Sunday, January 10, 2010
GREEN CURRY CHICKEN (1)
Bahan-bahan
1 ekor ayam yang besar - dipotong kecil
1 1/2 cawan santan pekat - dimasak hingga pecah minyak
1 cawan santan cair - dipanaskan berasingan
1/2 cawan terong pipit ( guna terung ungu+kacang panjang)
2 lembar daun selasih - dipetik
4 batang lada merah - dipotong bulat
3 sb sos ikan
5 helai daun limau purut
2 sb gula melaka yg telah diracik atau gula merah
garam (opt.) sebab dah ada sos ikan
GREEN CURRY PASTE :-
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 batang serai
2 hiris lengkuas , 1 inci kunyit hidup
4-6 batang lada hijau atau cili padi (lebih atau kurangkan ikut selera)
1 sb belacan
2 lembar daun ketumbar - diambil akarnya sekali dan dibersihkan
1/2 sk parutan kulit limau purut
minyak masak secukupnya untuk menumis
( Jika inginkan pes kari hijau yang berempah, campur dan kisar sekali bahan2 berikut ini ) :-
2 sk ketumbar biji
1/2 sk jintan halus
1/2 sk serbuk buah pala
Cara-cara
Kisar kesemua bahan2 untuk pes hingga halus.
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis pes hingga garing dan masukkan santan pekat dan gaul rata.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.Masukkan juga daun limau,sos ikan, gula dan garam dan gaul rata lagi.Tambah santan cair sedikit2,gaul dan masak hingga ayam empuk.Akhir sekali masukkan daun selasih,lada merah dan terung pipit, gaul lagi dan masak lagi. Jika inginkan kari hijau yg berkuah, tambah air panas selepas memasukkan santan cair.
dikopipes dari MyR resepi sumbangan Kak Fida, sedap2 resepi Kak Fida nih dan boleh dikira sifu masakan kat MyR tuh (TQVM)
No comments:
Post a Comment