Tuesday, March 22, 2011

KEK CHIFFON PANDAN

Si-hijau yang gebu dan harum menggoda ~ membelai rasa...ahakss.

Sesuatu yg harus diberi perhatian semasa pembikinan kek ini ialah waktu mengasingkan putih & kuning telor,harus sangat berhati2, telor putih harus betul2 bersih tidak boleh bercampur kuning telor sedikit pun.

Mama dapat resepi ni dari blog 'Sinar Kehidupanku' kalau nak resepi yg sedap2 boleh lah ke sana
izinkan mama atiq kopipes ye Pn. Yati...tqvm.

jom layan ...

Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):

1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B):

1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

No comments: