Friday, June 12, 2009

BAKED SPAGHETTI

Asyik pandang ke timur hari ni mama nak hala pandangan mama ke barat la pulok!




A) 1 kotak spagetti direbus dan tos (lihat cara dikotak spagetti)
(tak ader spagetti mama guna macaroni)

B) SOS TOMATO DAN DAGING
1 @ 2 ulas bawang putih
2 biji bawang basar dicincang
1/2 kg daging cincang @ daging ayam cincang
1 sudu kecil italian seasoning
2 cawan air
1 tin tomato paste
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk lada
sedikit minyak

Tumis bawang putih masukkan bawang besar, daging dan lain2 kacau hingga masak dalam masa lebih kurng 15 minit angkat dan sejukkan.

C) SOS PUTIH
125 gm butter (1/2 bar)
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 beef cube
lada sulah
1/8 sudu kecil serbuk pala (nutmeg)

Panaskan butter, masukan tepung kacau sebati
perlahan2 masukan air dan kacau selalu, masukan susu, kiub daging, serbuk lada dan serbuk pala, masak hingga pekat dan creamy (masih boleh mengalir dari senduk)

Guna pyrex arrange lapisan

1) sedikit sos tomato daging untuk alas sahaja dlm 2 sudu
2) spaghetti
3) sos tomato daging
4) sos putih
5) spaghetti
6) sos putih
7) sos tomato daging
lapisan atas sekali ialah 1 cawan cheddar cheese

bakar 20 hingga 25 min dengan suhu 180C

* mama suke2 je guna bekas kecik kenit buat 2 lapis je :) pastu konon2 nak cantik mama tabur oregano flake...dah nampak comot la pulok

1 comment:

blogresipi said...

Chezzy yang meriah tu nampak menyelerakan sungguh!