Wednesday, December 29, 2010

PULUT KUNING


pulut kuning yang mama sediakan untuk majlis perkahwinan anak sedara

bahan-bahan:

1 kilo beras pulut
2 - 3 cawan santan pekat
jus kunyit (dari perahan kunyit yg ditumbuk)
sedikit garam dan sesudu kecil gula
air kelapa dan beberapa keping asam keping

basuh beras pulut dan rendam bersama kunyit dan asam keping dan air kelapa selama 4 jam, asam keping dan air kelapa pula bertujuan supaya pulut yg dikukus nampak cantik dan berkilat

toskan beras pulut dan kukuslah selama 20 - 30 minit

angkat pulut dan arong (gaul) bersama dengan santan pekat 2 - 3 cawan bersama garam dan gula. kalau pulut kuning tu bertujuan untuk dipacak bunga telur elok kurangkan santannya supaya pulut agak sedang elok dan bila dipacak bunga telur tak tumbang.
kukus sekali lagi pulut selama 20 - 30 minit atau hingga elok masak
siap untuk dihias atau dihidangkan. hidangkan dengan rendang, kari atau serunding

ukir lobak merah & putih dan rendam dulu untuk dijadikan hiasan

Wednesday, November 10, 2010

BINGKA NYAMAI

suka sangat dengan rasa dan haruman karamel jadi mama cubalah buat bingka yg menggunakan karamel untuk dibawa makan2 kat opis, tp bila kawan tanya ni bingka apa? ntahlah nak panggil bingka apa ar...macam2 nama pulak dia org letak...akhirnya dipersetujui dengan nama 'bingka nyamai' anak dara iban kat opis mama ni yg pilih nama tu...nyamai bermaksud sedap...agaknya sedap la kot he he

bahan-bahan

A)
1 cawan gula perang
1 1/2 cawan air
2 tbsp mentega
panaskan gula hingga cair dan berwarna coklat
tambah kan air biar larut dan masukkan butter dan ketepikan

B)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
6 biji telor
2 tbsp esen vanilla

peraturannya

tak payah susah2 masukkan A) dan B) dalam blender ~ kisar hingga sebati dan bakar dalam acuan yang disapu terlebih dulu dgn mentega

Monday, November 8, 2010

MANISAN APPLE & WATER CHESNUT

manisan yang menyegarkan dan berkhasiat

bahan-bahan

1 biji epal merah - potong wedges
5 biji water chestnut - dikupas, dibelah dua
30 gm cendawan putih (white fungus)- direndam, trimmed
100 gm kacang gingko
100 gm biji teratai (lotus seed)
10 biji kurma cina (red dates)
5 helai daun pandan
2000 ml air
200 gm gula batu / gula

peraturan

Letakkan semua bahan kecuali epal dalam periuk, didihkan , kecilkan api dan biarkan ia mendidih selama satu jam
Tambah hirisan epal terus memasak untuk 15 minit,
Sajikan panas atau sejuk

sumber : Jamie Jong


Friday, November 5, 2010

BADAM RANGGUP

sangat ranggup ...sedap buat juadah minum petang, atau kudapan masa nonton tv ...sambil borak2 pasti tak sedar abes sebalang :)

bahan-bahan

4 biji putih telor
180 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
100 gm tepung gandum
200 gm badang cincang
50 gm mentega cair

peraturannya

campurkan putih telor dan gula, kacau hingga gula hancur
tambahkan tepung dan vanilla ~ kacau sebati dan tambah mentega cair
sudukan atas baking tray yg beralas aluminium foil yg digriskan dengan mentega
pastikan nipis dan sekata lalu ditabur badam cincang atau boleh juga digaulkan terus adunan dengan badam terlebih dahulu sebelum disudukan ke baking tray
bakar dalam oven 180C lebih kurang 20 minit atau sehingga garing keemasan
sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Monday, November 1, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU KIKI & QAIS

moga bahagia kekal abadi hingga akhir hayat

Saturday, October 30, 2010

KUIH BAKAR LABU

sumber: mama kastam tioman@myr  (tq)

 bahan-bahan

3 1/2 cawan tepong gandum
5 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu makan mentega
3 biji telor
1 cwn labu lecek
sedikit garam
  1. blend semua bahan sehingga sebati.
  2. sapu acuan dengan minyak/mentega.,  tuang adunan dan bakar sehingga keperangan
  3.  oven dipanaskan dahulu dengan kepanasan 180-200 celsius

Sunday, October 24, 2010

SUP GEARBOX BEREMPAH ALA PAKNGAH

Ada berani? he he...resepi ni pakngah letak kat fbnya ...untuk dikongsi dengan semua...kalau nak tahu yg dipanggil pakngah ni ialah Farit Ismeth Emir...penyampai berita dunia di TV1...tentu ramai yg kenal...
Pakngah juga seorang pembekal makanan/katerer yg dikenali di KL...
Jom layan sup gearbox pakngah
bahan yang diperlukan
1 batang kaki lembu (dipotong-potong)
1 kg daging cincang
10-15 ulas bawang kecil
5-7 ulas bawang putih
4-6cm halia
50 - 100 gram jintan kasar
50 - 100 gram jintan halus
50 gram ketumbar
2-3 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
7-10 biji cengkih
5- 7 kuntum bunga lawang
10-20 biji lada hitam
daun sup (potong jangan terlalu halus)
daun bawang (potong jangan terlalu halus)
bawang goreng
garam (secukup rasa)

cara memasak:

1. rebus kaki lembu dan daging cincang dan masukkan lada hitam.
2. kisar jintan manis,jintan kasar,ketumbar,bawang kecil,bawang putih dan halia hingga hancur.
3. panaskan minyak dan tumiskan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih hingga wangi.
4. kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga agak garing dan naik bau.
5. setelah itu masukkan bahan yang ditumis (kalau boleh jangan ambil minyak tumisan supaya sup tidak terlampau berminyak) tadi kedalam periuk dan masukkan garam. biarkan sehingga daging empuk.
pastikan air sentiasa cukup dan tambah jika kurang.
6. bila empuk masukkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.kacau dan tutup periuk supaya bau wangi tidak hilang. biarkan seketika ...dan sedia untuk dinikmati
7. kalau suka boleh gunakan jus limau dan potongan cili api utk menambah perisa



Thursday, October 21, 2010

KETAYAP / KUIH DADAR



bahan yg diperlukan

A)
200 gm gula melaka dicincang
4 helai pandan disiat2
100 ml air
B)
sebiji kelapa diparut ambil yg putih sahaja
2 tsp tepung jagung bancuh dgn 2 tsp air

C)
180 gm tepung gandum
1-2 biji telor pukul sedikit
450 ml santan cair (dari 1/2 kelapa)
1/4 tsp garam halus
4 tbsp jus pandan yg pekat (kisar dari daun pandan)

peraturan

masak (A) hingga gula melaka hancur dan tapis
masukan sirap gula melaka dalam pan bersama kelapa & tepung jagung
masak beberapa minit hingga agak kental
campur sebati semua bahan (C) dan tapis
panaskan 5" non-stick pan greasekan sedikit minyak n masukan 1/2 senduk adunan (C)
swirlkan supaya rata dan masak +- 2 min...isikan inti gulung dan sedia utk dihidangkan

BROWNIES

gebu je...ramai cakap sedap !!

sumber: hanieliza (TQVM)

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT
Bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.




Saturday, October 16, 2010

AYAM MASAK MERAH (1)



sumber:  mrs shieza@MyResepi (tqvm)


rasa macam lauk kat rumah kenduri ~ sesuai utk nasi yg berperisa macam nasi minyak, nasi beriani dll

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng)
  • cili mesin(cili kering yang telah dimesin bersama bawang putih dan bawang merah..sy guna lbih kurg dlm 2@3 senduk nasi)
  • 1/2 botol sos tomato (sy guna Aminah Hassan..lbih sedap) klu suke rase tomato lbih leh letak lebih
  • bahan utk menumis:
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang kecil (ditumbuk kasar)
  • 1 inch halia (diketuk)
  • 2 btg serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • sedikit gula dan garam
  • sdikit daun bawang  ditabur utk hiasan  (mama tabur kacang peas)
  • Minyak utk menumis
  • 1 cawan air (utk kuah)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • buah tomato atau nenas (optional)

cara-cara

  1. Mula2 ayam td di goreng dahulu. Setelah abis digoreng, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.
  3. Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
  4. Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suke kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak2 la yer..ikut sedap..
  5. Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suke, boleh jugak masukkn nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.
  6. Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur daun bawang di atasnye. 


    Friday, October 15, 2010

    FRUIT PASTRY CAKE

    suka kek ni ~ dok atas meja nampak meriah...

    sebelum masuk oben

    sumber  : RIMA (tq)
    hai la, bila agaknya nak pandai buat kek secantik kek RIMA

    bahan-bahan

    100g mentega (suhu bilik)
    200g gula caster (ikut rima kurang menjadi 180g)
    Sour cream 50g (2 sdm) ikut rima guna yogurt rendah lemak)
    3 biji telur, pukul sebentar
    1 sdt ekstrak Vanilla
    1 sdt kulit lemon
    210g tepung gandum - diayak
    1 sdt baking powder (guna baking powder double acting)
    500g buah2an + 2 sdm gula
    ( boleh menggunakan strawberi, blueberry, pisang, epal, nanas,prune atau buah-buahan lain yang tidak terlalu juicy.) -

