Wednesday, May 20, 2009

ROTI PITA

KEPELBAGAIAN PITA (ROTI POKET)
Senang , ringkas dan berkhasiat & yg penting ia sangat mengenyangkan, seperti juga sandwich roti pita boleh menggunakan apa saja filling mengikut kreativiti masing2

ROTI PITA CAPATI
200 gm tepung roti
300 gm tepung atta (capati)
1/2 sudu teh garam
1 peket (11 gm) instant yeast
1 sudu teh baking powder
250 ml air
1/2 sudu gula halus
35 gm butter
100 ml susu suam (susu kotak)

cara2nya

Tepung roti, tepung atta, gula halus, baking powder dan yeast digaul rata
Panaskan butter, masukan susu, air dan garam, kacau rata (suam2 saja)
Tuangkan adunan cecair kedalam adunan tepung dan uli sebati.
Perap hingga naik (1 jam gitu) uli lagi kelurkan angin lalu dicanai 1/2 in
terap bulat dan bakar hingga kembang dalam suhu 180 darjah


ROTI PITA ERNA@MyR
bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

DOH ASAS ROTI PITA resipicitarasawan
Bahan-bahan
500gm tepung high protein
15gm gula kaster
20gm shortening
1/2 tsp garam halus
8gm yis segera
280ml air sejuk

Tambahkan
50gm whole meal untuk whole meal pita

Tambahkan
100gm parutan keju parmesan untuk cheese pita

Tambahkan
4 ulas bawang putih di parut halus untuk garlic pita

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik. Masukkan whole meal (atau bahan2 tambahan lain) dan adun hingga sebati.
2. Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit. Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.
3. Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.
4. Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.
5. Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah. Jika roti mengelembung, angkat dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.

ISIAN PITA

PITA RENDANG

300 gm daging cincang
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 batang serai dikisar
1in lengkuas dikisar
1 sudu kecil halia kisar
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya
500 ml santan
1 helai daun kunyit

campur sumer dalam kuali dan masak hingga kering
Bahan hiasan: salad bulat & hirisan bawang besar bombay

PITA TANDOORI
1/2 kg isi ayam di cincang
1 sudu kecil halia kisar>
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu bawang besar kisar
2 sudu besar susu cair
1 sudu kecil lada sulah
bahan perasa
sedikit minyak
sedikit jus lemon

Tumis bawang dan halia
masukkan bahan2 lain dan masak hingga kering, perah sedikit lemon
Bahan hiasan
salad bulat & hirisan bawang besar bombay
Lemon


PITA VEGETARIAN
250 gm salad bulat hiris
2 tomato hiris bulat
100 gm mixed vegetable
50 gm cendawan butang dihiris
1 biji bawang besar bombay di hiris bulat
1/2 botol mayonaise
gaul semua

Pita vegetarian dimakan dengan sos pita
SOS PITA
3 sudu besar cili merah kisar
1 biji bawang putih
3 sudu besar sos tomato
2 sudu gula
garam
sedikit minyak

Tumis bawang putih dan cili kisar hingga wangi masukan sos tomato, garam dan gula
masukan sedikit air


penghargaan untuk :

ERNA@MyR
resipicitarasawan


No comments: