Monday, August 31, 2009

TAT NENAS GEBU

sangat2 gebu

sedikit rasa jeles tengok rumah REAL WOMAN dah ada berbalang kue..maka semangat pun datanglah...he heh...jeles yg mendatangkan kebaikan dan tak mencederakan orang len ok kan?
resepi ni mama tukil bulat2 di umah PRINCESS HARYATI, TQVM & mohon halal ye

bahan-bahannya;

doh tart;

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan butter (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula

inti nenas;


4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan

cara-caranya;

doh tart; Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan lembut.


Jem Nenas: Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar. Ulangi sehingga habis. Bakar pada 150 sehingga 15-17 minit sehingga masak.

YUM MA-KHUEA-YAO

hasil skodeng dapor kak nor ...memang sedap!!


Salad Terung grill

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun daun ketumbar

Gril atau celur terung hingga lembut. lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging

alasan kopipes : penat sangat pose
setinggi2 penghargaan buat kak nor

MASAK LEMAK CILI API DANGTONG

ku kahwinkan dikau udang & sotong..dalam masak lomak cili api yang podas mengancam...he heh menjadi jugak...


bahan2nyer campak2 je:
udang ngan sotong
nenas
santan yang amat pekat
serai diketuk

untuk dikisar:
cili api
kunyit
bawang merah (yg ini x der pun x per...masak lomak cili api negori yg ori memang tiada bawang)

peraturan
masukan bahan kisar, serai ketuk dan nenas dalam periuk masak sekejap pastu masukan udang, sotong dan santan , kacau selalu supaya kuahnnye tak pecah minyak

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



penghargaan untuk pn nurul @ CAKE2U

Saturday, August 29, 2009

KERABU SO HOON

ala thai lagik!


tul ke mama eja soo hoon tu?

bahan2nya & cara nak buat

250 gm soh hoon di rendam, celur lembut & tos
sekeping dada ayam yg montok & mantop (baru banyak isi)direbus dan carik2
200 gm udang basah direbus
segenggam udang kering di rendam air panas, tos & goreng
8 ulas bawang putih dihiris & goreng jaga agak2 wangi je..kalau hangus sket pun dia rasa pahit
1 biji bawang besar dihiris
20 biji cili padi atau ikut daya tahan & tahap kepedasan anda
sedikit daun ketumbar atau leh juga daun sop dihiris
3 biji limau nipis..ambil jusnya
sos ikan (sos nampla)
sedikit gula

Gaul semuanyer

DAGING PHAD PRIK

Sawadeekkaap!!!..eh, eh, masuk kut pintu kuar kut pintula naper ko kuar kut tingkap?..
heh.. mama ari nih pehal plak...lalok sos nampla kot...nampaknya dapor mama dengan meriahnya menyambut minggu thailand... siap bau2an limau purut, serai & daun ketombar,nasiblah baba selagi x habis stok...




jom layan phad prik daging (daging tomis pedas)

bahan2nya
A
300 gm daging lembut batang pinang (omputihnye sebut tenderloin) potong nipis
300 gm kacang panjang nak berwarna warni tambah karot ngan bunga kobis
sebiji bawang besar dihiris
3-4 helai daun limau purut
1 1/2 cawan minyak masak
ejen perasa (garam gula & sebagainya)
sos nampla (kicap ikan)

B
15 biji cili kering, celur dulu
2 batang serai
3 hiris lengkuas
1/2 biji kulit limau purut
3 batang akar ketumbar
5 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
sedikit belacan

peraturan

bahan B dikisar halus
panaskan minyak goreng daging hingga masak & angkat
kalau minyak yg tinggal banyak keluarkan sedikit, tumis bahan kisar
masukan daging goreng dan bahan perasa yg dibancuh dgan sedikit air
sebatikan & biar daging empuk masukkan sayur2an...angkat & tabur hirisan daun limau purut

Thursday, August 27, 2009

TOM YAM UDANG

apa lagi... hiruplah.. opss sori ..!!! puasa lah... lupa la plak...

sendiri bikin tom yam paste...terjamin halal dan suci...resepi kat bawah...
bleh simpan lama, kalau tempat beku 3 thn pun ok... ( yg suka sumbat makanan antik penuh peti ais)

sonang jo nak wat tom yam nih... tp kalau gi makan kat kedai siam tu orda tuk 2 orang makan dia ketuk sampai 10hinggit ...dah tu dlm mangkok tu penuh sampah sarap je...udang aderla sekor 2...itu pun hirup bagai nak rak, mau tak sedap kat 1 senduk pak aji dia taruh... makan la selalu... botak kang...

jom kita buat sendiri..

bahan2 nya

1 1/2 litre air (kalau guna air rebusan ayam lg sedap)
2 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3-4 helai daun limau purut
300 gram udang (leh campur ayam, ketam sotong)
perahan limau nipis secukup rasa
cili api diketuk2
pes tom yam (abaikan kalau nak tomyam putih)
daun ketumbar, (pernah tak daun kesum sedap gak)
buah tomato
kalau suka sayur campak je karot, cendawan, bunga kobis
sos nampla (kicap ikan)
bahan perasa (garam, gula, aji ke kalau suka)

peraturan

kalau guna ayam rebus ayam dulu dan campak2 semua nyer...mengikut mudah empoknyer lauk dan sayur2 tersebut...yg last tentulah buah tomato , daun ketumbar dan perahan jus limau

untuk perhatian: tom yam ini makan ngan mi hun jadilah dia mihun tom yam , makan ngan kue tew jadilah dia kue tew tom yam....sendiri2 la pandai ubah suai... he heh..

TOM YAM PASTE

1 cawan minyak masak
150 gm udang kering dikisar
100 gm cili kering dikisar
100 gm bawang besar dikisar
100 gm bawang putih dikisar
100 ml air asam jawa-yg pekat
2 biji limau nipis/kasturi ambil jusnya
30 gm belacan
4 batang serai dikisar
garam dan gula secukup rasa

peraturan

panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing, masukkkan air asam jawa dan jus limau, garam dan gula, masak hingga betul2 kering, untuk tahan lama simpan dalam botol bertutup dalam peti ais

Wednesday, August 26, 2009

DALAM KENANGAN


Yang tak terlupakan... 'door gift' ni mama dapat masa Pelancaran Program Syahadah Musim ke-5 di RTM 13 ogos yg lalu, mcm2 jajan ada kat dalam, keropok, gula2, cakar ayam tp macam tak sampai hati nak makan ...mungkin tak kan makan sampai bila2....kerana semasa menunggu pelancaran itulah Ustaz Asri Rabbani rebah dan "pergi tak kembali" sama macam tajuk lagu Rabbani, alunan suara Ustaz Asri menjadi latar program yang sedang disiarkan sepanjang musim puasa ini... teringat setiap tahun kalau ada program berbuka puasa di Hotel Singgahsana pasti ada Ustaz Asri yg melaungkan azan secara live...sungguh syahdu..teringat juga walau berbagai juadah di Hotel tu Ustaz Asri masih membawa kuih yg dibekalkan isterinya...teringat juga walau dijemput hanya seorang dalam satu2 program Ustaz Asri tak mahu berpisah dengan ahli Rabbani yang lain......pasti datang semua......

Ramadan setiap tahun Rabbani bersama Hotel Singgahsana...

Al-Fatihah..semoga rohnya di tempatkan bersama Para Syuhada..a min....

Tuesday, August 25, 2009

BOTOK-BOTOK IKAN

Antara lauk kegemaran mama dibulan puasa ni..boleh dikukus atau bakar...kukus senang bakar pun x susah ..

yg ni bungkus macam tapai, nak bungkus cam lepat pun ok


bahan2nya

4 potong ikan tenggiri, ikan kembong pun ok dibersihkan

yg dikisar(dengan sedikit air)
10 biji cili merah
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in halia
1/2 cawan kelapa parut
1 in lengkuas
1 in kunyit idup
2 batang serai
1 sudu garam
1 sudu gula
sedikit perahan limau nipis

bahan hiris

2 helai daun kunyit
pucuk ubi agak2
daun ketumbar agak2

daun kadok sehelai2 (cam daun sireh tu)
secukup daun pisang tak der pakai aluminium foil pun ok
lidi nak semat

peraturannya

ikan digaul bahan kisar kalau ikan kembung sumbat dalam perutnye
1.ambil sehelai daun pisang x perlu layur, 2.alas daun kaduk 3.letak pes kisar pastu ikan 4.letak bahan hirisan pastu 5.letak lagi pes kisar 6. letak daun hirisan
7. lipat dan semat ngan lidi 8.kukus dan bakar suka ati lah kalau lipat cam lepat grill pakai kuali pun boleh saja

AYAM PENYET

dulu mula2 nampak warung penyet ni, mama tersenyum sendiri...bunyi cam klakar la plak...ayam kena lanyak ke?... dah rasa, erm! sedapla...nak plak nasi panas2 ngan ayam yg terpenyet nih..


kalau takder idea nak masak apa untuk juadah berbuka apakata kita masak ayam terpenyet...senang je ..jom tengok resepi..


