tepung, serbuk badam, n baking powder masukkan ke mangkok adunan berselang seli susu guna slow speed dalam 1 minit, transfer batter ke dalam unbaked pie td, ratakan n susun buah peach, bakar guna suhu 170 C hingga warna keemasan dalam 45 minit gitu

SARDIN ROLL


bahan-bahan untuk pastri
200 gm tepung gandum
100 gm butter
1/8 gm garam
2 tbsp air sejuk

tepung dan garam disatukan masukkan butter gaul dengan ujung jari menjadi serbuk
masukkan air sejuk dan uli sebati. rehatkan lebih kurang 1/2 jam barulah digunakan
canai dan potong mengikut saiz yg dikehendaki masukkan inti gulung dan kelar seperti gambar diatas sapu telor dan bakar hingga masak

bahan-bahan inti
1 tin kecil sardin dibuang sosnya dan hancurkan
2 biji bawang besar dipotong dadu kecil
2 ulas bawang nipis dipotong nipis
1 tbsp cili kisar
2 tbsp minyak masak
1 tbsp air limau nipis
sedikit daun sop dan daun bawang
garam dan sedikit gula jika suka

panaskan minyak, tumis bawang putih masukkan cili kisar bila dan wangi masukkan sardin, air limau kacau masukkan bawang besar daun sop dan daun bawang inti ini biar agak kering

untuk di sapu atas pastri
1 biji telor
1 tbsp susu cair
dipukul sedikit

AYAM PANGGANG KUALI


mama dapat resepi ni masa intai2 kat umah kaknor nampak sedap sangat...tak sabar nak buat walau pun takder daun kunyit dan daun limau purut,...mama lebihkan serai sebagai ganti...rasanyer mungkin jadi laen sket ...laen kali kena ikut resepi betul2...resepi mama kopipes kat umah kak nor makasih ye, juga kepada penyumbang asal makasih byk2..

1 ekor ayam ~ dipotong kecik sket
1 labu bawang besar ~ yg ni k.nor tambah
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1/2 in lengkuas
2 batang serai (mama tambah lg 2 batang)
3 bj cili merah ~ tambah lg kalau nak lagi pedas (mama tambah lg 2 biji)
3 bj cili api
2 bj buah keras
sedikit kunyit hidup
(blend bahan2 di atas)

santan (sedikit saja) ~ k.nor guna 1 cawan santan fresh
2 kpg asam keping
daun kunyit
daun limau purut
garam
nisan/gula melaka ~ k.nor tak guna gula tp guna nisan
air secukupnya

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg diblend hingga pecah minyak.
Masukkan ayam.
Kacau dan masak hingga isi ayam kecut sket dan masukkan air.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan.
Tutup kuali sehingga kuah mendidih dan masukkan garam, nisan/gula/gula melaka dan asam keping.
Masak lah hingga kuah agak2 kering dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut yg dah dihiris halus.
Kacau2 sekejap biar sebati dan boleh la ditutup api.

Tuesday, July 14, 2009

MAJLIS PERPISAHAN RIZAL

N3 tertunda seminggu...(majlis berlangsung pd 8 julai 2009..)
Makan2 bersama Rizal pelatih USM yg telah selesai menjalani latihan praktikal kat opis mama, tersenyum manis Rizal dapat cenderahati ....anak teruna dari Perlis ni rajin, baik dan berbudi bahasa orangnyer ...sangat sesuai untuk dibuat menantu....tp kena habis belajar dulu ye Rizal ! ermm, selamat maju jaya buat Rizal dalam semua bidang yg diceburi...
Dah makan2 kat A&W.... minuman tentulah rootbeer, makan burger ayam goreng & kentang goreng....
gamat jab A&W...kanak-kanak riang & bergumbira....

waffle ngan eskrim
selamba je seludup bawak masuk kek...

BUNJUT EPAL

Epal yg dah berkedut dlm esbox jangan dibuang leh buat inti kuih...sesuai untuk minum petang sambil2 tengok TV ..
bahan2nya

(a)
kulit popiah gunting agak2 utk bungkus bunjut2 kecil (besar bunjut sup)
minyak untuk menggoreng
benang kasar

(b)
2 sudu butter
3 biji epal hijau dikupas dan potong dadu kecil n rendam dal air garam
100 gm gula perang/gula pasir
50 gm kismis
1/2 sudu teh garam
1/2 gelas air
2 cm kulit kayu manis
1 sudu tepung gandum / tepung jagung

cara2nya

panaskan butter masukkan epal kacau sampai layu, + gula, air, kismis, kulit kayu manis n tepung gandum yg dibancuh dengan sedikit air kacau hingga air kering , angkat n sejukkan dan kuarkan kulit kayu manis
lapiskan 2 kulit popia letak 1 sudu inti apple bunjutkan dan ikat dengan benang
goreng garing keemasan, apabila nak menghidangkannya potong ikatan benang dengan gunting runcing...jangan makan ngan benang2 tu kang tercokek terbelit anak tekak tu plak haru!! :)

AYAM GORENG MANGGA

Manis2, masam2 pedas sket2 saja..

bahan2nya

300 gm dada ayam (cut into strips)

(a)
1/2 biji mangga muda (cincang)
1 biji cili merah (cincang)

(b)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit lada sulah

(c)
1 biji cili merah(kisar)
1 biji cili api (kisar)
1 sudu besar sos plum
150 ml air
1 sudu kecil tepung jagung

cara-cara

ayam diperap dengan (b) dalam 1/2 jam
goreng ayam dalam seminit dua angkat keluarkan minyak dan ketepikan
didihkan (c) masukan (a) dan ayam goreng sekejab dan sedia untuk dihidangkan