Monday, July 26, 2010

CUCUR BADAK

apapasal dinamakan cucur badak ek? rupa dan sifat macam tak ada kaitan pun..pelik! pelik! pelik sungguh!


bahan inti


kisar semua bahan berikut:
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 batang serai
30 gm udang kering
sedikit kunyit
2 sudu besar jintan manis

300 gm kelapa parut putih
100 gram udang hidup dicincang
minyak untuk menumis
gula dan garam secukup rasa

panaskan minyak dan tumis bahan kisar ~ wangi dan kering
masukkan bahan perasa dan kelapa goreng kering
sejukkan sebelum digunakan

bahan doh

600 gm bi keledek ~rebus~lecek
1 cawan tepung gandum ~ agak2 ~ jangan campurkan semua sekali
secubit garam

cara2nya

ubi lecek diuli menjadi doh lembut lalu dibulat2kan
kemudia leperkan dan isikan inti dan bulatkan balik tekan supaya leperkan sedikit, hiaskan dengan seekor udang ~ sebelum letakkankan udang basahkan sedikit dengan air
goreng garing dan siap utk dihidangkan

Saturday, July 24, 2010

BISKUT SUSU

untuk yang gemar perisa susu ..gebus dan lemak berkrim





bahan-bahan

250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis
1 sudu baking powder
butter secukupnya
kelapa kering diwarnakan hijau
ceri hijau

cara-cara

gaulkan tepung + susu sedikit2 secukup lembut
bila tepung dan susu dah sebati tambah butter utk menjadi doh
bulatkan hias dengan taburan kelapa dan ceri hijau
bakar dlm oven 180 +- 15 minit udah masak sejukkan dulu baru alihkan dari dulang pembakar



Friday, July 23, 2010

TALAM QASIDAH

belah-belah utara sana selalu jumpa la kuih ni...
boleh dibakar tapi lepas tu depa tukaq nama jadi bengkang tumis ... nak mekapkan jadi hijau pun boleh ~ tambah saja air pandan tapi sukatan cecair biar sama


bahan-bahan

4 cawan tepong gandum
8 cawan santan
1 cawan gula pasir
8 ulas bawang kecil
1/4 cawan minyak masak
4 biji telor
secubit garam
sedikit pewarna kuning

peraturan

panaskan kukusan terlebih dahulu
satukan tepong, gula, santan, telor dan perwarna kuning kacau rata dan tapiskan ke dalam loyang..ketepikan.
bawang di mayang dan goreng dengan 1/4 cawan minyak hingga garing & kuning keemasan tuangkan panas-panas kedalam adunan tepung dengan minyaknya sekali.
kacau rata dan kukus selama 45 minit.Buka penutup kukusan..biarkan sekejab hingga wapnya kering, baru lah di tutup apinya

Tuesday, July 20, 2010

KUIH BOM / ONDE-ONDE

kalau tak nak dia meletop jgn. panggil dia kuih bom ~ panggil saja onde-onde :)



bahan-bahan

320 gm ubi keledek/kentang - rebus
360 gm tepung pulut
80 gm tepung gandum
100 gm gula pasir (x suka manis kurangkan saja)
1 sudu teh garam
200 ml air
secukup bijan
secukup inti kelapa/kacang merah/kacang hijau (suka ati)

peraturannya

ubi rebus dilenyek masa panas2
bila agak suam masukkan tepung2, gula, garam dan air
uli sebati ~ hingga lembut
bahagi2kan 30 gm setiap satu, leperkan masukan inti
bulat2kan lalu digolek pada bijan
goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga keemasan

inti kelapa

200 gm gula merah
100 gm gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan
500 gm kelapa parut putih melepak
2 sudu besar tepung pulut
1 sudu teh garam halus

masak gula, daun pandan ~ tapis
masukan kelapa ~ kacau sebati akhir sekali masukan tepung pulut
kacau sebentar, angkat ~ sejukkan baru digunakan



Monday, July 19, 2010

SUDAHLAH MENGGIURKAN ~ BERKHASIAT PULA


enak & baik dimakan ketika basah mahupun kering, menurut kajian anggur mengadungi khasiat yg tinggi ~ berguna utk kesihatan jantung dan mengatasi masalah pencernaan, ia juga mampu menghalang sel kanser yang sedang bertunas, namun sebaik2nya makanlah anggur segar bukan suplemen bagi mendapat manfaat ini.
bagi mereka yg menghadapi masalah tidur anggur makanan yg sesuai kerana kajian juga mangatakan melatonin dalm anggur boleh membuatkan anda tidur pulas

sumber: Berita Harian

Saturday, July 17, 2010

CHICKEN CORDON BLEU

cakap perancis sepatah hagham tak taw...makanan perancis suka bukan main ...:)


resepinya

A
peha/dada ayam yg dibuang tulang
kepingan chicken ham
kepingan cheesdale

B
cendawan butang segar/tin
bawang putih
bawang besar
sedikit serbuk lada hitam
guna sedikit butter goreng sekejab bahan2 B yg telah didadukan cincang kasar

C
telor
tepung gandum
white/fresh bread crumbs

bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. (tapi jika suka bahagian kulitnya tak perlu buang) dgn pisau yg tajam potong leper isi ayam.
lapiskan kepingan cheese, kepingan chicken ham & bahan B dan gulung ~ jika nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut, biarkan sebentar.
celup dalam telur yg dipukul, salut dgn tepung celup lagi & salut ngan bread crumbs untuk mengelak ia kurang masak sebelah dalam, bakar dulu dlm oven bersuhu 200 c +- 10 minit
kemudian baru goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana hingga keemasan & garing

untuk betul2 jd Perancis hidangkan dengan supreme sauce
kalau mama ngan sos cili pun ok je.. ngan sos pizza homemade tu pun jadik!!

atau boleh hidangkan dengan sos lada hitam

resepi supreme sauce

¼ cawan mentega
¼ cawan tepung
1 ½ cawan stok ayam
½ cawan krim
¾ sudu teh jus lemon
garam dan lada hitam

letakkan mentega dalam periuk, biar sampai mencair dan mendidih, tambah tepung dan kacau sampai tercampur rata, kemudian tuangkan pada secara berperingkat sambil diaduk terus krim dan stok ayam, biarkan mendidih dua minit, tambah lada, jus lemon dan garam


resepi sos lada ~ Dari dapur acik_yarn kat MyR (TQ)

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
* tepung jagung(standby)

cara-cara

cairkan butter dengan api kecil.
apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
masukkan kiub ayam dan kacau.
masukkan air tadi dan kacau. tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). kacau hingga sebati.
tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. kacau hingga menggelegak.
jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat, apabila sejuk sos akan lebih likat.


KUIH TIRAM



ada yang memanggil kuih ni kuih lidah buaya, ish lidah buaya macam ni ke?,
nak kata macam tiram pun tak jugak...pernah dengar orang panggil kuih layang2 sukahatilah yg pasti sedap dibuat kudapan tak kira bila dan di mana jua ...resepi dapat kat umah Cek Mat Gebu ..Cek Mat kata dia dpt dr Fidah terimakasih & setinggi2 penghargaan utk penyumbang2 yg terlibat


500 g tepung gandum
1 biji telur gred A, dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih)
Gula secukupnya untuk menyira @ gula kaster untuk menyalut
minyak untuk menggoreng

untuk pes
6 camca besar tepung jagung / tepung ubi
6 camca besar minyak masak ~ disatukan dan kacau hingga menjadi pes

cara membuatnya

bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.

gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. bulatkan dan bagi kepada 3 bahagian ambil satu bahagian, canai tarik2 nipis macam roti canai dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).

kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll, potong2 lebih kurang 1.5 cm ambil satu bahagian canai nipis memanjang

goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kuning keemasan, angkat dan
toskan minyaknya atas paper towel sira atau salut dengan gula kastor.

* mama atiq pernah tengok cikgu kemas ajar ~ pes tepung tu di goreng sekejab dan tepung yg diguna tepung ubi

Thursday, July 15, 2010

NAIK DAN NAIK LAGI...

mulai esok 16 julai kos sara hidup bertambah tinggi la nampaknya... petrol, gas dan gula naik harga...jangan naik angin ye...
nampak gaya kena kurang2kan manis pd makanan...manis2kan muka ajalah.....





PESONA CHEF WAN

sejak beberapa hari ni lepas nonton From the Garden to the Kitchen di AFC
mama asyik dok terkenang-kenang je...terpesona ngan chef wan? bior benor!... hilang akal?
chef wan yg awet mude tuh menyediakan 2 menu ~sayur brokoli ngan pumpkin rice pudding

pumpkin rice pudding ~hidangkan ngan sos cili ~yummi! yummi!

hias cantik-cantik cek senah! kalau ko biar berselerak tak berselera nanti..lebih kurang gitulah kalau chef wan berceloteh

jangan masak lama-lama nanti brokoli ni lunyai memang tak sedap!!

owh!! memang tak rugi mama menggemarinya....kiranya ko sgt berkhasiat

inilah yg buat ku terkenang-kenang ~ periuk kukus yg chef wan guna tu...cantikla ~ berbentuk 4 persegi ... chef wan beli kat mana ye? ada sapa-sapa taw?

nampak tak? ...ala banyak acuan kite bentuk persegi kalau ada periuk kukus gini kan bagus!!



Monday, July 12, 2010

KERABU TIMUN (KELANTAN STAIL)



kebetulan hari ini hidangan tengahari mama ialah ikan bakar cecah air asam jd mama sediakan juga kerabu timun senang kerja sebab kerabu stail kelantan ni menggunakan ikan bakar...

bahan-bahan

2 biji timun diparut/cincang ~ empulur & biji dibuang
2 ekor ikan kebung bakar / rebus pun ok
3 atau 4 biji bawang kecil
1 sudu lada hitam atau agak2 la
1/2 biji bawang besar dihiris
sebiji cili merah dihiris
jus limau nipis cecukup rasa
garam dan sedikit gula
sedikit santan pekat
sedikit kerisik (optional)
sedikit hirisan daun kesum (optional)

cara-caranya

tumbuk lada hitam dan bawang kecil, tumbuk juga isi ikan dan gaul semua dengan bahan lain, kalau tak suka kerabu berkuah timun yg dicincang harus diperah keluarkan airnya dan santannya sedikit sahaja, hidangkan segera ....
kerabu ini tidak sesuai disimpan lama kerana menggunakan santan mentah
mama suka tambah sedikit daun kesum kerana suka ngan aromanya yg khas,membangkitkan rasa..kalau tak nak letak pun ok je..


Saturday, July 10, 2010

SAMBAL GORENG CENDAWAN


masakan yg berasaskan cendawan memang kegemaran mama..tak kira la cendawan goreng ke sop cendawan ke...pernah kawan mama pesan jgn makan cendawan sbb mama ada penyakit semput..tp buat x taw jer...ada gak semput tu dtg selepas melantak cendawan...mungkin betul kot pesan kawan tu...

teman opis mama bila balik dr kampung pasti bawa makanan yg sedap2 termasuk sambal cendawan ...bila mama gi pasar nampak cendawan yg segar tu nak cuba la goreng macam tu ...bolehla ...agak jadi jugala macam yg mak dia buat cuma mama ni malas nak menyiat cendawan tu halus2 jd tak lah cantik macam yg ori..

bahan2nya
sukatan agak2 je ikut citarasa..

cendawan basuh dulu & disiat halus

beberapa biji telur
cili kering
bawang kecil / bawang besar
sedikit halia
minyak untuk menumis
garam & gula
mama masukkan sedikit serbuk ikan bilis

cara2nya
cendawan biar kering ~ perah betul2 kalau x penat nak goreng sampai kering
kisar cili kering, bawang dan halia lalu ditumis wangi dan garing cam sambal tumis tu, perisakan dgn garam & gula & masukkan cendawan dan goreng lagi ~ pastu ketepikan cendawan pecahkan telur ditengah2 kuali dan goreng sampai betul2 kering
sedap taw mama suka ratah cam tu saja

Thursday, July 8, 2010

JEMPUT-JEMPUT KULIT ROTI

Salam untuk yg berkunjung ...walaupun rumah mama ini dah agak usang, tak berkemas....masih lg ada yg bertandang ...terimakasih banyak....apakata mama jemput minum teh dan makan jemput-jemput kulit roti...zaman barang dapur mahal ni jangan kita membazir ..jd kita kitar semula apa yg boleh dikitar semula...tak gitu?



bahan-bahan

150 gm kulit roti (tak kulit pun boleh juga)
25 gm tepung gandum
200 ml air
daging cincang atau isi ayam atau udang cincang secukupnya
2 biji telor
2 biji cili merah dihiris halus
2 sudu rempah kari
daun sop dan daun bawang secukupnya
minyak utk menggoreng

hancurkan kulit roti dengan air + tepung gandum
kalau guna daging cincang keringkan dulu airnya dlm kuali
~gaul sebati kesemuanya dan goreng seperti jemput2 lain hingga keemasan
hidangkan dengan sos cili


Thursday, May 6, 2010

KEK GULA HANGUS

Ada orang panggil kuih ni apam gula hangus ...yg mana satu ek..agakmya adunan yg sama bila kukus jadi apam, bila bakar jadi kek, apa2 pun yg pastinya mesti pakai gula hangus...resepi ni dpt dari internet tp x ingat sumber dari siapa kerana dah terlalu lama..minta halal dan penghargaan pd tuan empunyer...


bahan-bahan yg diperlukan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

peraturan:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam, Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam (guna api bawah 40 minit 20 min api atas & bawah)

Saturday, April 24, 2010

KEK KEJU OREO LEMON



Resepi kek keju oreo lemon ni mama angkut dari blog Chef Azli,..kalau ada yg masih ingat atau biasa menonton program Maggi mencari bintang di TV3 suatu masa dulu tentu ingat pada Chef Azli yg menjadi juara dan bintangnya...suka tengok chef Azli ni comel je orgnya, pandai memasak...bertuah kalau dpt buat menantu he heh...gambar kat bawah ni ialah cover buku masakan pertama yg ditulis oleh Chef Azli... ada dipasaran dengan harga RM18...
resepi kek keju oreo lemon ni mama kopipes dr blog Chef Azli kalau nak jalan2 ke blognya bolehlah ke SANA

Bahan-bahan A

lapisan bawah

3 paket biskut oreo-kisar/hancurkan sehingga halus
180gm mentega-dicairkan (sekira tak cukup tambah aja)

Bahan bahan B (kek)
375 gm krim keju ( jenama philadelphia)
65 gm mentega
110gm gula kaster
3biji kuning telur
3 biji telur putih
30gm susu cair
80gm krim putar
1/2 biji jus lemon
1 biji kulit kulit lemon-cincang halus
1/2 sudu teh pes lemon
2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara penyediaan

1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
2.campurkan semua bahan-bahan A dan gaul sehingga boleh dikepal. Padatkan atas acuan kek keju. Sejukkan.
3.Pukul mentega, keju, gula, sehingga kembang.
4.Kemudian masukkan telur kuning dan kacau sebati.
5.Campurkan jus lemon, pes lemon dan kulit lemon dengan susu dan cream.
6.Kemudian masukkan dalam adunan kek. Kacau rata. 7.Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga agak sebati.
7.Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga agak sebati.
8.Tuangkan adunan kek dalam acuan yang mengandungi lapisan biskut oreo tadi.
9.Balut bawah acuan kek dengan plastik wrape/ aluminium foil supaya air tidak masuk semasa membakar dan bakar atas dulang yang berisi air selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan.
10.Kemudian, hiaskan dengan krim putar dan cebisan biskut oreo.

Thursday, April 22, 2010

ROTI & KUZI AYAM

Nak kurengkan makan nasi...(^_^)

ROTI
Resipi ni angkut dari My Resipi ... disumbangkan oleh Kak Fida diva masakan di laman MyR tu...utk detail leh gi ke sini terima kasih banyak Kak Fida

Bahan-bahan

* 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
* 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
* 1 sk rata garam
* 2 sb susu tepung (opt)
* 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
* 1 biji telur
* 250 ml air
* 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
2.Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
3.Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
4 Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
5.Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
6.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
7.Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.


KUZI AYAM
ni juga mama angkut dari My Resipi (sini)...sumbangan Zaliana yg x kurang juga hebatnya kalau memasak...Kata Zaliana resipi ni resipi bondanya..siap ngan rempah ratusnya lagi...terimakasih banyak kepada keduanya kerana sudi berkongsi resipi yg hebat ini

Bahan-bahan


* Bahan A- (Rempah)
* 1 sudu teh jintan manis
* 1 sudu teh jintan putih
* 1 sudu teh lada hitam
* 6 kuntum bunga cengkih
* 1 inci kulit kayu manis
* 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
* 1 kuntum caber
* 2 kuntum bunga lawang
*
* Bahan B
* 800 gram - 1kg ayam
* sedikit saffron
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu besar garam
* 1 inci halia
* Minyak sapi untuk menggoreng
* Bahan C
* 150 gram bawang besar
* 20 gram kepingan badam
* 1/2 cawan kacang tanah
* 40 gram kismis
* 1 ketul hati ayam-rebus dahulu (mama tambah pedal)
*
* Bahan D
* 3 hiris lengkuas
* 2 hiris halia
* 1 batang serai
* 1 biji limau nipis
* 2 ulas bawang putih
* 200 ml susu sejat
* Sedikit saffron
* 1/2 cawan penyukat sos tomato
* 700 ml air
* 1 1/2 sudu teh garam
* 2 sudu teh gula

Cara-cara

1.Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
2.Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.
3. Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.
4.Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
5. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
6. Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
7. Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
8. Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun Kak Fida