Sunday, February 28, 2010

IKAN DALAM TAMAN

alamak dah jadi ikan dalam semak...jangan marah !!


mama angkut resepi ni dari umah Jun...Jun pulok kata dia totally 100% cnp dari umah kak Nor... abih camno tuh..apa-apapun...tima kasih banyak ye Jun dan timakasih berganda wat Kak Nor ...kedua-duanya memang chef maya yg tersohor...muahh! muahh!!

1 ekor ikan siakap (mama guna ikan kachi)
1/4 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan. Gaul ikan dgn tepung dan goreng hingga masak.
Angkat dan toskan.

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar pes cili sangai (resepi kt bawah ye)

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.

PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering
2 cawan barang putih
2 cawan bawang merah
1 cawan cili kering
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran


Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.



Thursday, February 25, 2010

BUBUR AYAM



kalau tak berapa sihat... tiada selera nak makan, bubur ni sesuai sangatlah..
yang berselera tu pulak mau tak cukup semangkuk dua

resepi ni sumbangan che' iza kat MyResepi
kopipes kat sini jugaklah (TQVM)


* 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
* 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
* 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
* 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
* sedikit garam
* 1 liter air

* GARNISH *
* lada merah
* daun bawang n daun sup
* sedikit mninyak bijan
* AKSESORI TAMBAHAN *
* ikan bilis n kacang digoreng
* lada jeruk
* telur masin
mama atiq tambah lobak jeruk & hirisan halia muda

Cara-cara

1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....


Tuesday, February 23, 2010

KEROPOK LEKOR

Selain keropok Losong...yang dekat Seberang Takir ni pun ngetop juge













Tuesday, February 16, 2010

MACARONI BAKAR



masa gi jalan2 umah kak Rus terpandang macaroni bakar..selagi x cuba dok teringat dok terkenang... alamak mayonis pulak x der x dpt hias dengan cantik macam Kak Rus.. keju pun kureng..apa-apapun masih belum mengurangkan keenakkan rasanya...tq Kak Rus..
resepi pun kopipes tq sekali lg..

bahan-bahannya
1 peket daging cincang Ramli.
1 kotak makaroni yang kecil
6 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan keju mozarella yg diparut
2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 peket serbuk sup cendawan(kak rus guna Maggi)
garam secukup rasa
1 1/2 cawan sayur campur
1 cawan mentega/mnyak sapi
Untuk hiasan
Cili sos,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang goreng

Cara Membuatnya:
1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.
2. Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*
3. Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.
4. Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk kari daging sampai
harum. Masukkan daging ,sayur campur rempah-rempah yg lain.Masukkan
makaroni,garam dan serbuk sup cendawan yg dicampu sedikit air panas.Kacau
dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.
5. Alas acuan dengan kertas aluminiam foil dan lengserkan minyak sapi.
6. Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni ...kacau-kacau sebati dan tuang
ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar 20 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil...taburkan keju dan bakar semula lagi
20 minit. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk potonglah didalam acuan ikut saiz yang
dikehendaki. Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam peket plastik
kecil dan potong bucunya dan juraikan)Kemudian juraikan pula mayonis.
Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng.Nak lagi cantik taburkan
hirisan halus cili merah.

Monday, February 15, 2010

KEK MADEIRA & SIRAP LEMON



bahan-bahannya
(a)
250 gm butter
225 gm gula caster
275 gm tepung gandum
1/2 tbs baking powder
5 biji telor
(b)
60 ml/4 tbsp jus lemon
15 ml/1tbsp golden (light corn) syrup
30 ml/2 tbsp gula


panaskan oven 180C/350F
pukul butter dan gula hingga gebu dan masukan telor satu persatu sambil dipukul terus, masukan tepung yg telah diayak bersama baking powder, kaup balikkan sebati dan masukan dalam acuan yg telah digris dengan butter n bakar 1 1/4
semasa masih suam guana skewer atau lidi cucuk2kan beberapa kali

suamkan jus lemon dan sirap masukan gula kacau hingga gula larut lalu sudukan atas kek sejukkan beberapa jam atau sejukkan semalaman

sumber ~ coralie dorman

Thursday, February 11, 2010

JUS ROSELLE

Suka la ngan kaler jus roselle ni...cantik la...

Kalau boleh tanam sendiri pokok roselle ni kan best tp apakan daya jangankan sekangkang kera sepasu tanah pun tak ade...hu..hu ..walau bagaimanapun dpt juga rasa jus roselle yg disediakan sendiri...beli roselle yg dijual kat pasar, rege RM7/kg
oleh kerana bunga ni ringan beli RM3 pun banyak jugala dpt...bleh buat 3 liter jus yg kaw2 jugalah...

banyak khasiat bunga roselle tp paling mama suka ya lah anti penuaan...:)
kalau nak taw khasiat yg lain2 boleh gi tengok RESEPI RAHSIAKU

TQ..Captbokkhari

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT


Resepi ni mama dapat kat SINI
Betul cakap K.Nor sedap dan cukup menyelerakan...menyediakanya pun mudah saja, cuma ikan goreng mama ni agak gelap mungkin kerana lama sangat mama rendam ikan tu dalam air asam semasa proses membersih utk hilangkan hanyir..apa-apa pun memang marbeles ..

kopipes dr umah K.Nor terima kasih banyak..

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (mama atiq guna ikan kaci)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Wednesday, February 10, 2010

NASI GORENG KS

KS / Kitar Semula

"Membazir" ? Owh tidak!! sepinggan nasi,sekor dua ikan goreng, sesudu dua sambal belacan pun jangan dibuang..jadikan nasi goreng yg enak... Sambal belacan yg lebih tu tu pun boleh dibuat rencah sayur kangkung atau sayur pucuk paku...hanya tambahkan udang atau ikan bilis n bahan perasa yg kita sukai seperti kicap sos tiram dan sebagainya..

Sukatan campak agak2 je ye anak2 adik dan kakak...
Bahan2nya ialah
Nasi semalam yang tak habis tapi masih elok
sambal belacan semalam yg tak habis
ikan goreng lauk semalam dibuang tulang dan ditumbuk kasar
apa2 sayur - kacang panjang/kubis/karot
beberapa ulas bawang merah
bawang putih
telur
kicap / sos ikan
minyak utk menumis

tumbuk bawang merah n bawang putih lalu ditumis n masukan sambal belacan masak hingga wangi baru masukan nasi n sayur kesukaan & isi ikan goreng, masukan kicap, goreng sekejab,keluarkan dulu nasi goreng atau kosong kan kuali ditengah2 nasi (buat telaga)tambahkan sedikit minyak dan pecahkan telor masak hingga telor agak kering baru gaul dengan nasi dan goreng sekejab, hidangkan dengan hirisan timun dan tomato atau ulam2 pilihan anda.


Monday, February 8, 2010

DAGING GORENG KACANG PIS



400 gm daging lembut (batang pinang)hiris nipis
100 gm kacang pis
100 gm cendawan butang dihiris
100 gm rebung dihiris
5o gm hirisan halia

bahan perap
1 sudu kicap
1sudu sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit stok daging

perencah
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil gula
3sudu besar air

perap daging dengan bahan perapan selama +- 10 minit campur 1 sudu minyak dan gaul rata, panaskan minyak goreng daging hingga hampir masak dan toskan
dengan 2 sudu minyak tumis haliadan ramuan lain masukan daging dan bahan perencah, kacau dengan cepat dan hidangkan panas2

Saturday, February 6, 2010

TELOR DADAR BUNGA KERTAS

Telor dadar bunga kertas? ada berani??

Ish selama ini tak tahu pun bunga kertas yg menghiasi laman rumah Che Kiah tu boleh dimakan & sangat kaya dengan pelbagai mineral & pelbagai khasiat...sangat2 tak percayer sehingga mama nengok berita Nasional di TV1 RTM (5 Feb)... Kalau ku tahu dah lama pokok bunga Che Kiah tu togel ku kerjakan...he heh :)

Kalau nak rasa telor dadar bunga kertas (percuma jer tp nak rasa menu2 lain berasas herba kena bayar minima 10 hengget) ...boleh lah ke Taman Herbal Tropikal, Pusat Pertanian Pantai Seremban N9. Kata pengurus taman tu, khasiat bunga kertas mampu menstabilkan fungsi sistem badan, melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan tenaga..Wow sgt. hebat tuh...

Nak tahu lebih lanjut jom kita tanyer wartawan TV Kamal Firmansyah yg buat special report tentang story ni di berita RTM boleh ke Facebook Berita NasionalTV1 boleh berinteraksi ngan Kamal kat sana kot..

Che kiah jaga elok2 bunga kertas awak yg cantik tu.....rasa cam nak terai rendang munga kertas la plakk...


Thursday, February 4, 2010

VADAI


Bahan-bahan
(a)
180 gm kacang dhal
(b)
1 biji bawang besar -cincang
2 biji cili merah - cincang
2 biji cili hijau - dihiris
1/2 sudu kecil halia cincang
2 tangkai daun kari-dihiris halus
1 tangkai daun ketumbar -dihiris (optional)
1/2 sudu kecil jintan manis- ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan putih- ditumbuk
10 gm minyak sapi cairkan
1 sudu kecil garam halus
secubit gula

cara menyediakannya


rendam dhal paling kurang 4 jam, dan tapis dan tumbuk halus 3/4 darinya
kemudian gaul bersama 1/4 yg kasar

gaul sebati bahan (a) dan (b) basahkan tangan bulat2 kan mengikut saiz yg disukai leperkan sedikit lalu digoreng keemasan.


LAKSA THAILAND (2)

Laksa memang menu kesukaan mama...tak kira laksa apa pun, best sangat makan dengan ulam-ulaman.
Kali ni try laksa Thailand menggunakan resepi Rosnani @MyResepi
...len kali nak try Resepi Laksa Siam Kak Rusnah plak yg ada tambahan ketumbar, udang kering dan buah keras

Kopipes dari MyResepi (TQVM)

Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )

* 1 paket laksa kering (rebus & toskan)
* 7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
* 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
* 8-10 helai daun limau(mayang halus)
* 1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)

* bahan utk kisar


* isi ikan yg diasingkan tadi
* 10-13 btg cili padi merah mama atiq guna 5 biji cili api + 5 biji cili kering
* 1 sudu teh lada hitam
* 2 inci kunyit hidup
* 2 inci lengkuas
* 2 btg serai
* 1 inci halia
mama atiq tambah asam gelugor dan sedikit belacan

* bahan ulam :

* 7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng perang-ini wajib nih utk ulam)
* kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
* timun diracik(pilihan)
* kobis =mayang halus(pilihan)
* taugeh (pilihan)
* Sawi jeruk - hiris nipis (pilihan)
ulam mama tambah daun selasih dan bunga kantan

Cara-cara

1. korang campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..
3. resepi asal ade batang pisang yg lembut(pokok pisang ade rebung ker?). batang pisang tu dikupas sampai jumper isi paleng dlm dan putih bersih. potong nipis2 , terus masukkan dlm periuk masak bersama kuah. batang pisang tu akan jadi lembut & rasa dia sedap...manis2 jer..(maner lar nak carik kat KL neyh, btg pisang pon kena bayor..)
4. NOTE: terluper plak, resepi asal ade serbuk cili. Korang leh buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, korang blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)