Saturday, January 30, 2010
LALA MASAM MANIS
O la la laa laaa bukan setakat masam manis je ni.. pedas berapi jugak..!! dan yang pasti masak sekuali isi sepiring pun susah nak dapat..jd masak lauk ni kena masak lauk sampingan yg lain juga...
sukatan bahan main agak2 jelah ye puan-puan
yg mesti ada ialah lala
bawang merah kisar
bawang putih kisar
halia kisar
cili api ketuk2 je
cili kering kisar
sos tiram
sos tomato
sos cili
garam n gula
serbuk lada hitam (kalau suka)
hirisan daun bawang
tumis bawang bawang putih & halia. masukkan cili kisar & cili api, masukkan sos2 masak sebati & , garam & gula, bila masak lala akan terbuka..
Friday, January 29, 2010
POPIA GORENG
bahan-bahan
20 keping kulit popia
200 gram isi ayam dicincang
300 gram sayur campur (karot, jagung, kacang peas)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 biji bawang besar di dadu
garam dan gula secukup rasa
2 sudu butter
minyak untuk menggoreng
bawang merah dan bawang putih dikisar/tumbuk
panaskan kuali dengan sedikit butter dan tumis bawang yg di kisar tadi hingga wangi lalu masukan ayam, kacau hingga ayam masak masukan bahan perasa diikuti sayur campur dan bawang besar, kacau sebati dan masukan 2 sudu tepung gandum,
sejukan sebelum digunakan
bungkus popia seperti biasa dan goreng garing dalam minyak yg banyak.
Saturday, January 23, 2010
ROTI GULUNG STRAWBERRY
macam2 juadah boleh sediakan dari roti yg hampir2 lupus tarikh,nak makan camtuh saja dah tak sedap, amat membazir kalau buang gitu saja, selain puding & bingka boleh juga dibuat sambal rolls yg sedap, atau boleh buat roti gulung strawberry yang tak kurang enaknya...
bahan yang diperlukan
8 keping roti putih
150 ml susu segar
2 biji pisang
8 tbsp jem strawberry
2 biji telur dipukul
sedikit tepung gandum
minyak utk menggoreng
sekeping roti dibahagi dua sebelum tu potong dulu tepi2nya
potong pisang kepada 3 bahagian , memanjang pastu satu bahagian tu potong lg kpd 3,
basahkan roti dgn susu, gunakan belakang sudu tekan2 keluarkan lebihan susu
sapu roti dengan jem strawberry n letakkan sepotong pisang,pastu gulung kemas
golek roti yg digulung atas tepung gandum pastu celup dalam telur,
selepas celup telur golek sekali lg dalam tepung dan goreng tenggelam dalam minyak yg panas (deep-fry)hingga warna keemasan...

IKAN MASAM MANIS
Resepi asal ialah Ikan Talapia Masam Manis sumbangan Tulip77 di MyResepi..mama kopipes aje , minta halal dan timakasih banyak
2 ekor ikan talapia saiz kecik (mama atiq guna fillet ikan merah)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 bj lada merah
1" halia
1 btg carrot
4 potong nenas ( dlm tin )
1 bj capsicum hijau
4 btg jagung ( dlm tin )(mama atiq ganti ngan timun dadu)
1 bj bawang besar
5 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 cawan air
garam dan gula
serbuk kunyit
5 sb tepung jagung
2 sb minyak masak
Cara-cara
1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
2.Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Carrot dipotong memanjang, capsicum dipotong dadu besar, bwg besar dipotong bulat & tebal, nenas dipotong 6 setiap keping, jagung dipotong serong dan halia dipotong memanjang
4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,jagung,capsicum,nenas dan bawang besar. Biarkan selama 5minit.
7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.
8. ** Kuahnya cair sedikit, bila dah bercampur dgn ikan, ia akan pekat dgn sendirinya sbb ikan disalut dgn tepung jagung **
Sunday, January 17, 2010
KEROPOK OH KEROPOK
Dah ramai blogger post n3 keropok yg ada tanda halal tp hakikatnya ia adalah "HAGHAM"
...mama pun tumpang sekaki ...erm sangat2 letih baca citer2 cam nih ...tak larat la nak citer panjang2...fikirlah sendiri...kalau nak taw citer lanjut lawati sini atau boleh ke GGOK atau boleh ke sini atau boleh rujuk encik google...

Thursday, January 14, 2010
NASI GORENG PATTAYA
Sesekali malas masak lauk bleh buat nasi goreng yg lengkap... yg ada macam2... kali ni nasi goreng pattaya. resepi ni kopipes dr umah Jun ...kata Jun asal Sis Rossya Fp. TQ untuk kedua2 chef tersohor tuh ...tunggu apa lg jum layan...
bahan nasi:
400gm beras panjang
1/2 in halia-titik
2 ulas bawang putih-titik
1 sudu makan serbuk kunyit
air secukupnya
masak semua macam biasa.
3 ulas bawang putih-cincang
1 cili merah-cincang
1 batang serai-cincang
200gm udang n ayam-potong kecil2
1 tin button mushroom-potong2
nasi (yg masak td)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tomato
4 biji bawang merah-hiris
daun selasih-hiris
daun ketumbar-hiris
kacang peas
gula
telur secukupnya
garam sket
panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga wangi. masukkan udang, ayam n mushroom. kacau rata. masukkan nasi, sos ikan, sos tiram n sos tomato serta gula. kacau lagi. masukkan bawang merah, kacang peas, daun selasih n daun ketumbar. gaul rata, angkat.
pukul telur, masukkan garam sket. wat dadar atas kuali leper, masukkan 1 senduk nasi goreng tadi n bungkus. hidangkan.

Sunday, January 10, 2010
GREEN CURRY CHICKEN (1)
Bahan-bahan
1 ekor ayam yang besar - dipotong kecil
1 1/2 cawan santan pekat - dimasak hingga pecah minyak
1 cawan santan cair - dipanaskan berasingan
1/2 cawan terong pipit ( guna terung ungu+kacang panjang)
2 lembar daun selasih - dipetik
4 batang lada merah - dipotong bulat
3 sb sos ikan
5 helai daun limau purut
2 sb gula melaka yg telah diracik atau gula merah
garam (opt.) sebab dah ada sos ikan
GREEN CURRY PASTE :-
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 batang serai
2 hiris lengkuas , 1 inci kunyit hidup
4-6 batang lada hijau atau cili padi (lebih atau kurangkan ikut selera)
1 sb belacan
2 lembar daun ketumbar - diambil akarnya sekali dan dibersihkan
1/2 sk parutan kulit limau purut
minyak masak secukupnya untuk menumis
( Jika inginkan pes kari hijau yang berempah, campur dan kisar sekali bahan2 berikut ini ) :-
2 sk ketumbar biji
1/2 sk jintan halus
1/2 sk serbuk buah pala
Cara-cara
Kisar kesemua bahan2 untuk pes hingga halus.
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis pes hingga garing dan masukkan santan pekat dan gaul rata.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.Masukkan juga daun limau,sos ikan, gula dan garam dan gaul rata lagi.Tambah santan cair sedikit2,gaul dan masak hingga ayam empuk.Akhir sekali masukkan daun selasih,lada merah dan terung pipit, gaul lagi dan masak lagi. Jika inginkan kari hijau yg berkuah, tambah air panas selepas memasukkan santan cair.
dikopipes dari MyR resepi sumbangan Kak Fida, sedap2 resepi Kak Fida nih dan boleh dikira sifu masakan kat MyR tuh (TQVM)
AKOK
Dah biasa post dah resepi ni ...buat lagi tayang la lagi he he...
Guna oven dan acuan muffin ....kalau guna arang macam orang dolu2 mesti sedap...
Bunga cengkih dan pandan digunakan untuk mengurangkan hanyir telur
bahan-bahan yg diperlukan
5 biji telur
100 ml air
150 gram gula manisan
200 ml pati santan
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan-siat halus
2 cubit garam halus
beberapa kuntum bunga cengkeh
cara
1) Masak air bersama gula manisan pandan dan cengkih sampai mendidih. Tutup kan api.
2) Masukkan santan pekat.Kacau rata.
3) Masukkan telur,daun pandan, garam dan tepung, ramas2kan supaya sebati .Kacau rata.Tapis guna penapis penapis santan supaya tiada ketulan tepung.
4) Panaskan oven , suhu 200 darjah celcius.Panaskan bersama acuan. Letak sedikit minyak dalam acuan.
5) Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit.Dalam oven kuih ni akan kembang
*sekali lg penghargaan buat Pn Zaliana

KERABU STAIL UTARA
Kesukaan mama ni....boleh ratah gitu je
Bahan-bahan
600 gm taugeh dibersihkan dan dicelur
pucuk paku secukupnya juga dicelur
300 gm perut tuala direbus empuk dan dihiris nipis
5 biji cili merah
1 sudu lada hitam ditumbuk
sedikit belacan dibakar
2 cm halia
2 labu bawang besar dihiris
2 cawan kelapa parut putih digoreng dan tumbuk kasar (kerisik kasar)
1/2 cawan beras digoreng kuning dan ditumbuk halus
asam jawa/limau nipis
garam dan sedikit gula
kalau suka sedikit santan pekat (perahan kelapa dengan air panas) tapi kalau masukan santan kena hidangkan segera
* kadang2 mama tambah lengkuas kadang2 letak serai...
caranya
Tumbuk cili dan belacan macam nak buat sambal dan gaul dengan bahan2 lain

Saturday, January 9, 2010
SAMBAL UDANG MALBARI
Masa ke Aloq Staq, lepas belanja mi udang kat Kuala Kedah Maksu ngan Paksu ajak pi beli ikan, sotong dan udang segar ....depa jual kat tepi2 jalan je...
Wah besar2 betul udangnya...selain buat sambal tumis dan goreng ngan sayur mama buat Sambal Malbari...(gara-gara terliuq ngan masakan dan promo dari Ummi)
Memang sedap... Macam dah biasa rasa la..? tapi di mana ya...akhirnya ingat... dimana lagi kalau bukan di restoran nasik kandaq...jadi kepada pecenta nasik kandaq....rugi kalau tak cuba
salin dari umah Ummi... TQ
1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
3 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu teh biji sawi
2 biji bawang besar - dadu
2 senduk besar cili giling
1 sudu makan tomato puree (mama letak tomato sos)
2 biji tomato - belah 4
daun kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.
JALAN-JALAN CARI MAKAN-PERINDU
Seronok kalau ke utara...dapat makan yg sedap2....bertambah2 sedap kalau ada orang belanja....erm... kali ni makan mee udang di Perindu Kuala Kedah...dibiayai oleh toke kue
Nampak tak?....dah malam memang la gelap...
ada ikan terbang...nampak dari tepi jalan...
sabar itu separuh dari iman.....erm borak2 la dulu atau kalau nak mai...ceq bawa kacang ke atau kerpok ke ... baru tak bosan menunggu
inilah toke kue yg pemurah tu ... erm...(bodek supaya dia belanja lg)

Friday, January 8, 2010
SELAMAT TAHUN BAHARU 2010
Walau dah seminggu berlalu dan agak terlewat namun nak la juga ucapkan selamat tahun baru dan ketibaan dekad baru, mudah2an akan lebih membawa kejayaan, kedamaian ketenangan dipeliharai dan diredhai Allah. Agak lama tak ada aktiviti dalam blog mama nih almaklumlah, hujung tahun membawa kesebokan yg berganda yg terlebih-lebih hingga sukar membahagikan masa...terimakasih banyak kerana sudi menziarahi blog mama ...InsyaAllah tahun ni azam mama,kalau diizinkan nak masak yg sedap2 dan kalau dapat resepi yg best mama nak berkongsi dengan anda ...:)