Thursday, June 18, 2009

SUP EKOR



hidangan mama ari ni sup ekor versi mamak
masak main agak2 dan campak2 kira lebih kurang lah yer anak-anak

bahan2nya
1-1 1/2 kg ekor lembu direbus hingga empok
2 peket rempah sup yg kasar (siap dijual dalam peket) di tumbuk halus
3 biji bawang besar di kisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 in halia dikisar
2 batang serai diketuk
helai daun pandan disimpul
sedikit daun ketumbar dihiris
lada sulah
2 kiub pati daging
sedikit quaker oat atau barli dikisar (bahan ini untuk memekatkan kuah)
batang seleri dipotong serong2
karot dan kentang kalau suka potong kiub @ mengikut selera
cili hijau dibelah 2
bawang goreng secukupnya
hirisan daun sop dan daun bawang
limau nipis

cara-cara

rebus tulang dgn secukup air hingga daging pd tulang empuk.
panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bawang besar, bawang putih halia yg dikisar hingga wangi dan masukkan rempah sup ditumbuk halus dan kacau rata hingga terbit minyak
tabur lada sulah dan masukkan rebusan tulang bersama secukup supnye
kacau rata, masukkan kiub daging, kentang dan carrot dan masak hingga kentang dan carrot empuk, masukkan quaker oat atau barli yg dikisar hirisan batang celery, daun ketumbar dan cili hijau yg dibelah dua
Ketika menghidang, tabur daun sup dan daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng juga dengan hirisan limau nipis

ngam dihidang dengan roti Perancis

3 comments:

Abang Putra said...

Mama, hantar Kuching semangkuk. Sup Ekor kegemaran saya tu. Terangkat beb! hehehe

mama atiq said...

kolestrol tinggi...sekali-sekala bolehla abg putra

Riezanie said...

sodap eh mama sup ekor tu ...ingat lagi masa zanie duk di sabah bkak kdai mkn menu yg cpt abis sup eko laa...perahkn limau nipis cili api, pedas2 gitu tambah bunga kobis N celeri, aduh ! enak x terkata