Wednesday, August 26, 2009

DALAM KENANGAN


Yang tak terlupakan... 'door gift' ni mama dapat masa Pelancaran Program Syahadah Musim ke-5 di RTM 13 ogos yg lalu, mcm2 jajan ada kat dalam, keropok, gula2, cakar ayam tp macam tak sampai hati nak makan ...mungkin tak kan makan sampai bila2....kerana semasa menunggu pelancaran itulah Ustaz Asri Rabbani rebah dan "pergi tak kembali" sama macam tajuk lagu Rabbani, alunan suara Ustaz Asri menjadi latar program yang sedang disiarkan sepanjang musim puasa ini... teringat setiap tahun kalau ada program berbuka puasa di Hotel Singgahsana pasti ada Ustaz Asri yg melaungkan azan secara live...sungguh syahdu..teringat juga walau berbagai juadah di Hotel tu Ustaz Asri masih membawa kuih yg dibekalkan isterinya...teringat juga walau dijemput hanya seorang dalam satu2 program Ustaz Asri tak mahu berpisah dengan ahli Rabbani yang lain......pasti datang semua......

Ramadan setiap tahun Rabbani bersama Hotel Singgahsana...

Al-Fatihah..semoga rohnya di tempatkan bersama Para Syuhada..a min....

1 comment:

Anonymous said...

al-fatihah utk ustaz asri...

mak teh tak nak makan bagi kat saye jelah kepok tu..hehe macam kenal je tudung saji ngn tikar tuh.. (citikus)