Tuesday, September 29, 2009

AYAM KELIO

resepi dari restoran sri melayu yang disiarkan di majalah rasa....
tengok bahan sama cam rendang je cuma tiada kerisik & ditambah buah keras, bila masak memang rasa macam rendang, rasa lemak2nyer lebih sket mungkin dari buah keras...dengan nasi panas2 sedap jugak ...ermm..kalau dengan nasik impit pun rasanye sesuai...

bahan2 yg diperlukan
1.8 kg ayam potong 10
3 batang serai dititik
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
4 keping asam gelugor
1.5 kg santan pekat
garam gula secukup rasa

bahan kisar

5 biji cili merah
5 biji cili kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil (mama ganti sebiji bawang besar)
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
5 biji buah keras

peraturan

masukan bahan kisar serai, daun limau, daun kunyit masak hingga naik minyak masukan ayam, asam keping, garam dan gula, biarkan ayam empuk dan kuah agak kering

No comments: