Tuesday, July 14, 2009

SUP AYAM SEMPOI ALA CMG

sumber resepi CMG mama kopipes dari umah Jun

600 g ayam, potong sederhana besar, cuci dan toskan (akak guna ayam kampong)mama guna ayam bandar)
3 biji kentang (besar), kupas, dan potong 8 setiap biji
1 sup bunjut "ADABI"
1 kiub ayam "MAGGI"
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang
*Bawang goreng*(*untuk hiasan)

Bahan Kisar :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 camca teh lada hitam biji
2 inci halia
1/2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras

Bahan Tumis :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

tambahan (dr akak):-
carrot
celery
tambahan (dr mama):-
tomato
kentang
Cara membuatnya :-)
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan masukkan sup bunjut, kiub ayan dan juga kentang. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan garam dan masak hingga kentang empuk dan ayam masak.
Rasa garam dan jika kurang tambah secukup rasa. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang bersama nasi, nasi impit atau pun mee hoon/mee kuning....senangkannn!!!!

TQVM CMG & JUN .....ilmu yg dipanjangkan pahalanyer banyak taw...:)

Monday, July 13, 2009

MI KARI

yuk tukar selera dengan mi kari plak...
ramuannya:
(a)
mi kuning
telor rebus
bawang goreng
daun bawang & daun sop
hirisan limau nipis/kasturi
taugeh
kacang panjang
(b)
ayam di potong kecil rebus sekejab
kerang di celur dan ambil isinya
tahu pok
fish ball
(c)
bawang besar
bawang putih
halia
belacan
buah keras
cili kering
serbuk kari daging
(d)
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkeh
(e)
daun kesum
bunga kantan
sos tiram
asam keping
santan
kiub pati ayam

Cara-caranya

kisar (c) tumis bersama (d) hingga wangi
masukan (e) dididihkan n masukkan (b) bersama ayam n air rebusannyer
biarkan mendidih masukkan kacang panjang

HELLO KITTY CAKE

Allallaaalallll!!!! tomelnyer....
kek ni bukan mama yang buat tp pinjam kat blog Le Cupcake...tak taw lagi bila nak pulangkan...berkenan sangat...:)

Hello Kitty Cake, originally uploaded by kylie lambert (Le Cupcake).

Sunday, July 12, 2009

KUE BAKAR KEMBOJA


Harum pandan, rasa yang lemak2 manis menjadikan kue bakar kemboja disukai ramai...sesuai untuk minum petang... dah tu plak cantik dah mudah dihidangkan di majlis2 jamuan dan keraian
Harumnya sampai satu kampung taw kalau tengah bakar kue ni...jadi kena buat lebih supaya bleh bagi2 kat jiran tetangga...kalau tak berdosa taw!!

bahan2nya

(A)
10 - 15 helai daun pandan
400 ml air

(B)
400 gm gula (tak suka manis boleh kurangkan gula jadi 300 gm)
400 ml air

(C)
400 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh garam
6 biji telor gred A
500 ml santan pekat
1/2 sudu pewarna hijau apel + 1/4 sudu pewarna kuning
(pewarna tak perlu kalau pandan dah cukup hijau)
minyak masak dengan sedikit minyak sapi @ butter @ majrin
bijan secukupnya
acuan kue bakar kemboja

cara-caranya

Kisar (A) dan tapis
satukan (A) dan (C)
panaskan (B) sampai gula hancur, terus curahkan dalam adunan tepung ketika masih panas, sebatikan boleh guna blender dan tapis
panaskan acuan kemboja atas stove dapur
tuang 1 sudu minyak bersama sedikit minyak sapi, masukan 1/2 sudu besar bijan
tuang adunan tepung dan terus masukkan dalam oven yg telah dipanaskan
bakar api atas bawah 180 darjah C hingga keperangan
akan dapat 6 biji kue bakar kalau guna acuan kueh nakar kemboja saiz 2

Saturday, July 11, 2009

JALAN2 CARI MAKAN MID VALLEY

Wiken camnih kebosananyer dok umah...nak gi Mid Valley la!..baba mesti tak nak punyer Sabtu mesti sesak, dia tu tak suker sgt tempat ramai2,nak plak skang..takutla sangat...takut berjangkit ngan selesema dot dot..ish!! baba ni itu yg dia fikir -:( ...mama apa lagi merengek2 la konon nak makan2 kat Mid Valley tu..padahal dalam ati mama nak gi Expo Pengantin 2009 pastu nak gi MPH...kalau ckp yg sebenar lagila baba tak nak...mama kalau dok kedai buku tak hengat donia...mesti dia giler kebosanang...baba suka makan kat Nando's...jomla baba !! makan Nando's...!!!, merengek, lentok sket yesss!! baba dah lemah.... !!!

Simple je makanan yg baba suker



Kenal tak?... ish, tak kan tak kenal ngan Mislehah dari Mis's Creative Cakes yg femes tu

sebenarnya mama nak gi tengok kek2 yg cantik ni

antara kek yg menarik perhatian...

dapat juga rasa kek coklat...(RM6.00) sedap woo!!

Cantikkan sekut ni (2 keping Rm4.00) sayang la nak makan...

Kat MPH plak mama beli buku2 resepi terkini untuk dibuat harta karun

Seronok giler dapat buku Chef Hanieliza dan Kak Ita yg femes tu...

Yang ini upah baba...murah je...sbb layan kegilaan melampau mama...he heh...cayang baba..muahhh..muahhh!!!

PECAL @ GADO-GADO

peberet mama ni...oleh kerana ada tauhu dan telor rebus pecal ni sangat mengenyangkan.. penuh khasiat dan vitamin...
bahan-bahannya
300 gm kacang tanah
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 biji cili kering (nak berasap tambah cili api)
5 cm belacan
5 sudu besar gula pasir
Sedikit gula melaka
11/2 sudu garam
100 gm asam jawa
(Kalau nak rasa pecel yang keJAWAan bleh letak sedikit cekur)

cara-cara menyediakan kuah pecal

kacang tanah di goring garing kisar dan ketepikan me
bawang kecil dan bawang putih di belah 2 atau hiris kasar
dengan sedikit sahaja minyak goring cili sebiji2 hingga wangi dan garing
bawang merah bawang putih juga digoreng layu dan + belacan goring wangi
bahan2 yg di goring ni dikisar kering
asam jawa dibancuh pekat dan buang bijinya
gaul kesemua bahan sebati,
pes kuah pecal ni tahan lama...kalau bulan puasa bleh buah banyak2 simpan dalam peti ais dan sejurus sebelum hendak menghidangnya cairkan pes pecal ni dengan air panas

hidangkan dgn. tauhu goreng, telor rebus, tempe goreng pun ok ...

sayur2an yang sering digunakan untuk pecal ialah

yang dicelur
taugeh
kacang panjang
kacang buncis
kobis
pucuk paku
pucuk ubi
kangkung
nangka muda
jantung pisang
yang tak payah celur
sengkuang
timun

Friday, July 10, 2009

KEK MARBLE



BAHAN-BAHANNYA :

240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (mat gebu kata dia guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esev vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)

CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan.

2. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.

3.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.

4.Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.

5.Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....

sumber & kopipes : Cik Mat Gebu katanya dari buku "Cake Talk" oleh "Wendy Kor"....lembut dan lembap....

TQVM CMG
..muahh!! muahhh!!

FILET IKAN DAN SOS TARTAR

mulai sekarang nak kurangkan makanan berasas daging, nak banyakkan makan sayur dan ikan je...ye ke? he heh !!...ye lah tu!!

FILET IKAN
bahan-bahannya

200 gm filet ikan kurau
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah

untuk di hidang bersama

kentang goreng
lobak merah dicelur
bunga kobis dicelur
kacang buncis / asparagus dicelur
potongan lemon

penyediaannya

ikan dibersihkan dan salut dengan tepung yg telah digaul garam dan lada sulah n
goreng dengan sedikit minyak, balik2an supayaa ikan masak sama rataa
angkat dan hidangkan bersama sayurn yg dicelur, kentang goreng dan sos tartar

SOS TARTAR
bahan2nya

(a)
10 gm daun parsley
40 gm bawang besar
1 biji telor rebus
50 gm timun jeruk (gerkin)
(b)
mayonis
jus lemon
garam
lada sulah

cara2nya
bahan (a) dicincang berasingan gaul sebati dengan bahan (b)
sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama filet ikan


MAYONNAISE

GERKIN (TIMUN JERUK)


dah tak ingat dari mana kopipes resepi mayo ni...minta halal!!

