Thursday, May 7, 2009
KAROT OH KAROT
KAROT @ LOBAK MERAH MELAMBATKAN PROSES PENUAAN? rasanyer inilah ayat yg paling suke kita dengar…,sebenarnyer lebih dari itu kerana menurut kajian karot mengandungi pelbagai khasiat dan kepentingannya yang tersendiri. Ia mengandungi 87 % kandungan air, kaya dengan mineral, vitamin A, B, C, D, E dan karbohidrat
Karot yg bebas daripada kandungan lemak dan kolestrol, berperanan penting sebagai sumber anti oksida yg berupaya mengurangkan risiko serangan kanser dan penuaan, Tambah unik pengambilan karot dapat merendahkan paras kolestrol dalam darah
Kandungan vitamin A dan beta-karotin yang terkandung dalam karot dapat membantu penglihatan menjadikan mata anda lebih bermaya terutamanya di waktu malam. Di samping itu, ia juga dapat mengubati pelbagai penyakit mata.
Menurut kajian,, karot mengurangkan risiko terhadap penyakitt jantung dan tekanan darah. Karot juga mempunyai fiber yang tinggi dan berkesan mengubati penyakit gastrik, sakit perut, cirit-birit dan pectin yg terdapat pd karot baik utk proses pencernaan
Golongan wanita digalakkan makan karot kerana kandungan beta-karotin dan vitamin A dapat menseimbangkan peredaran darah dan mengurangkan bau tidak menyenangkan ketika haid. Selain itu, karot juga membantu pertumbuhan tulang rapuh, osteoporosis di kalangan orang tua dan mereka yang mengandung.
Kini, kebanyakan saintis menggunakan karot dalam penggunaan kecantikan kosmetik. Ini termasuk krim payu dara yang berupaya merangsang hormon payu daranya dan peredaran susu di kalangan wanita. Disamping itu, karot digunakan sebagai herba kecantikan yang dapat mengubati penyakit kulit kering, berjerawat, sensitif dan mengurangkan kedutan pada muka.
Anda juga boleh menggunakan karot untuk rawatan muka. Gunakan 'mask' karot untuk beberapa minit ketika berehat atau sebelum tidur supaya anda nampak lebih ceria.
Kini, penggunaan karot semakin meluas dan digunakan dalam pelbagai cara. Anda boleh makan secara mentah atau dimasak bersama ramuan lain. Akan tetapi berdasarkan kajian, karot tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit anda bertukar kuning – oren tp jgn risau warna kulit akan kembali normal setelah beberapa minggu pengambilan karot dihentikan
# Sumber rujukan: Majalah Keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya suka minum karot susu. Orang kata bagus untuk mata. Tapi kena pakai spek juga untuk baca. hehehe
Post a Comment