AYAM PENYET
A
1 ekor ayam belah 4
1 sudu kunyit serbuk
2 helai daun salam (daun bay)
3 batang serai diketuk
1 in lengkuas diketuk
200 ml santan
garam dan gula secukup rasa

B (bahan kisar)
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 in halia
1 sudu makan ketumbar disangai & kisar(goreng tanpa minyak)
1 sudu teh serbuk lada sulah
peraturan

satukan semua bahan di dalam periuk tambah +- 1 litre air dan masak hingga ayam empuk
toskan dan biar kuah rebusan ayam tadi sejuk

C (tepung utk celup ayam)

+- 2 cawan kuah rebusan ayam tadi
+- 80 gm tepung beras
garam secukupnya

peraturan

satukan bahan C celup ayam & goreng garing, x perlu lama sgt sebab ayam dah direbus
angkat & ketuk2 ayam & hidangkan panas2 ngan sambal terasi, kremes, ulam2an seperti timun dan kobis mentah, bakso goreng & tahu+tempe goreng

BAKSO GORENG PENYET
bahan2nya

500 gm daging kisar
40 gm putih telur dipukul (sebiji)
2 biji bawang putih ditumbuk
1/4 sudu beef stock (maggi ke x kisah la)
1/4 sudu serbuk lada sulah
15 gm tepung ubi @ tepung sagu
garam&gula secukup rasa

peraturannya

gaul sebati kesemua bahan ambil dalam 25 gm bulat2kan lalu perap sekejab dalam peti sejuk bila nak goreng celup dulu dalam bancuhan tepung yg sama dengan celupan ayam tadi dan goreng hingga masak

TEMPE & TAHU PENYET
12 potong tempe
12 potong tahu
1 1/2 sudu ketumbar sangai dikisar
garam
sedikit kunyit serbuk
+ - 1 liter rebusan ayam

peraturannya

satukan kesemua rendam selama +- sejam hingga rempah meresap lalu ditoskan dan goreng hingga garing


KREMES RENYAH (SERDAK)
1 1/4 cawan air rebusan ayam
1/2 cawan air
1 biji telor di pukul
60 gm tepung beras
garam secukup rasa

gaul semua bahan, ambil sesudu adunan tuang kedalam kuali berisi minyak panas goreng garing angkat dan toskan...ulang hingga habis

SAMBAL TERASI PENYET
bahannya
A
100 gm cili padi + cili merah (nak berasap pakai cili api je)
20 gm belacan (terasi)(goreng asing)
5 biji bawang merah
1 biji tomato

satukan semua bahan & digoreng layu kecuali belacan digoreng berasingan
sejukkan lalu dikisar kasar
B
20 gm air asam jawa
garam & gula
C
minyak utk tumis

panaskan sedikit minyak tumis bahan kisar n masukan air asam, garam&gula secukup rasa masak hingga terbit minyak



kena ngan sambal terasi pergh ...

Friday, August 21, 2009

Saturday, August 15, 2009

APAM DURIAN

Tengah musim deroyan la katakan...serawa dah buat, cekodok dah buat ari ni jom kita wat apam pulak...

Bahan-bahannya
250 gram gula caster
200 gram isi durian
200 ml air
300 gram tepung superfine atau kalau takade bleh guna tepung gandum
4 biji telur gred A - sejuk (dari peti ais la)
1 sudu besar ovallete juga sejuk
2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning lemon (tak der pun tak per)

peraturannya
durian, susu pekat & air dikisar & ketepikan
ovallete, telur dan gula dipukul pekat dan gebu
masukkan adunan durian diikuti tepung sedikit2 , garam & pewarna
panaskan kukusan, masukkan papercup dalam acuan, isi adunan agak penuh
kukus lebih kurang 10 minit dalam api yg kuat
nak makan ngan kelapa yg digaul sedikit garam pun sedap gak..

Sunday, August 9, 2009

MEMPELBAGAIKAN OMELET

Nama glemernyer Telor Dadar ..:) ...omelet ni bila masak kat dapur kite biasa2 je tapi kalau chef kat hotel yg buat ...nampak bukan main sedap lagi...
boleh dihidangkan bersama roti, salad, coleslaw, kentang bakar
nak makan gitu saja dengan cili & tomato sos pun ok, cepat dimasak kenyang dimakan & boleh dipelbagaikan mengikut citarasa & apa yg ada di dapur kita





ADUNAN ASAS OMELET
2 biji telur size A
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu makan majerin
1/4 sudu teh sebuk perasa (kalau suka)
PERATURAN
telur, garam, dipukul kembang,campur serbuk lada putih & serbuk perasa & pukul rata
panaskan majerin dalam kuali masukan adunan & goreng kekuningan

OMELET AYAM
1 adunan omelet asas
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan minyak tumis
40 gram isi ayam dicincang
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1/4 cm halia ditumbuk
PERATURAN
nak senang bahan2 3 beradik kat atas mama kisar sekali
panaskan minyak tumis bahan tumbuk & campur rempah2 serbuk bila wangi masukan isi ayam & goreng hinggga kering airnya angkat & sejukkan
cara masak omelet sama masak omelet asas cuma masukkan isi ayam yg telah dimasak di tengah-tengahnya & goreng hingga masak

OMELET DAGING
1 adunan omelet asas
40 gram daging kisar
1 sudu teh serbuk rempah daging
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1/4 cm halia ditumbuk
1 batang daun bawang dihiris
secukup garam dan serbuk perasa
2 sudu minyak makan
PERATURAN
sama macam inti omelet ayam cuma apabila daging sejuk baru campurkan daun bawang hiris, sama jugak... masak omelet asas masukan inti di tengah2 & goreng masak

OMELET UDANG
1 adunan omelet asas
50 gram udang dibuang kulit
3 biji cendawan butang dihiris
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk
1/4 sudu serbuk lada putih
1 sudu makan minyak masak
sedikit garam dan serbuk perasa
PERATURAN
panaskan minyak tumis bahan tumbuk & lada putih serbuk masukan cendawan & udang masak hingga kering & sejukkan masak omelet asas seperti biasa letakkan inti udang yg telah dimasak ditengah2

OMELET KEJU
1 adunan asas omelet
1 biji tomato dihiris
3 keping keju dipotong kecil2
1 batang daun bawang dihiris halus
PERATURAN
siapkan i adunan asas omelet di goreng & di tengah2 nya tabur keju tomato & daun bawang

ROTI DIMAKAN SAMA OMELET
350 gram tepung roti
150 gram tepung selfraising
140 gram gula halus
150 gram susu segar (kotak)
80 gram mentega
2 biji kuning telur
1 peket instant yeast
1 sudu teh bread emulsifier (pelembut roti)
1/2 sudu teh garam halus
secukupnyer mentega beku dipotong untuk dibuat inti roti
PERATURAN
guna mixer tepung2, kuning telur, garam gula mentega yeast dan pelembut roti dipukul sambil dituang susu sedikit2, pukul rata dan sebati lalu diperap hingga kembang apabila dah kembang timbang 40-50 gram setiap satu leperkan isi sepotong kecil mentega gulung kemas2 dan perap lagi atas loyang hingga kembang, sapu putih telor bakar 25-30 minit dalam suhu 150-175 C

KENTANG BAKAR DIMAKAN DENGAN OMELET
1/2 kg kentang yg sedang besarnya dicuci bersih kulitnya
1 sudu teh garam halus
200 gram mentega/majerin
PERATURAN
Kentang & garam digaul ambil sekeping kecil tin foil masukkan sebiji kentang & sedikit mentega bungkus rapat2 & bakar dalam oven 35-40 min 150-175 C

SALAD YANG DIHIDANG DENGAN OMELET
400 gram mix vegetables
1 biji sengkuang dipotong dadu kecil
1/2 sudu garam halus
150 gram mayonnaise
100 ml susu segar (kotak)
mix vegetables direbus 5 minit dan ditos
gaul sebati semua bahan dan masukan dalam peti ais sekurang2 nya 45 minit sebelum dihidangkan

hek eleh Jamie ni masak telur dadar pun kecoh...cepat ar lapar dah ni..

Monday, August 3, 2009

MI KUAH KETAM CERUK TO'KUN

Selain mi udang Sg Dua, balik BM mama mesti pekena mi kuah ketam ceruk To'Kun...walau bandar BM dah makin sebok dan berubah tp senang je nak carik..kerana dia berhadapan mesjid Ceruk To'Kun yg dibelakang mesjid tulah rumah Datuk Seri Anuar Ibrahim
Tahun demi tahun ...rasa mi ni cam berlainan saja kenapa ek...?

Dolu2 mama pernah jenguk dalam periuk kuahnyer ada banyak tulang lembu...skang dah tak ade sbb tu rasa laen kot...erm mana ketam ? tak nampak pun...tenggelam kat bawah kot...

Apek ni melanggan sejak berzaman

Manyak sotong...erm mama rasa sotong tu sotong keringlah...

Nak udang banyak pun bleh
Mi goreng sedap gak
bawang goreng lebeh sket...eh, lebeh banyak nih :)

Saturday, August 1, 2009

BONE CHINA

Beli pinggan mangkok jangan pandang cantiknyer saje...tengok labelnyer Bone China ke, Stone China ke...walau dikatakan teh dan kopi lebih lazat dihidangkan dengan set cawan Bone China tapi anda harus taw tentang Bone China....
Apa yang tak kena dengan BONE CHINA ?


...Nak taw selanjutnyer pergi ke BLOG DR AZWAN