Monday, February 28, 2011

AYAM MASAK MERAH (2)



sumber : Pn Nani Rostam  (tqvm)


bahan-bahan yg kita perlukan

(A)

seekor ayam dipotong 16 digaram kunyitkan dan goreng 1/2 masak

(B) kisar bersama;
3 bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas
5 serai
1 / 2 cm kunyit segar
2 buah keras

(C) kisar berasingan;

100 gm cili kering (buang bijinya dan dicuci)
1cm belacan
100 gm udang kering

(D) bahan untuk sos

garam secukupnya
gula secukupnya
1 kiub pati ayam
2 sdm susu  / susu evaporated
2 sdm tomato pure
1 cawan minyak

cara memasak

panaskan 1 cawan minyak tumis (A) hingga harum dan tambah  (B) sampai  harum dan naik minyak.

campur bahan (D) masak lagi hingga naik minyak masukkan ayam  dan masak  hingga sebati dalam api yang perlahan selama 10 minit.  hidangkan dengan nasi putih atau nasi briyani.


2 comments:

Nieza said...

memang sedap ayam msk merah ni kena lak ngan nasi tomato memang mantop...tapi nasi putih pun boleh bertambah nasi ni...hehe

mama atiq said...

dan kalorinyer nieza ?...he he