Tuesday, April 24, 2012

PISANG GORENG CRISPY

petang-petang pekena kopi dengan gorpis panas-panas memang best..apa lagi kalau ramai-ramai dan berebut2..
resepi bancuhan batter ni dapat dari internet dah tak ingat lagi blog siapa.....walau siapa pun terima kasih banyak kerana berkongsi resepi..

yang diperlukan :

pisang yang sesuai untuk gorengan secukupnya...mama guna pisang tanduk...pisang emas & pisang berangan idak berapa sesuai ye anak-anak... untuk buat cuq kodok boleh la ...

bahan-bahan batter

400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

cara-cara menyediakan

masukkan bahan-bahan ke dalam jug blender ikut turutan di atas. kisar sebati, rata & halus.
panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana,  goreng hirisan pisang yang bersalut bancuhan tepong sehingga keemasan dan garing, angkat & tos di dalam bekas beralas paper towel untuk menyerap minyak kalau suka hidang bersama cili kicap

resepi sambal kicap

bahan-bahan
8 biji cili padi atau kurang kalau x tahan pedas
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
kicap manis secukupnya

cara-cara menyediakan
tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula, campur kicap secukupnya. siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy

resepi tepung pisang dari Hairul.com ni mama kiv untuk projek akan datang

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu santan pekat
1 biji telur
2 sudu  besar butter dicairkan
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu serbuk kunyit
air dan garam secukupnya

tq Hairul

No comments: