Tuesday, June 30, 2009

PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE

biar kek nenas je lah ye, jangan kiter lak yg tonggang terbalik...


bahan-bahannya

2 tin kecil nenas gelang asingkan dari sirap
240 gm butter (mama guna SCS)
200 gm castor sugar
4 biji telor
240 gm tpg naik sendiri
4 sudu besar sirap nenas
Ceri merah secukupnya

cara-caranya

atur nenas dalam loyang 22cm/9 in bulat
letakkan belahan ceri merah di tengah nenas
krimkan butter n gula hingga gebu
tambah telor satu persatu sambil dipukul
masukkan tepung sedikit2 (bahagi 3)
masukkan sirap nenas, kau balikkan sebati
tuang dalam acuan yg telah disusun nenas tadi
anaskan oven n bakar dgn suhu 180C for about 45 minutes
sejukkan n terbalikkan atas pinggan hidangan dgn nenas berada diatas

JERING MASAK LEMAK PUCUK UBI

Makan jangan sampai mak mertua lalu pun tak nampak!! kalau tak nampak itu bukan anak menantu..tu anak hantu!! :(


yang perlu disediakan

1/2 kg jering tua (rebus empuk dan ditumbuk pecah2)
2 ikat pucuk ubi (celur masukkan sedikit minyak dlm air utk kekal hijau)
30 - 40 biji cili (api ditumbuk halus)
1/2 in kunyit idup (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat
50 gm ikan bilis (ditumbuk)
bahan perasa mengikut citarasa (garam,gula @ asam keping)

cara-cara

masukkan cili api, pucuk ubi, kunyit, serai, dan ikan bilis dalam periuk bersama sedikit air, masak sebati atas api perlahan, masukkan santan pekat dan bahan perasa
kacau selalu supaya tidak pecah minyak, akhir sekali masukkan jering yg ditumbuk
kacau hingga masak dan sedia utk dihidangkan

fakta tentang jering
digunakan sebagai pembuka selera... mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% fiber
diikatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis juga baik utk kesihatan jantung.

fakta yg sangat2 penting (selepas makan jering)
jangan buang air kecil bersepah..dan bilik air harus di basuh bersih2 selepas digunakan...kalau tak nanti ada yg semput x leh bernafas ...lebih2 lg kalau mak mertua datang rumah...:)
ubat gigi harus guna lebih dari biasa kalau tak , kecik ati la pulokk bila orang berpaling muka masa bercakap dgn anda...

fakta tentang pucuk ubi
jimat belanja...petik kat kebun @ belakang umah je
yg ader penyakit hangin tuh makan sket2 je.... kang hangin satu badan plak...kecoh!!

ikan masin goreng... gandingan mantap jering masak lemak pucuk ubi...

Sunday, June 28, 2009

JALAN2 CARI MAKAN ...MELAKA

wiken camni, rasa cam nak kuar dr kesebokan kl...tp tak taw nak pegi mana...gi Kuantan ok gak kot !, leh gi Cherating, bercanda di tepian pantai, leh makan sata, makan keropok...tanpa arah, tanpa rancang, meluncur menyusur lebuh raya ke selatan, pulak dah!!.. nak kemana ni? Muar ke?, taw-taw susur masuk ke Ayer Keroh...woww!! tol 16 hinggit 50 sen ...pi balik nanti 33 hinggit...ermm jalan raya selesa...boleh diterima..dah sampai Melaka, kepala dok pikir pekena asam pedas sedap gak ni, nak wat camner otak ingat nak makan je....Adeh, konon nak lari dr kesebokan...jangan tak taw plak, Banda Melaka pun sebok dan jem bagai nak rak...

Bandar warisan dunia dah bertambah cantik dan bersih

dengar citer ikan bakar kat muara Sungai Duyung sedap...ok lah kite ke Sungai Duyung...baba tanya Ikan Duyung ada tak? orang tua ni nak kene sekeh ke?

Meriah juga kat sini

Makanan laut semua ada...ketam tu tak la fresh sangat...sepit berterabur je terpisah dari badan...hati dah suke ..terima jelah seadanyer

Yg paling sedap ialah sotong celup tepung...

ikan jenahak bakar ngan kicap

Ketam sweet sour & otak-otak

Sepiring sayur pun tak order, tak seimbang langsung, camnna nak sihat..nasib ada seketul dua karot ngan kacang peas kat lauk ketam tu, ermm nasik lemak cinonit je ok lah...kang kenyang nasik, yg lain2 ni tak habis lak, pinggan makan tak bagi, tisue pun tak bagi...malaslah nak minta...makan cam ni ke...makan guna kertas nasik lemak je?...terima jelah seadanya..pelanggan yg tak cerewet...he, he

Nafsu makan sentiasa bergelora :(

PULUT DURIAN

Dengan sebijik derian cam-macam bleh buat...kemarin buat wajik (pulut kacau) ...pulut n santan berbaki ...dah ada pulut dah ada derian biasanyer oghang sebelah utara layan camnilah...

ermm...lemak berkrim


bahan2
pulut yg dikukus/tanak
santan pekat n sedikit garam (kelapa putih perah ngan air panas)
kalau suka manis melecas tambah gula...

seronok makan ramai2...
pastu bermalas-malasan kerana ngantuk he he..
pesanan ikhlas dari mama lepas makan durian tolong sangat2 jangan sendawa dlm keta atau dalam lif yg ramai orang...kang ada yg pengsannn...

Saturday, June 27, 2009

WAJIK (BEE KOE)


Dah jarang2 orang hidangkan kue ni...tapi disesetengah daerah masih popular di rumah orang kahwin... ada gak dibuat hantaran setelah digubah dengan cantik...pengambilan berlebihan tidak digalakkan...bleh dapat kencing manis !! jd kalau ciri2 penyakit tu ada, anda disaran minta nasihat doktor dulu sebelum mengambilnya...walau bagaimanapun sangat-sangat sesuai untuk orang yg selalu masam muka...supaya manis sket!! he heh..

bahan-bahan

A)800 gm beras pulut

B)400 gm gula merah
220 ml air
beberapa helai pandan

C)300 gm gula putih
400 gm santan pekat
1/2 tsp garam

D) beberapa ulas durian ( optional)

cara-cara

A dibasuh, rendam 4 jam, kukus dan sejukkan
B dimasak dan tapis
B + C + D dan masak sehingga pekat
masukkan A dan kacau hingga kering
ngam dengan loyang 10x10x1 in
potong dan hias dengan bijan dan kacang tanah goreng atau gajus

Wednesday, June 24, 2009

JELLY KELAPA

SLURPP....ERMMM....NYAMANNYERRR !!!


Bahan-bahannya
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
11 sudu gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan


Cara-cara

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
5. sekiranya air kelapa tidak mencukupi, + dgn air biasa utk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

sumber resepi Nor67@MyR TQVM

Tuesday, June 23, 2009

KU CHENTA CUPCAKES

meghah sangatlah makngah !!!! gambar ni dari http://www.recipegirl.com resepi gi jalan-jalan tengok kat sana ye....

mama nak buat sedikit pengakuan.... dua tiga tahun ni ntah naper giler sungguh mama pd cupcakes yg comel2 tu..ikut musim kot ....yelah very the latest craze in Mesia n dying to try it out, saper la yg x suke melihat makanan yg cantik apalagi kalau sedap...masalahnya kekadang mama ni ..suke nengok je...makannye sket2 aje .. kekadang dok keras dlm ais box jd membazirla plak..ini pengalaman mama masa jalan2 cari makan.....al-kisahnyer masa gi Ikea Mutiara Damansara mama terpandanglah satu kedai cupcakes yg comel di seberang jalan....its outside and facing IKANO ....hek elehlah ....pantang jumpa.. melintas terus ....banyak juga pilihan.... tapi hatiku dah tertawan pada si baldu merah@red velvet ...

dah banyak kopipes n simpan resepi sibaldu mengah nih...cuma x pernah buat je lg...jd ni lah peluang nak rasa...sebelum buat elok rasa dulu...sedozen 48 hinggit... bukan nak merasa lg ni nak melantak namanya...ye lah ini soal hati... dah jatuh chenta...x siapa pun dpt nak halang walau baba sekali pong...dalam keta x nyempat2 lg mama dah nak rasa...takut gak ngan warna merah menyala tu...namun ...masuk je mulut mak aih tersembur sumer....pahit lepang...ye ke rasa red velvet ni camni !!...bior betul....atau depa tertukar tepung ngan bicarbonat soda....alahai terbang 48 hinggit ....naperla mama x ambil perisa2 len..kedai ngan tempat sket punyer hebat..tp hampeh.. jalan2 cari makan ku dah jadi jalan2 carik pasal...uwaaa!!!

one piece of the cupcake costs RM 4.50, RM 25.00 for half a dozen


merah menyala...ade berani?? takut amende cuba ajelah...

red velvet

Things You'll Need:
• 2 1/2 cups all-purpose flour
• 1 1/2 cups sugar
• 1 teaspoon baking soda
• 1 teaspoon salt
• 1 teaspoon cocoa powder
• 1 1/2 cups vegetable oil
• 1 cup buttermilk, room temperature
• 2 large eggs, room temperature
• 2 tablespoons red food coloring
• 1 teaspoon white distilled vinegar
• 1 teaspoon vanilla extract
For the Cream Cheese Frosting:
• 1 pound cream cheese, softened
• 2 sticks butter, softened
• 1 teaspoon vanilla extract
• 4 cups sifted confectioners' sugar
• Chopped pecans and fresh raspberries or strawberries, for garnish
Directions
Preheat the oven to 350 degrees F. Line 2 (12-cup) muffin pans with cupcake papers.
In a medium mixing bowl, sift together the flour, sugar, baking soda, salt, and cocoa powder. In a large bowl gently beat together the oil, buttermilk, eggs, food coloring, vinegar, and vanilla with a handheld electric mixer. Add the sifted dry ingredients to the wet and mix until smooth and thoroughly combined.
Divide the batter evenly among the cupcake tins about 2/3 filled. Bake in oven for about 20 to 22 minutes, turning the pans once, half way through. Test the cupcakes with a toothpick for doneness. Remove from oven and cool completely before frosting.
For the Cream Cheese Frosting:
In a large mixing bowl, beat the cream cheese, butter and vanilla together until smooth. Add the sugar and on low speed, beat until incorporated. Increase the speed to high and mix until very light and fluffy.
Garnish with chopped pecans and a fresh raspberry or strawberry.

nak buat buttermilk:
1 cup susu, campur 1 tbs cuka, biarkan 10 min

TQVM penyumbang resepi x hingat dr mana .....ada masa ada modai mama cuba k !!

Monday, June 22, 2009

MAKAN DI MANA?

makan kat mana lagi ...rumah orang kawin la......

kali ni kat Klang, Selangor...sampai betul2 masa orang tengah dok mengompang

ramainyer, ish! mana pengantin ni tak nampak la...

besh giler lauk kenduri kali ni, ada gulai dalam kawah...tengah panas berasap.. kena ceduk sendiri dari kawah, sangat2 sedap wo!!! tp gambar x sempat nak ambil .....orang ramai sangat la...terkilan tak dapat nak ambil pecel lele (ikan keli masak oghang jawo kot) dapat rasa kuahnyer aja...ade hirisan daun cekur...sedapla mak mah !!!

sangat suker ngan masakan jawo...walau ramai orang... tp dapat makan dengan selesa, penanggah letak nasi penuh pinggan...kenyang sampai malam :)

alahai baru nampak pengapit...alamak ensemnyer!!

yezzer!!...mama dah nampak pengantin.....

semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat

antara tetamu yg glemer

Sunday, June 21, 2009

KOCI PULUT HITAM

teringin nak makan koci tp kat umah stok gula melaka / gula merah dah abis.. alamak !! camner nak buat inti... jeng, jeng jeng !!...jangan risau tengok camner mama buat...




bahan2nya
doh pulut
1 bungkus tepung pulut (500 gm)
3 sudu makan tepung pulut hitam
2 biji keledek direbus dan lenyek
sedikit garam
air secukupnya untuk menguli

intinya
1 biji kelapa parut yg putih melepak :)
2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan di carik2

dadih
santan pekat secukupnya
1 sudu tepung beras/gandum/jagung pun boleh (fungsinnya nak memekatkan jer)
kalau nak koci tu basah2 x yah letak tepung dalam santan ni
daun pisang secukupnya

cara-carannya
sediakan inti dulu
goreng 1 1/2 cawan gula (karamelkan) hingga keperang2an jaga api jangan hangus nanti pahit la plak koci tu... masukkan kelapa, pandan, n baki gula, masak atas api perlahan, apabila sejuk bentukkan bulat2 ikut besar yg anda suka dan ketepikan

sekarang sediakan doh nyer plak
satukan kedua2 tepung, masukkan keledek lecek dan sedikit garam, pastu uli sket2 ngan air..sampai jadi segumpal doh...kemudian macam buat buah melaka tu masukkan inti ditengah dan bulat2kan doh

