Friday, May 29, 2009

HOME MADE ICE CREAM


Tiada yg lebih nikmat selain dari mengecapi ais krim di tengah cuaca panas....pergh !!!..
lagi la bes kalau menikmati ais krim yg sendiri bikin, nikmatnyer berlipat kali ganda u!!
n3 ni mama nak share resepi ais krim yg mama belajar lama sgt dah dolu, dah ingat2 lupa...sebenarnyer gi belajar wat ais krim kek...jd belajar lah wat ais krim juga....

bahan-bahan
2 cawan coffee mate
1 cawan susu cair
1 cawan krim segar (fresh cream) - leh tukar santan/susu cair/susu segar/yogurt/ whipping cream( rich) ikut kesesuaian
1 ½ oz gula halus
(Kalau nak yg kental ( keras) masukan 1 sudu teh gelatin halal, campur dulu dalam 1 sudu air sejuk dan lepas tu kacau dengan 1 sudu air panas) tp tak mo letak gelatin pun tak per.
cara-cara
campur semua bahan bersatu dan rata, dingin bekukan selama 4 jam
keluarkan dari peti sejuk dan putar pakai mixer hingga kembang selama lebih kurang 20 minit, ( lama nye…nak bg gebu kot) tambah perasa atau sebarang bahan lain yg disukai , deroyan ke, jagung ke , vanilla ke… jgn taruk cili dah le …dingin bekukan lg sehingga digunakan
tips membuat ais krim
1. mangkok yg diguna mesti lah bersih dari minyak
2. untuk membuat ais krim yg gebu dan lembut tukar krim segar (fresh cream) dengan susu segar tetapi masa memutar ais krim menjadi lebih lama

AIS KRIM KACANG MERAH MAT GEBU@MyR (kopipes)

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

* 270 g coffemate (creamer tepung)
* 500 ml susu segar
* 100 g gula halus (gula kastor)
* 1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

 halalkan & tqvm ye CMG

AISKRIM JAGUNG
Sumber: Murnie/Diana

Bahan-bahannya
2 1/2 cawan creamer coffeemate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya
1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.

Nota: kata D ia  menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya secukup rasa.


1 comment:

Abang Putra said...

Dulu zaman budak2 sukalah. Kini badan dah tembam, kuranglah sikit. hehehe