Showing posts with label sayur2an. Show all posts
Showing posts with label sayur2an. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

BABY KAILAN IKAN MASIN

dimakan dengan nasik panas ...mak mertua lalu pun tak nampak..x cayer try la... he he

bahan-bahannya

1 ikat baby kailan
sepotong ikan masin tenggiri jeruk
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar di hiris
1 biji cili merah di hiris
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh gula

peraturan

panaskan minyak
masukkan ikan masin goreng sambil  dihancurkan angkat
kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar tumis hingga layu
masukkan batang kailan, baby kailan ni semua batangnya boleh guna,
masukan sos tiram, masukkan daunnya, gula ikan masin yg di goreng & cili merah...
tak perlu terlalu layu kerana baby kailan ni sedap kalau
ranggup-ranggup gitu

Saturday, July 10, 2010

SAMBAL GORENG CENDAWAN


masakan yg berasaskan cendawan memang kegemaran mama..tak kira la cendawan goreng ke sop cendawan ke...pernah kawan mama pesan jgn makan cendawan sbb mama ada penyakit semput..tp buat x taw jer...ada gak semput tu dtg selepas melantak cendawan...mungkin betul kot pesan kawan tu...

teman opis mama bila balik dr kampung pasti bawa makanan yg sedap2 termasuk sambal cendawan ...bila mama gi pasar nampak cendawan yg segar tu nak cuba la goreng macam tu ...bolehla ...agak jadi jugala macam yg mak dia buat cuma mama ni malas nak menyiat cendawan tu halus2 jd tak lah cantik macam yg ori..

bahan2nya
sukatan agak2 je ikut citarasa..

cendawan basuh dulu & disiat halus

beberapa biji telur
cili kering
bawang kecil / bawang besar
sedikit halia
minyak untuk menumis
garam & gula
mama masukkan sedikit serbuk ikan bilis

cara2nya
cendawan biar kering ~ perah betul2 kalau x penat nak goreng sampai kering
kisar cili kering, bawang dan halia lalu ditumis wangi dan garing cam sambal tumis tu, perisakan dgn garam & gula & masukkan cendawan dan goreng lagi ~ pastu ketepikan cendawan pecahkan telur ditengah2 kuali dan goreng sampai betul2 kering
sedap taw mama suka ratah cam tu saja

Monday, April 5, 2010

KENTANG LADA HITAM


ini bukan mama yg masak ye anak2 adik kakak... tp chef "JOM RASA" tak lain tak bukan ialah Chef Sabri yg popular itu....demo ni dirakam semasa hari terbuka kat opis mama
JOM RASA adalah program masakan yg disiarkan setiap Sabtu 10.30 pg di TV1 RTM



bahan-bahan yg diperlukan ialah :
kentang rebus dipotong cam kat atas tu la..
bawang besar dipotong didadukan
bawang putih dicincang
sedikit serbuk buah pala
sedikit serbuk lada hitam (kasar)
sedikit serbuk cili (kasar)
sedikit serbuk perisa (serbuk ayam)
sedikit susu segar
sedikit minyak zaiton
sedikit butter
sedikit perahan jus lemon
cara2nya
panaskan minyak zaiton & butter masukan bg besar & bg putih agak layu masukan kentang
diikuti bahan2 lain





memasak ni tak susah..puan2 dan tuan2...x usah lah dok pi kedai mamak ..bukannya bersih sgt..
lg pun memasak sendiri lebih berkat dan sihat... (alamak kena perli la)



masukan bahan2 x payah guna sudu...guna jari2 montok mu itew..hehe kalau nak tahu di celah-celah jari kita ini terkandung enzyme (pencerna makanan) yg asli...



puan masak guna minyak apa? eh! jangan! jangan guna minyak kampit tu..kalau nak tahu ada sesetengah minyak kampit tu adalah minyak yg dikitar semula dr restoran2 yg besar ... (bior benor chef ! seb baik mama x guna minyak kampit)
beli baju, beli beg mahal2 boleh apala sgt keluor belanja beli minyak zaiton, minyak jagung yg sgt berkhasiat...untuk keluarga kita juga



hah dah nak siap pun ...ambik sudu sorang satu ..JOM RASA....
sedap dijadikan hidangan sampingan ayam bakar, ayam goreng atau...bekkk!!! kambeng golek....



Saturday, March 20, 2010

SAYUR CAMPUR

keadaan cuaca yg panas sekarang nih eloklah kurangkan makanan yg berempah dan yg pedas-pedas, kita lebihkan sayur & ulam2an supaya sejuk sket...

gandingan mantop sayur campur ~tenggiri jeruk goreng yg dihidang dgn perahan limau nipis, cili api & hirisan bawang



Tuesday, November 10, 2009

KANGKUNG GORENG BELACAN

kata orang sayur kangkung ni banyak khasiatnya, boleh meredakan sakit kepala dan merawat penyakit sukar tidor /insomnia, lagi satu mama pernah dengar lendir dari ramasan kangkung (yg mentahlah)boleh lebatkan rambut...

selain sedap bila jadik sotong kangkung, jadi rakan yong tau fu, celur buat ulam dicecah sambal belacan pun dah sedap sgt atau boleh buat sayur sampingan juadah nasi lemak

apa2 pun kangkung goreng belacan memang sayur kesukaan mama...pekena dengan nasi panas2 musim ujan nih...pergh..!!

1 ikat kangkung
2 biji cili merah(nak pedas,tambah cili padi)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis atau udang kering
udang hidup
sedikit belacan
bahan perasa spt garam @ gula secukup rasa
minyak masak secukupnya untuk menumis

kangkung bersihkan, toskandan di potong, bahan2 lain ditumbuk
tumis hingga naik bau atau sedikit garing masukan kangkung
masukkan bahan perasa mungkin garam tidak perlu cos bilis/udang kering dah masin
gaul rata dan kacau sehingga masak jgn terlampau layu, tak sedap plak

Monday, September 14, 2009

PAJERI NENAS



masam2 manis...dengan nasi minyak sedap ni..

bahan2nya

sebiji nenas dipotong bulat dan celur sekejab
1 peket rempah kari daging
udang kering
santan
kerisik
bawang besar, halia, bawang putih dikisar agak2 lah ye
rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis,bunga lawang, cengkih dan pelaga)
gula merah / gula melaka, garam
minyak masak

kisar bawang besar bawng putih dan halia dan gaul rempah jadikan pes
tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan rempah tumis 4 beradik sampai wangi dan masukkan pes rempah masak sampai wangi dan garing
masukan santan dan udang kering dan kerisek, bila mendidih masukan nenas, garam dan gula merah

Saturday, July 11, 2009

PECAL @ GADO-GADO

peberet mama ni...oleh kerana ada tauhu dan telor rebus pecal ni sangat mengenyangkan.. penuh khasiat dan vitamin...
bahan-bahannya
300 gm kacang tanah
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 biji cili kering (nak berasap tambah cili api)
5 cm belacan
5 sudu besar gula pasir
Sedikit gula melaka
11/2 sudu garam
100 gm asam jawa
(Kalau nak rasa pecel yang keJAWAan bleh letak sedikit cekur)

cara-cara menyediakan kuah pecal

kacang tanah di goring garing kisar dan ketepikan me
bawang kecil dan bawang putih di belah 2 atau hiris kasar
dengan sedikit sahaja minyak goring cili sebiji2 hingga wangi dan garing
bawang merah bawang putih juga digoreng layu dan + belacan goring wangi
bahan2 yg di goring ni dikisar kering
asam jawa dibancuh pekat dan buang bijinya
gaul kesemua bahan sebati,
pes kuah pecal ni tahan lama...kalau bulan puasa bleh buah banyak2 simpan dalam peti ais dan sejurus sebelum hendak menghidangnya cairkan pes pecal ni dengan air panas

hidangkan dgn. tauhu goreng, telor rebus, tempe goreng pun ok ...

sayur2an yang sering digunakan untuk pecal ialah

yang dicelur
taugeh
kacang panjang
kacang buncis
kobis
pucuk paku
pucuk ubi
kangkung
nangka muda
jantung pisang
yang tak payah celur
sengkuang
timun

Tuesday, June 30, 2009

JERING MASAK LEMAK PUCUK UBI

Makan jangan sampai mak mertua lalu pun tak nampak!! kalau tak nampak itu bukan anak menantu..tu anak hantu!! :(


yang perlu disediakan

1/2 kg jering tua (rebus empuk dan ditumbuk pecah2)
2 ikat pucuk ubi (celur masukkan sedikit minyak dlm air utk kekal hijau)
30 - 40 biji cili (api ditumbuk halus)
1/2 in kunyit idup (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat
50 gm ikan bilis (ditumbuk)
bahan perasa mengikut citarasa (garam,gula @ asam keping)

cara-cara

masukkan cili api, pucuk ubi, kunyit, serai, dan ikan bilis dalam periuk bersama sedikit air, masak sebati atas api perlahan, masukkan santan pekat dan bahan perasa
kacau selalu supaya tidak pecah minyak, akhir sekali masukkan jering yg ditumbuk
kacau hingga masak dan sedia utk dihidangkan

fakta tentang jering
digunakan sebagai pembuka selera... mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% fiber
diikatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis juga baik utk kesihatan jantung.

fakta yg sangat2 penting (selepas makan jering)
jangan buang air kecil bersepah..dan bilik air harus di basuh bersih2 selepas digunakan...kalau tak nanti ada yg semput x leh bernafas ...lebih2 lg kalau mak mertua datang rumah...:)
ubat gigi harus guna lebih dari biasa kalau tak , kecik ati la pulokk bila orang berpaling muka masa bercakap dgn anda...

fakta tentang pucuk ubi
jimat belanja...petik kat kebun @ belakang umah je
yg ader penyakit hangin tuh makan sket2 je.... kang hangin satu badan plak...kecoh!!

ikan masin goreng... gandingan mantap jering masak lemak pucuk ubi...

Monday, April 13, 2009

KACANG BENDI



Bendi yang juga dipanggil kacang lendiaq, kacang meo, ialah sejenis sayuran yang biasa kita dapati di pasar. omputih panggilnyer ladies fingers, sbb ape ye? mungkin bentuknyer cam jari-jari runcing pompuan kot... Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”.

Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Lebih ramai yang hanya tahu makan sahaja.

Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Bagus bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi sebenarnya amat baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak ya.. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Di sesetengah tempat, bendi dipanggil kacang lendir. Manakala di Kelantan pula digelar “kacang mior”. Tahukah anda apakah khasiat lendir dari bendi? Orang perempuan mesti suka bab ini, iaitu; lendirnya boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

Nilai perubatan yang ada pada bendi. Ambil biji, akar dan bunga lalu direbuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat:

Melawaskan pembuangan air kecil
Boleh meredakan bengkak dan radang
Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
Mengubati penyakit gonorea
Mengubati sifilis
Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

sumber: pasirmas.co (tq)



KARI IKAN TENGGIRI DENGAN KACANG BENDI

Hari ni mama masak kari ikan tenggiri ngan kacang bendi, mama x guna santan tp blend buah tomato ganti santan.. x perasan pun kari tu x der santan...

Bahan-bahannya agak2 je lah ye...
4-keping potongan ikan tenggiri
kacang bendi agak2 banyaknya (mama cuci tp. x potong pangkal & ujung x suka lendir)
4 biji buah tomato
sebiji bawang besar dihiris
daun kari
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sejemput halba campur
1 peket rempah kari ikan
minyak untuk menumis

cara-caranya

Kisar bawang putih dan bawang merah, ambil sebahagiannya dimasukkan kedalam rempah ikan dan jadikan pes. Tumis baki bawang kisar bersama halba campur dan daun kari hingga garing dan wangi pastu masukkan pes rempah tadi ...biarkan rempah masak dan wangi. Kisar buah tomato dengan air agak2 la untuk dijadikan kuahnya. Masukan ikan, tomato kisar masak sekejab baru masukkan bendi, pastu masukkan bawang besar hiris dan kalau suka leh letak cili hijau yg dibelah. masukan garam kalau nak lebih masam leh masukan sedikit air asam jawa, jangan sampai kacang bendi layu sangat...nanti x sedap lak nak makan...boleh la nak makan ngan nasik ke, roti canai ke atau roti putih pun boleh.