Wednesday, March 2, 2011

BUBUR SOM-SOM

kenapa kuih ni dipanggil bubur som-som ye...agaknya dicipta oleh makcik kalsom kot..he he...apa-apa pun kuih ni adalah antara kuih yg paling mama gemari, lemak, manis dan lembut

sumber : Kak Fida MyResepi ~ mama kopipes dari sana
u/p:- Kak Fida guna air pandan tentu lebih harum tp mama hanya guna santan

BAHAN-BAHANNYA :-
100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)~ mama guna 1,700 ml sbb mama tolak air pandan
100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau (opt)

SIRAP GULA MELAKA :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

    CARA-CARANYA :-

    Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis, ketepikan. 

    Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan berkilat, hingga adunan meletup-letup. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.

    Sajikan bersama sirap gula melaka.



      1 comment:

      Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

      Lama tak makan bubur som-som ni, selalunya bulan puasa la syok buat. Musim panas ni rasanya sesuai buat. Ambil resipi ya.