Tuesday, May 5, 2009

SAMOSA MAMA


Samosa ni agak laen sket dr yg dijual kat gerai2 tu ...cuba lihat bahan2nyer...

1 peket kulit popia yg berukuran besar, setiap keping digunting 3 bahagi sama besar
( kalau takder kulit popia leh guna pastri karipap)
1 peket daging kisar yg siap dijual di pasaraya
2 sudu besar jintan putih (jintan halus) dikisar @ tumbuk
dalam 3@4 ulas bawang putih agak2 lah ditumbuk halus
serbuk lada hitam agak2 lah
2-3 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit kiub pati daging
sedikit daun ketumbar dihiris (kalau tak suka boleh ganti daun sop tp x ori la )
garam secukup rasa.
sedikit tepung gandum dibancuh untuk dijadikan pelekat

Bahan2 diatas mama agak2 saje, jadi kalau suka lebih, letak lebih begitu jg kalau nak letak sket pun boleh...(oghe klate kata pandai2 cekegha)

cara-caranya:

Daging digaul jintan putih dan bawang putih yg dikisar dan diramas, kemudian masukan dalam kuali masak hingga air daging kering, setelah daging kering masukan sedikit minyak dan terus menggoreng sekejab kalau daging dah berminyak kerana daging berlemak tak perlu minyak pun tak per, kiub pati daging dan sedikit serbuk lada hitam, angkat daging dari kuali alihkan dalam mangkok biar sejuk baru digaulkan daun ketumbar dan bawang besar(daun ketumbar dan bawang besar tak perlu dimasak atas api) then blehlah dibungkus cam biase pusing2 cam buat ketupat tu...kalau tak pandai nak bungkus lg.. praktis guna kertas putih dulu, tak pandai juga gulung2 cam popia pun boleh.. dah siap jangan lupa letak pelekat kat ujung kalau tk nanti terburai..dah siap leh goreng hingga keemasemasan...nak taw jadi x jadi... bila makan bunyi krup, krap, krup krap krup ...kire jadi la tu he he.

*kalau nak kulit samosa kalian tebal lapiskan dua kulit popia tu...

tiada kulit popia bleh guna pastri macam karipap tu..

kopipes dari
azareena@myresipi.com (TQVM)

Bahan-bahan ( 24 biji )
225g tepung gandum
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sayuran
80ml air suam Inti samosa (ikut selera masing2)
Cara-cara
Satukan tepung dan garam, gaul hingga sekata.
Masukkan minyak sayuran dan air suam, gaulkan hingga menjadi doh.
Uli doh sehingga licin, tutup dengan plastic wrap dah rehatkan selama 30 minit. (suhu bilik)
Bahagikan doh kepada 12 bahagian.
Bulatkan setiap bahagian dan canai menjadi bulatan lebih kurang 15cm diameter. Potong kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian, sapukan air sekeliling tepi pastry dan bentukkan menjadi cone.
Masukkan inti samosa dan lipatkan bahagian yg terbuka, menjadi segitiga.
Goreng dlm minyak sederhana panas, hingga keemasan.
Biasanya, inti samosa ni jenis savory - i.e. kentang, sayur-sayuran, ayam, daging. Tapi boleh juga guna inti manis - i.e. kacang, kelapa, creamcheese etc. Terpulang ikut selera masing2

1 comment:

Suara Perindu said...

Mama, tolong hantar kat saya sepiring. Saya berahi (suka) benor sembosa ni. Oghang Tranung kata semosa.