Saturday, February 6, 2010

TELOR DADAR BUNGA KERTAS

Telor dadar bunga kertas? ada berani??

Ish selama ini tak tahu pun bunga kertas yg menghiasi laman rumah Che Kiah tu boleh dimakan & sangat kaya dengan pelbagai mineral & pelbagai khasiat...sangat2 tak percayer sehingga mama nengok berita Nasional di TV1 RTM (5 Feb)... Kalau ku tahu dah lama pokok bunga Che Kiah tu togel ku kerjakan...he heh :)

Kalau nak rasa telor dadar bunga kertas (percuma jer tp nak rasa menu2 lain berasas herba kena bayar minima 10 hengget) ...boleh lah ke Taman Herbal Tropikal, Pusat Pertanian Pantai Seremban N9. Kata pengurus taman tu, khasiat bunga kertas mampu menstabilkan fungsi sistem badan, melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan tenaga..Wow sgt. hebat tuh...

Nak tahu lebih lanjut jom kita tanyer wartawan TV Kamal Firmansyah yg buat special report tentang story ni di berita RTM boleh ke Facebook Berita NasionalTV1 boleh berinteraksi ngan Kamal kat sana kot..

Che kiah jaga elok2 bunga kertas awak yg cantik tu.....rasa cam nak terai rendang munga kertas la plakk...


No comments:

Post a Comment