sediakan dadihnya
santan pekat dimasak dengan sesudu tepung hingga pekat sket dan letakkan dalam mangkok besar

panaskan air hingga mendidih (banyak macam rebus buah melaka) kemudian rebus doh yg berinti tadi hingga timbul, kuih ni dah masak dah bleh makan pun...tp selagi lum bungkus ngan daun pisang bukan koci lg la namanyer...sabar2!! toskan doh yg timbul terus masukkan dalam mangkok berisi dadeh tadi ...
mulakan membungkus dengan cedok doh satu2 bersama sedikit santan, bungkuslah cam biasa, pastu kukus sekejab je dah le... sbb kueh tu dah masak...lama2 mengabihkan gas saja...kalau tak reti bungkus koci sendukkan dalam sampan cam tepung pelita atau dalam acuan pandan (tako)cam mama buat kat n3 lepas...tp kena tukar nama la...kuih bulan gerhana sesuai kot...
jual bulan posa laku ni he heh...

Saturday, June 20, 2009

KETAM MASAM MANIS


ketam adalah kegemaran keluarga mama, tak kirala masak apa-apa pun selain masak cili api bersama nenas mama selalu masak masam manis...versi campak2 cepat dan senang...

bahan2nya

ketam
sos cili
sos tomato
sos tiram - kadang letak, kadang tak
halia muda ditumbuk
bawang putih diketuk
kadang rasa nak pedas sket letak 2, 3 biji cili api ketuk2 je
lada sulah - mama guna ajishio
bawang besar - potong bulat
daun bawang mama tabur
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

cara-caranya
panaskan kuali dengan sedikit minyak tumis bawang putih, masukan ketam, goreng sekejab n masukkan segala sos dan halia yg ditumbuk, setelah hampir masak masukkan lada sulah n bawang besar n batang daun bawang, kalau terlebih kuah mama akan tambah putih telor utk memekatkannya.. akhir sekali tabur daun bawang
sedia untuk dinikmati

HONEY PRETZEL

masa mama merayap kat mid valley nampak kiosk pretzel ...ghalit dok tengok depa dok main doh.... baunyer aduyai semerbak dari oven..... sedapnyer makan panas2..tp harganya mak aih...kalau anak ramai ...mau kopak jugaklah...apakata kalau nak makan kita buat sendiri...bukannya susahpun...jom layann!!!

bahan-bahannya
A) sponge (ibu pretzel)
250 gm tepung roti
3 gm instant active dry yeast (mauripan pun bleh )
150 ml air yg sejuk

B ) untuk doh
250 gm tepung gandum
10 gm instant active dry yeast
8 gm garam
50 gm gula
25 gm telor yg sejuk
60 gm air yg sejuk
75 gm madu
8 gm bread improver
100 gm butter
multigrain secukupnya

u.p. mauripan tu 11 gm ...pandai2 la divide..cos penimbang tak naik punyer :)
cara-caranya
mula2 sediakan ibu pretzel
masukkan semua bahan dalam mixing bowl
pukul dengan speed perlahan selama lebih kurang 3 minit
perap doh dalam suhu bilik selama 4 jam hingga doh mengembang 3 - 4 kali ganda

sediakan mixing bowl dengan masukkan bahan2 kering pastu masukkan telor, madu, ibu pretzel yg di perap mix dalam slow speed selama 2 minit pastu tambah kelajuan sederhana selama 3 minit, tambah butter sedikit2 n mix on 2nd speed - 8-10 minit until full dough development, round up dough n restkan 15 minit lg pastu bahagikan kpd 100 gm strips bentukkan memanjang 90 cm gitu... pastu twist into pretzel shape, basahkan sedikit permukaan pretzel pastu dipkan keatas multigrain
perapkan lg doh yg telah dibentuk selama 1 - 1 1/2 jm hingga doh naik 2 x ganda,
sapu telor yg dipukul sedikit n bakar at 190 C dlm 15-18 minit hingga golden brown, kuarkan dr over brush pretzel ngan butter....sedap makan panas2 ...

Friday, June 19, 2009

KEK LAPIS SELENDANG SUTERA

Hai rasa nak makan kek lapis la pulok!...manis dan lemak berkrim ni, makan sket2 & sekali- sekala ok kot ... kalau ngap seloyang dan selalu2.... kena potong kaki haru!!...nak buat bukan main leceh nak ngap sekejab jer jd faham2 lah kalau kek lapis ni mahal harganya


bahan-bahannya

15 biji telor (sejuk)
500 gm butter (2 bar, org serawak guna cap tong)
80 gm tepung aiskrim vanilla
1 tin kecil susu pekat (397gm)
280 gm gula castor
400 gm tepung high ratio/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dengan tepung)
1 sudu teh ovalet (sejuk)
1/4 sudu teh cream of tar-tar
2 sudu besar buttermilk / vanilla
1 botol jem nenas (utk sapu setiap lapis,akan rasa manis jd x letak pun tak pe gunakan utk pelekat saja)
4 jenis pewarna yg disukai...selendang awk kan! sukati awk la ! (boleh guna kuning ijau & merah biru) atau (merah kuning & ijau purple)
acuan 8 1/2 x 8 1/2 (alas kertas guna dua acuan)

cara-cara

asingkan putih telor lalu dipukul dengan gula n cream of tar-tar sampai kembang ( soft peak) baru masukkan kuning telor sedikit2
dalam mangkok lain pukul butter n susu hingga putih licin n campur tepung aiskrim
masukan tepung separuh2 slow speed masukan ovalet pukul laju n masukkan adunan telor n masukkan buttermilk kacau kuar balikkan sebati, sediakan 4 mangkok ambil adunan 6 senduk sahaja untuk 1 mangkok n warnakan ( 1 mangkok 1 warna)
bakinya disimpan utk layer atas n bawah (biar warna asal ) ketepikan dan tutup dulu adunan plain ni dgn plastik mengelak berbublbe
setiap lapis 2 sendok n bakar - bila masak sapu tipis saja jem (manis gile x mau x per) ulang proses berselang seli hinggga 6 lapis (satu warna ada 3 lapis) lapis pertama guna api atas bawah 160 c, lepas tu baru guna grill (pintu oven renggangkan masa mengrill)
bila dah sejuk potong sama besar guna pembaris 3/4 in, adunan yg baki dan warna plain td di bahagi 2 (1 utk lapisan bawah n 1 lg utk lapisan atas) dan bakar lapisan bawah 5 @ 6 lapis selesai sahaja sapu sedikit adunan utk pelekat pastu susun kek bercorak (guna jem sebagai pelekat) selesai menyusun corak ( boleh susun corak 1 menegak dan 1 telentang pun cantik gak).. mula melapis bahagian atas pula juga dapat 5 @ 6 lapis...untuk layer terakhir guna api atas n bawah sahaja

ROTI TELUR

Meh ler! sarapan ngan roti telo matakobau je!

Thursday, June 18, 2009

SUP EKOR



hidangan mama ari ni sup ekor versi mamak
masak main agak2 dan campak2 kira lebih kurang lah yer anak-anak

bahan2nya
1-1 1/2 kg ekor lembu direbus hingga empok
2 peket rempah sup yg kasar (siap dijual dalam peket) di tumbuk halus
3 biji bawang besar di kisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 in halia dikisar
2 batang serai diketuk
helai daun pandan disimpul
sedikit daun ketumbar dihiris
lada sulah
2 kiub pati daging
sedikit quaker oat atau barli dikisar (bahan ini untuk memekatkan kuah)
batang seleri dipotong serong2
karot dan kentang kalau suka potong kiub @ mengikut selera
cili hijau dibelah 2
bawang goreng secukupnya
hirisan daun sop dan daun bawang
limau nipis

cara-cara

rebus tulang dgn secukup air hingga daging pd tulang empuk.
panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bawang besar, bawang putih halia yg dikisar hingga wangi dan masukkan rempah sup ditumbuk halus dan kacau rata hingga terbit minyak
tabur lada sulah dan masukkan rebusan tulang bersama secukup supnye
kacau rata, masukkan kiub daging, kentang dan carrot dan masak hingga kentang dan carrot empuk, masukkan quaker oat atau barli yg dikisar hirisan batang celery, daun ketumbar dan cili hijau yg dibelah dua
Ketika menghidang, tabur daun sup dan daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng juga dengan hirisan limau nipis

ngam dihidang dengan roti Perancis

Tuesday, June 16, 2009

SORBET



Akhir2 ni cuaca agak panas.....terasa sangat..mungkin fenomena yg dibawa oleh El-Nino kot, mama tak lah faham sangat...ermm nak taw lebih kena tanya jab. kaji cuaca...apa yg mama rasa bila keluar rumah kadang2 rasa macam dalam oven, dok di opis macam dalam peti ais la pulok !!...mama pun kadang2 jadi celaru, apa lagi cuaca celaru dengan jerebu mama lagilah celaru...akal pun kadang2 jadi suntuk ...suntuk akal macam bengong2 sket...he heh..
apa2 pun kita kena bersabar dengan ujian...dan tak lupa bersyukur....tempat lain macam2 bencana...,bersyukur sangat2 kita jd rakyat M'sia yg aman damai dan makmur ni, ...ok, lupakan yg lain2...apa kata kita nyamankan diri kita dengan menikmati SORBET ...'pronounced sor-bay' dessert yg disediakan dari puri buah2an yg di bekukan... sorbet ni kira adik beradik aiskrim lah... sangat senang disediakan dan yg penting sangat2 nyaman dinikmati jom layan....

untuk buat sorbet kita perlu sediakan sirap gula dulu

bahan2nya
250 gm gula
1 cawan air
masak hingga mendidih dengan api sederhana, biarkan 10 minit atas api perlahan angkat dan sejukkan

SORBET BETIK

bahan2nya
1 kg betik yg masak
125 ml sirap gula
50 gm jus limau nipis
untuk hiasan - buah2an dan daun pudina

cara-caranya
kisar betik, sirap dan jus limau nipis
tuang kedalam bekas bertutup dan sejukkan dan bekukan hingga separa beku-2-3 jam
keluarkan dan kisar semula sehingga halus masukkan dalam bekas dan 'feezer' hingga keras, scoop dan hidangkan dengan buah2an dan daun pudina

SORBET TEMBIKAI


bahan2nya
1 1/2 kg tembikai (pastikan tiada biji)
1 1/2 cawan sirap gula
1 biji lemon diambil jusnya
100 gm whipped cream
cara2nya
kisar isi tembikai hingga halus tapis dan dapatkan 900 ml pureenya
campurkan jus lemon dan sirap gula, bekukan separa beku
keluarkan dan kisar bersama whipped cream hingga sebati dan halus
bekukan semula
scoopkan dalam gelas dan hidangkan dengan hirisan tembikai dan daun pudina sebagai hiasan

SORBET JAMBU BATU

bahannya
250 gm jambu batu tanpa biji dan kulit
125 ml air (1/2 cawan)
165 ml sirap gula (3/4 cawan)
1 biji lemon ambil jusnya
100 gm whipped cream
cara2nya
kisar jambu dengan air dan tapis...kena tekan2 sket ngan sendok
campur sirap dan jus lemon dan bekukan separa beku 2-3 jam
keluarkan kisar bersama whipped cream hingga sebati dan bekukan semula

STRAWBERRY SORBET
sorbet stroberi ni resepi oleh Judy dari Hawai... mama cilok & kopipes kat RecipeZaar


Ingredients
1 cup water
3/4 cup sugar
1 pint fresh strawberries
1/2 cup orange juice

Directions
Combine water & sugar in a pan, stir over low heat until sugar dissolves.
Bring to a boil & boil gently for 5 minutes without stirring.
Set aside to cool.
Wash berries.
Remove caps.
Puree fruit in a blender or food processor until almost smooth.
In a medium bowl, combine fruit with cooled syrup and orange juice.
If you have an ice cream freezer, you can put the puree mixture into that & process using the directions with the machine.
Otherwise, pour into an 8 by 8 pan & cover with plastic wrap.
Place in freezer & freeze until almost firm, 1 to 2 hours.
Stir 2 or 3 times with a fork while freezing.

Banana Orange Sorbet

Ingredients:

• 1 cup of sugar (250 ml)
• 1 cup of water (250 ml)
• 3 bananas, peeled
• 2 cups of orange juice (500 ml)

Directions:

1. Combine sugar and water in a small saucepan and bring to a boil, allowing the sugar to dissolve.
2. Remove from heat, let cool and then refrigerate until cold.
3. Put bananas in a blender along with the orange juice and cold simple syrup. Blend until smooth and freeze in an ice-cream maker according to manufacturers directions.
4. Alternately you can spread the mixture into a shallow pan and freeze. Give it a stir with a fork every 45 minutes. Once it gets fairly firm very briefly toss it in a blender to break up the ice into finer crystals and refreeze.




Alahai kat rumah hari ni buah2an dah abis..nak ajak baba kuar gi Baskin Robin makan strawberry sorbet lah...okey hingga jumpa lg selamat bersorbet...




Sunday, June 14, 2009

MAGNOLIA BAKERY VANILLA CUPCAKE

dalam banyak2 kek, mama paling suka kek yang kecil2 dan comel ...sangat teruja tengok kek yang dihias dengan berbagai corak , walau tangan mama agak keras tapi sangat-sangat seronok kalau dapat main buttercream, sugar paste dan piping jelly pelbagai warna ...




antara resepi yang mama dah cuba ialah Magnolia Bakery Vanilla CC ...lembut dan gebus gilos..

resepi ni mama dapat dari ida merpati66, sifu cc dan cokelat yg femes tuh.

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 tepung gandum
250 gm butter (room temp)
2 cawan gula
4 biji telur gred A
1 cawan susu segar (kadang2 mama guna susu cair)
1 sudu teh esen vanila

campurkan kedua tepung ayak dan ketepikan.
krimkan butter hingga lembut, masukkan gula dan pukul masukkan telur satu persatu, pukul lagi. masukkan tepung diselang seli ngan susu dan vanilla, masukkan dalam paper cup, bakar 20-25min 180 C. sejukkan dan hias

A)buttercream

250 gm krimwell
150 gm shortening
150 gm gula icing (ayak dulu)
2 sudu teh susu pekat manis (optional aje)
1 sudu teh perisa yg disukai
pukul krimwell + shortening = gebu
masukkan gula icing pukul lagi hingga kental
campurkan pewarna mengikut keperluaan

B) butter cream kembangkempis@MyR (TQVM)

250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)


Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

untuk sugar paste (untuk bentuk bunga kecil2) beli yg siap dijual di kedai2 bahan kek...750 gm rm5 lebih je pastu uli dengan pewarna yg kita nak

Friday, June 12, 2009

BAKED SPAGHETTI

Asyik pandang ke timur hari ni mama nak hala pandangan mama ke barat la pulok!




A) 1 kotak spagetti direbus dan tos (lihat cara dikotak spagetti)
(tak ader spagetti mama guna macaroni)

B) SOS TOMATO DAN DAGING
1 @ 2 ulas bawang putih
2 biji bawang basar dicincang
1/2 kg daging cincang @ daging ayam cincang
1 sudu kecil italian seasoning
2 cawan air
1 tin tomato paste
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk lada
sedikit minyak

Tumis bawang putih masukkan bawang besar, daging dan lain2 kacau hingga masak dalam masa lebih kurng 15 minit angkat dan sejukkan.

C) SOS PUTIH
125 gm butter (1/2 bar)
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 beef cube
lada sulah
1/8 sudu kecil serbuk pala (nutmeg)

Panaskan butter, masukan tepung kacau sebati
perlahan2 masukan air dan kacau selalu, masukan susu, kiub daging, serbuk lada dan serbuk pala, masak hingga pekat dan creamy (masih boleh mengalir dari senduk)

Guna pyrex arrange lapisan

1) sedikit sos tomato daging untuk alas sahaja dlm 2 sudu
2) spaghetti
3) sos tomato daging
4) sos putih
5) spaghetti
6) sos putih
7) sos tomato daging
lapisan atas sekali ialah 1 cawan cheddar cheese

bakar 20 hingga 25 min dengan suhu 180C

* mama suke2 je guna bekas kecik kenit buat 2 lapis je :) pastu konon2 nak cantik mama tabur oregano flake...dah nampak comot la pulok

Thursday, June 11, 2009

BINGKA UBI

kue yg femes sejak zaman jepun..yg tak lapok ditelan zaman :)


bahan-bahannya

2 kg ubi kayu yg dah siap diparut
350 gm gula pasir halus
850 gm santan dari 2 biji kelapa
3 biji telor dikacau dengan garfu
3 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam halus
1/4 sudu esen vanilla atau esen ros
2 sudu teh pewarna kuning

cara-caranya

ubi parut di toskan kira2 10 minit
satukan semua bahan dalam satu beks
acuan 10x10 atau 7x10 oles minyak alas kertas timah atau daun pisang
bakar 180 darjah C - sejam @ 1 1/2 jam, sejukkan dulu baru dipotong