HOME MADE MAYONNAISE Mostly used: as what ever you feel like adding it to! Home made Mayo is more tasty than any mayo you could buy on stores, BUT - can’t be kept for long in the fridge.
Ingredients:
2 egg yolks
3 tablespoons vinegar
1 tablespoon mustard
1 1/3 cups oil
some salt and pepper
Directions
In a bowl or in a food processor, scramble egg yolks with vinegar and mustard.
Add oil slowly while constantly mixing, until a thick mayo is formed.
If it’s too thick, you can add a bit vinegar.
Season with salt and pepper.
Keep in the fridge up to 2 days.

Thursday, July 9, 2009

RODA PISANG

sebab apa roda pisang mama senget benget tak bulat macam roda? sebab pisang tu mama belah dua ...sebab apa mama belah dua pisang?... sebab pisang tak cukup ader 3 biji je, pastu mama bungkus macam lepat je...tu yg jadi cam roda pancit :(



yg diperlukan

(A)
500 gm ubi kayu diparut di tos
1/2 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan santan pekat
air agak2 dalam 1 cawan lebih gitu

boleh gunakan pewarna yg disukai atau hijau dari air pandan

(B)
pisang raja secukupnya
daun pisang dilayur secukupnya

(C)
1/2 biji kelapa parut putih digaul gula dan garam secukup rasa

cara-caranya

gaulkan bahan (A) kacau sebentar atas api agak2 pekat ...
tipiskan atas daun pisang letak sebiji pisang yg dikupas
gulung seperti nak buat lontong
ikat kemas dengan tali atau sematkan dengan lidi
panaskan kukusan dan kukus lebih kurang 1/2 jam hingga masak
angkat sejukkan, potong bulat dan gaul dengan bahan (C)

Wednesday, July 8, 2009

ASAM LAKSA

Tak puas makan laksa Penang kat Batu Feringgi baru2 ni balik buat sendiri...
Asam laksa @ laksa Penang ni stail Cina perbezaannya kalau laksa Kedah mama tak letak serai dan bawang putih, ulam nyer pun tidak digunakan daun pudina dan nenas
Kuah jenis ni lebih sedap makan ngan laksa spring...yg siap dijual dipasar tu..
mai...kita pekena asam laksa...




bahan2 yg diperlukan

1 kg ikan kembong
1.5 kg laksa
150 gm asam jawa
5 tbsp otak udang @ petis
2 kuntum bunga kantan
daun kesum
5 keping asam gelugor
garam, bahan perasa kalau suka
sedikit minyak untuk menumis

untuk dikisar


300 gm bawang merah
6 btg serai
40 gm cili kering
30 gm kunyit
3 ulas bawang putih
1 tbsp belacan
sekeping nenas

ulam-ulaman

salad kobis
nenas
timun
bawang besar
cili merah/cili hijau/cili api
daun pudina
bunga kantan

cara-cara

rendam asam jawa dengan 1 1/2 mangkok air ramas dan tapis
tumis bahan kisar hingga wangi + bunga kantan n daun kesum
+ 2 liter air n didihkan, masukkan ikan, rebus hingga masak kira2 10 minit masukkan asam keping, padamkan api keluarkan ikan setelah agak sejuk asingkan isi dari tulang dan kepalanya, blend tulang dan kepalanya dengan 1 liter air dan tapis dan masukkan dalam periuk kuah, masukan isi ikan yg dihancur kan kasar2 (guna tangan je) didihkan dan siap untuk digunakan

laksa dicelur dan masukkan dalam mangkok tabur ulam2 hidangkan panas2 bersama otak udang yg di cairkan dengan air panas

Bunga kantan

Otak udang @ Petis

Sunday, July 5, 2009

JALAN2 CARI MAKAN ...PADANG KOTA ..DOK PIMAI, PI MAI TANG TU JUGAK

Dah 3 hari mama mai Penang...cuti semester dah abih kena la hantaq anak dara mama tu balik kolej...mai Penang ni kira balik kampung la...tok dan tokwan mama asai orang Penang...sedara mara pun ramai kat sini...mai Penang apa lagi, tak sah kalau tak pekena nasik kandaq...alahai, nasik kandaq kat Jln Kapitan Keling tu start pukoi 10 malam ..tak pa la, lepak kat padang kota dulu...pekena sotong bakaq...

Ingat mamak pandai wat nasik kandaq, nasik bariani, roti canai saja... sotong kangkung, sotong bakaq, kerang rebus pun depa nak pulun jual...tak kasi peluang orang len..

JALAN2 CARI MAKAN TENGAH MALAM (PENANG)

eh! pekehal beratoq panjang ni...beli tiket wayang ka?

yang duduk pun pakat tongkat dagu.....berjam tunggu

awat ceq letih ka? sabaq la no sat ja lagi

pesen la ni ka pakai kasut macam ni...eh, hangpa ni betoi ka?

patut la beratoq ...nak makan nasik kandaq beratur

tu dia aih minyak berlenang ... kolestrol tak taw banyak mana...

apa benda ni...pelik nampak...oh! teloq sotong...kat nasik kandaq ja ada lauk ni

ada dadah ka orang sanggup tunggu dan beratoq berjam2

pilihan baba...tak abih2 ngan udang ...

segelas teh tarik pastu tunggu lama sangat mama langsung hilang selera...tengok dorang makan sajalah...

COKLAT SAPUAN

Coklat sapuan (macam Nutella)...yummy..yummy......



bahan2

70 gm hazelnut yang dikisar
50 gm madu
200 gm susu sejat (kalau nak lebih lemak gunalah double cream)
11/2 tbs mentega tanpa garam
250 gm coklat couverture hitam (jika tak suka pahit, boleh gantikan dengan coklat susu)

1. Panaskan susu, madu dan mentega mengunakkan kaedah double-boil
2. Setelah campuran itu panas, campurkan coklat yang telah dicincang. Gaul hingga sebati baru campur hazelnut.
3. Kemudian pukul campuran yang masih panas tadi dengan mengunakan handmixer pada takat tinggi selama 1 minit untuk mengebukannya.
4. Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman. Untuk tahan lama produk ini mesti disimpan dalam peti sejuk

* Paling sedap jika dimakan dengan roti yang panas....Selamat mencuba!

sumber: Mas Des Fontaine

ROTI BUAH ZAITUN




Bahan-bahan: (boleh buat 3 medium size baguette)

500 gm tepung high protein
300 ml air
2 tsp yeast kering
1/2 tsp garam
1 tbp marjerin (kalau nak lagi sihat tukarkan dengan minyak zaitun)
10 gm (atau segenggam) wholemeal (boleh diganti dengan wheat germ atau oats)
5 - 7 biji buah zaitun (hitam atau hijau)
secubit mixed herbs (kalau tak letak pun tak apa)

Cara:

1. Campurkan semua bahan kering. Tambahkan air dan diuli hingga sebati. Setelah itu tambahkan marjerin dan diuli kembali sehingga doh menjadi lembut dan kenyal. Kalau mengunakan mesin penguli roti, doh ini diuli selama 10 min. Jika guna automatic bread machine, perlu ratiokan bahan diatas mengikut kapasiti mesin anda, kemudian cuma buat sampai tahap doh saja.
2. Setelah itu naikkan doh selama ~40 min sampai doh mengembang dua kali ganda.
3. Bahagikan doh menjadi 3 bahagian. Ratakan doh dan kemudian digulung membentuk jaluran panjang macam gambar dibawah. Biar naik selama ~10-15 minit, sapu air dan potong permukaan dengan pisau tajam sebelum dibakar pada suhu 190°C selama ~ 20 min.

Selamat mencuba...kalau nak buat untuk makan dengan jem atau sapuan coklat tak payah letak buah zaitun & herbs.

Sumber: Dr Rahimah (Mas Des Fontaine Online Shop)

Wednesday, July 1, 2009

APAM MEKAR

apam mekar ni ngetop giler kat MyR satu masa dulu..sumber dari rossitamz, asal usul dari dapur hanieliza, keje mama senang je..pengkopipes...apa2 pun jutaan terimakasih pada insan2 berbudi yang terlibat...pahalanya banyak taw



Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan ovallate dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya)
Letakkan paper cup ke dlm acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dlm paper cup tersebut (mama hanya coreng2 warna hijau dan merah sket2 je)
Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup)