Sunday, February 13, 2011

AYAM MASAK PADANG


bahan yang diperlukan :
1 ekor ayam potong kecil
2 bawang besar sederhana ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1 inci halia ditumbuk
1/2 inci lengkuas ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang serai dititik
Santan kelapa dari sebiji kelapa
5-6 helai daun limau purut

tumis semua bahan kisar bersama dengan serai sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam dan sedikit air, renehkan sampai ayam kecut. Kemudian bila ayam dah agak kecut, masukkan santan. Kacau-kacau dan masukkan daun limau purut. Kacau sehingga kuah masak.

sumber : Chef Hanieliza ~ terima kasih



1 comment:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam anak-anak saya memang suka ayam ni, kat umah kita panggil kalio ayam. Memang sedap.