    peraturan

    - cuci, potong buah2an toskan, gaul dengan gula (jika dikehendaki) dan ketepikan. (jika menggunakan buah tin, cuci buah untuk membuang sirap, menghilangkan gula).
    - olesi dengan mentega dan tepung pada acuan 9" bulat atau 8" persegi dan alas dasar dengan kertas
    - krimkan mentega, gula dan krim asam sampai ringan dan mengembang.
    - masukan telur sedikit2 ke dalam adunan sambil terus dipukul. (adunan terlihat sedikit mengental)
    - tambah vanila ekstrak dan parutan kulit lemon
    - masukan tepung gandum dan baking powder dan terus dikrim adunan dengan mixer sampai sebati. tuang adunan ke dalam loyang dan tabur buah2an
    - jangan tekan buah ke dalam adunan. hias buah-buahan mengikut citarasa
    - bakar dalam oven pada suhu 180C selama 60-70mins. ~ tutup bahagian atas dengan foil dalam 15 minit terakhir baking untuk mengelakkan bahagian atas hangus
    - biarkan kek sejuk di acuan untuk sekitar 5-10 minit. Unmold dan transfer ke redai dan biarkan sejuk sepenuhnya.
    -jika mahu debukan kek dengan sedikit gula icing atau snow powder

    Thursday, October 14, 2010

    MUFFIN! MUFFIN! MUFFIN! MAI BELI MUFFIN !

    comel2 juga gadis yg jual muffin ni ye sebab tu laris je...he he ~ ini kisah minggu lepas ~ENTERPRENEURSHIP DAY 2010 ~ program ni berlangsung di Laman Perdana UiTM Penang utk projek dorang ~ lebih dari 130 booth yg ambil bahagian, selain muffin dorang jual cekelat lolipop dan apam dot dot , yg bestnyer booth black & pink dorang ni menang booth tercantik ....tahniah!
     
    kalau pasai posing memang no1
    terimakasih tak terhingga buat kak norli kerana sudi dan sanggup menolong anak2 ni menyediakan muffin juga apam dot dot yg sgt comel ni...tentu penat  kak norli ~ 3.00 pagi baru dpt tido...erm kepada sesapa yg dok belah utara kalau nak order kek boleh la cari kak norli ~ sangat cantik kuih2  kak norli ni ~ kalau x percaya boleh lah ke SINI
    muffin dan apam dot dot yg dah siap untuk dijual

    Wednesday, October 13, 2010

    SAMBAL AYAM BERKICAP

    ringkas saja masakan ni, tak banyak bahan yg digunakan tp sedap juga terutama kalau digandingkan dengan nasi lemak atau nasi minyak

    bahan-bahan
    1 ekor ayam dipotong kecil2 dan digaul garam kunyit
    15 - 20 biji cili kering dikisar
    perlukan banyak bawang besar lebih kurang 5-6 biji dikisar
    3/4 cawan kicap lemak manis
    7 tangkai daun kari (bukan helai ye)
    hirisan bawang besar
    minyak untuk menggoreng ayam dan untuk menumis

    peraturannya

    goreng ayam 3/4 masak toskan
    tumis bawang besar kisar hingga kuning ~ perlu masa yg agak lama
    masukan cili kisar ~ kacau hingga garing ~ wangi
    masukan kicap, dan ayam serta daun kari akhir sekali hirisan bawang besar
    tak perlu garam sbb dah ada kicap cuma kalau yg suka sambal yg agak manis bolehla nak tambah sedikit gula tp kicap pun dah dah cukup manis dah kot

    Tuesday, October 12, 2010

    KEK NANGKA


    sumber: majalah keluarga

    bahan-bahannya

    3 cawan nangka dihiris nipis
    250 gram tepung gandum
    1 tsp baking powder aak bersama tepung
    2 biji telor
    250 gram gula kastor
    250 gram mentega
    1 cawan susu cair

    kaedahnya

    pukul mentega & gula hingga kembang
    masukan telor satu persatu
    masukan tepung gandum sedikit demi sedikit
    adun sebati kemudian masukan isi nangka dan susu cair
    tuang ke dalam acuan roti yg telah dilenser (dpt 2 acuan)
    bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan
    suhu 150 C 40 -50 minit
    setelah sejuk bedakkan dgn icing sugar

    Monday, October 11, 2010

    NASI ULAM

    kata nenek nak awet mude amalkan makan nasi ulam...ala leceh nyer...suntik botox ke suntik vitamin c ajelah nenek...cepat sket dpt kesan dan awet selamanye...hik hik hik...ish ish kuang aja punyer cucu...


    bahan-bahan
    nasi yang telah disejukkan (kalau panas ulam menjadi lecur)
    seketul ikan kering talang/kurau dibakar & tumbuk
    sedikit lada hitam ditumbuk halus
    sedikit kerisik yang segar
    5-6 biji bawang merah
    sedikit lengkuas kecil
    sedikit halia
    jus limau nipis,

    ulam-ulaman
    daun mengkudu
    pucuk daun kari
    pucuk gajus
    pucuk putat
    daun cekur
    daun kaduk
    daun pegaga
    daun ulam raja
    daun sekentut
    daun kunyit
    daun limau purut
    daun kesum
    hirisan nipis serai
    hirisan nipis bawang besar

    cara-cara penyediaannya
    bersihkan daun-daun balut daun kunyit supaya senang dipegang n hiris halus seperti bunga rampai, bawang merah lengkuas serai ditumbuk lalu digaul dengan kerisik dan jus limau nipis, gaul nasi dengan daun-daun,serai,bawang besar serbuk lada,ikan kering bersama bahan yg ditumbuk rata-rata n sebati siap utk dihidangkan

    u.p: ulam-ulam boleh ditambah atau dikurang jenisnya ~tp lebih banyak lebih sedap
    : hidangkan dengan asam pedas rebus batang keladi

    Saturday, October 9, 2010

    KEK LAPIS SISIK IKAN

    kalau yg x berapa pandai buat kek cam mama ni...dari dok sihat nak dpt demam, bolehlah cuba he he...


    sumber: mariam81@MyR

    1. 10 Biji Telur
    2. 250gm Gula halus
    3. 1 sudu makan ovellete
    4. 75ml air sejuk
    5. 1 tin seri kaya
    6. ½ botol kecil horlicks
    7. 250gm tepung
    8. 360 gm mentega dipukul dgn 4 sudu makan susu pekat
    9. 4 bungkus manisan hawflakes

    cara-cara

    pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
    masukkan mentega n gaul sebati
    masukkan tepung n gaul lagi
    ambil sesenduk adunan n grill hingga masak
    biarkan kosong di lapis 1-4 awal n akhir
    cucuk dgn hawflakes
    ulang proses ini hingga habis.


    Wednesday, October 6, 2010

    MEEHOON IKAN BILIS

    stok bahan mentah dah abes, esbox pun dah kosong, ari minggu asyik gi kenduri kahwin ngan ari terbuka raya, tak sempat lak ke pasar...malasnya nak keluar, baba pulok seharian ngadap tv ~ nonton sukom new delhi

    yg ada...meehoon, ikan bilis n telor ~ layan ajelah
    meehoon putih bodoh2 pun sedap la jugok!! :) makan pulok ngan sambal kicap ~ pergh!! kalau lah hari-hari berselero makan camni..sgt berjimat cermat ~ x lama je kayo mok cik !! hik hik..


    bahan-bahan
    1/2 bungkus meehoon (mama suka cap bintang kerana x mudah hancur)
    segenggam ikan bilis
    lobak merah parut kasar
    minyak untuk menumis
    kicap cair (sos ikan cap sotong)
    2 sudu besar lada sulah (mama guna ajishio)
    5 biji bawang merah-tumbuk
    2 ulas bawang putih-tumbuk
    2 biji telur
    daun bawang, tomato dan cili untuk ditabur

    peraturan

    rendam meehoon hingga lembut, toskan.
    tumis bawang2 hingga naik bau, masukkan ikan bilis goreng sebentar.
    masukkan kicap cair dan lada sulah gaul lagi. masukan lobak merah masak sekejab lalu masukkan meehoon, gaul rata bila meehon dan lembut ketepikan lalu dipecahkan telor goreng telor hinggga agak kering baru digaul dengan mehoon angkat n hidangkan ngan sambal kicap bercili api

    sambal kicap: cili api, bawang putih, kicap manis & limau kasturi dikisar dan gaul sebati

    Saturday, October 2, 2010

    KEK EPAL

    sayang pulok nengok epal yg mula nak kecut tersadai je...teringat jun-yummylicious kata kek epal Yani @ MR. best n senang jd mama yg suke yg senang2 nak lah cuba...memang betulla cakap jun tu he he

    resepi mama kopipes dr umah jun (dasar nak senang je ye hik hik)

    1 biji epal
    100gm butter (room temp)
    80gm gula + 2 sudu besar gula
    2 biji telur
    100ml fresh cream/whip cream
    150gm tepung gandum
    1 sudu teh baking powder
    bersihkan n kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 3mm. gaul ngan 2 sudu besar gula tadi. masak hingga jd lembut (leh microwavekan selama 3 min).
    pukul butter hingga berkrim. masukkan gula n pukul lagi hingga putih. masukkan telur satu persatu. masukkan cream. pukul sebati. masukkan tepung bercampur ngan baking powder, kacau sebati. masukkan epal tadi bersama airnya n kacau. masukkan dalam loyang bergris n bakar selama 35min pada 180'c.

    penghargaan utk jun & yani myr