Sunday, June 14, 2009

MAGNOLIA BAKERY VANILLA CUPCAKE

dalam banyak2 kek, mama paling suka kek yang kecil2 dan comel ...sangat teruja tengok kek yang dihias dengan berbagai corak , walau tangan mama agak keras tapi sangat-sangat seronok kalau dapat main buttercream, sugar paste dan piping jelly pelbagai warna ...




antara resepi yang mama dah cuba ialah Magnolia Bakery Vanilla CC ...lembut dan gebus gilos..

resepi ni mama dapat dari ida merpati66, sifu cc dan cokelat yg femes tuh.

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 tepung gandum
250 gm butter (room temp)
2 cawan gula
4 biji telur gred A
1 cawan susu segar (kadang2 mama guna susu cair)
1 sudu teh esen vanila

campurkan kedua tepung ayak dan ketepikan.
krimkan butter hingga lembut, masukkan gula dan pukul masukkan telur satu persatu, pukul lagi. masukkan tepung diselang seli ngan susu dan vanilla, masukkan dalam paper cup, bakar 20-25min 180 C. sejukkan dan hias

A)buttercream

250 gm krimwell
150 gm shortening
150 gm gula icing (ayak dulu)
2 sudu teh susu pekat manis (optional aje)
1 sudu teh perisa yg disukai
pukul krimwell + shortening = gebu
masukkan gula icing pukul lagi hingga kental
campurkan pewarna mengikut keperluaan

B) butter cream kembangkempis@MyR (TQVM)

250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)


Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

untuk sugar paste (untuk bentuk bunga kecil2) beli yg siap dijual di kedai2 bahan kek...750 gm rm5 lebih je pastu uli dengan pewarna yg kita nak

No comments: