Saturday, January 23, 2010

ROTI GULUNG STRAWBERRY

macam2 juadah boleh sediakan dari roti yg hampir2 lupus tarikh,nak makan camtuh saja dah tak sedap, amat membazir kalau buang gitu saja, selain puding & bingka boleh juga dibuat sambal rolls yg sedap, atau boleh buat roti gulung strawberry yang tak kurang enaknya...

bahan yang diperlukan

8 keping roti putih
150 ml susu segar
2 biji pisang
8 tbsp jem strawberry
2 biji telur dipukul
sedikit tepung gandum
minyak utk menggoreng

sekeping roti dibahagi dua sebelum tu potong dulu tepi2nya
potong pisang kepada 3 bahagian , memanjang pastu satu bahagian tu potong lg kpd 3,
basahkan roti dgn susu, gunakan belakang sudu tekan2 keluarkan lebihan susu
sapu roti dengan jem strawberry n letakkan sepotong pisang,pastu gulung kemas
golek roti yg digulung atas tepung gandum pastu celup dalam telur,
selepas celup telur golek sekali lg dalam tepung dan goreng tenggelam dalam minyak yg panas (deep-fry)hingga warna keemasan...

No comments: