Monday, February 28, 2011

AYAM MASAK MERAH (2)



sumber : Pn Nani Rostam  (tqvm)


bahan-bahan yg kita perlukan

(A)

seekor ayam dipotong 16 digaram kunyitkan dan goreng 1/2 masak

(B) kisar bersama;
3 bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas
5 serai
1 / 2 cm kunyit segar
2 buah keras

(C) kisar berasingan;

100 gm cili kering (buang bijinya dan dicuci)
1cm belacan
100 gm udang kering

(D) bahan untuk sos

garam secukupnya
gula secukupnya
1 kiub pati ayam
2 sdm susu  / susu evaporated
2 sdm tomato pure
1 cawan minyak

cara memasak

panaskan 1 cawan minyak tumis (A) hingga harum dan tambah  (B) sampai  harum dan naik minyak.

campur bahan (D) masak lagi hingga naik minyak masukkan ayam  dan masak  hingga sebati dalam api yang perlahan selama 10 minit.  hidangkan dengan nasi putih atau nasi briyani.


Sunday, February 27, 2011

DADAR TELOR TAUHU BERSOS KACANG



bahan-bahan yang kita perlukan
2 keping tauhu goreng dipotong kiub
4 biji telor - dipukul sikit
garam secukup rasa
serbuk lada sulah
4 sudu besar minyak masak

campur  semua bahan  dan dadarkan,   semasa menghidang taburkan sayur2an dan sos kacang 

sos kacang

2 cili padi ~ nak berasap letak lebih
1/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak
3 - 4 camca besar gula melaka
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus asam jawa
sedikit ~ hujung sudu petis
bawang putih goreng (dari seulas dua bawang putih hiris & goreng)

bahan sampingan
taugeh celur, sengkuang, timun & daun salad,  bawang goreng

tumbuk kacang dahulu, pastu tumbuk cili dan sebatikan semua dengan jus asam jawa.
semasa menghidang ~ tabur bahan sampingan

Saturday, February 26, 2011

PARU GORENG BELADO


kata orang organ2 dalaman ni tak begitu elok ~ dah digemari nak wat camno? sekali-sekala bolehlah no...

bahan-bahan dan peraturan memasaknya

1 kg paru dipotong2 cuci, rebus dengan 5 helai daun salam, 1/2 sudu teh garam dan air secukupnya hingga empok ~ sejukkan baru dihiris nipis dan goreng dengan minyak yg banyak hingga kering.
8 - 10 tangkai lada merah dikisar kering ~ kasar2 je
7 ulas bawang putih dicincang
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya sahaja
1 cawan minyak untuk menumis
2 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
1 sudu teh garam

panaskan minyak ~ tumis bawang putih cincang
masukkan lada merah kisar ~ goreng hingga naik bau
masukan gula dan garam ~ kacau sebati
akhir sekali masukan jus limau dan paru goreng, masak hingga untuk beberapa minit.

Wednesday, February 23, 2011

ROCKY ROAD CUPCAKES

kek ni kaya dengan rasa coklat, sarat dengan kekacang 
dulu-dulu nak makan marshmallow tak berani ~ was-was sgt kerana bahan gelatin yg tak tahu halal ke tidak tp sekarang ni kat pasaraya dah ada marshmallow yg halal jd tak ade masalah.
resepi ni x ingat dah dpt kat mana cuma ingat dr. website mat salleh ~ mama kopipes n simpan dlm fail n hentam je guna ~ resepi ni bukan resepi cupcakes tp dah mama bakar dalam papercup jadilah dia cupcakes  ...boleh je guna coklat chip dan pelbagai kekacang dan hiaskan dgn lelehan coklat atau karamel sos
mama tak letak pun serbuk kulit kayu manis tu, rasa coklatnyer pun dan cukup.

resepi yg jadi panduan ;
225g plain flour
1 tsp baking powder
50g cocoa
1 tsp cinnamon
150g unsalted butter
150g salted peanuts, or walnut pieces
300g dark chocolate, chopped
390g tin condensed milk
100g mini or chopped marshmallows

Mix the flour, baking powder, cocoa and cinnamon in a bowl, and rub in half the butter. Add the nuts and roughly 100g of the chocolate, then stir in 300g condensed milk and mix to a firm, sticky dough. Heat the oven to 200C (180C fan-assisted)/400F/gas mark 6. Line a tray with nonstick baking parchment or foil, spoon on golf ball-sized dollops of the dough, then slightly flatten the top of each with the back of the spoon. Bake for 15 minutes until lightly coloured, then leave to cool down.
Melt the remaining chocolate and butter, add the reserved condensed milk and 50ml boiling water, and beat until smooth and creamy. Leave until warm, then stir in the marshmallows and spoon a little on each of the rock cakes, so they look like mini volcanos. Chill to set the chocolate, then return to room temperature to serve.

Sunday, February 20, 2011

KEK BELANG

kecuali lelaki hidung belang mama suka sangat yang belang2,  sangat suka tengok kuda belang  ~ cantik la ....jadi sudah tentu la suka dgn kek ni...:)

bahan-bahannya 
    5 biji telur
    11/2 cawan gula kaster
    2 1/2 cawan tepung gandum
    1 cawan minyak masak / minyak jagung / butter cair ( pilih aja la)
    1 cawan air
    3 sudu makan tepung gandum
    3 sudu makan serbuk koko
    2 sudu  baking  powder

peraturan:

    1. pisahkan kuning telor, pukul putih telor sambil dimasukan gula hingga pekat, tambah telor kuning satu persatu
    2. kurangkan kelajuan mixer dan secara sedikit2 tambah  21/2 cawan tepung yg diayak dengan baking powder. teruskan mengacau,  bergilir2 tambah minyak dan air.
    3.  bahagi adunan menjadi dua bahagian ~ satu campur 3 sudu makan koko dan 3 sudu makan tepung di bahagian kedua.
    4. olesi loyang  bulat  26cm  dgn butter atau marjerin dan taburi tepung . tuang bertindih adunan koko dan adunan biasa bakar selama  lebih kurang  sejam pada 180 ° C.


SUMBER : MINAH POLAND

Sunday, February 13, 2011

AYAM MASAK PADANG


bahan yang diperlukan :
1 ekor ayam potong kecil
2 bawang besar sederhana ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1 inci halia ditumbuk
1/2 inci lengkuas ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang serai dititik
Santan kelapa dari sebiji kelapa
5-6 helai daun limau purut

tumis semua bahan kisar bersama dengan serai sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam dan sedikit air, renehkan sampai ayam kecut. Kemudian bila ayam dah agak kecut, masukkan santan. Kacau-kacau dan masukkan daun limau purut. Kacau sehingga kuah masak.

sumber : Chef Hanieliza ~ terima kasih



Sunday, February 6, 2011

BELEBAT UBI STELA

belebat = lepat
ubi stela = ubi keledek


bahan-bahan

160gm tepung beras
200 gm gula
125 gm ubi stela ungu dipotong kiub kecil
125 gm ubi stela oren dipotong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1/2 sudu teh garam halus
daun pisang secukupnya di layur dahulu

cara-cara :

1. rebus ubi keledek sekejap ditos airnya ~ ketepikan.
2. campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula dan tapis
3. masak adunan yg ditapis hingga pekat ~ jaga api & kacau selalu ~ campur ubi & pisang
4. ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki ~ comel kalau dibungkus kecil
5.kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.