Thursday, April 22, 2010

ROTI & KUZI AYAM

Nak kurengkan makan nasi...(^_^)

ROTI
Resipi ni angkut dari My Resipi ... disumbangkan oleh Kak Fida diva masakan di laman MyR tu...utk detail leh gi ke sini terima kasih banyak Kak Fida

Bahan-bahan

* 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
* 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
* 1 sk rata garam
* 2 sb susu tepung (opt)
* 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
* 1 biji telur
* 250 ml air
* 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
2.Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
3.Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
4 Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
5.Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
6.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
7.Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.


KUZI AYAM
ni juga mama angkut dari My Resipi (sini)...sumbangan Zaliana yg x kurang juga hebatnya kalau memasak...Kata Zaliana resipi ni resipi bondanya..siap ngan rempah ratusnya lagi...terimakasih banyak kepada keduanya kerana sudi berkongsi resipi yg hebat ini

Bahan-bahan


* Bahan A- (Rempah)
* 1 sudu teh jintan manis
* 1 sudu teh jintan putih
* 1 sudu teh lada hitam
* 6 kuntum bunga cengkih
* 1 inci kulit kayu manis
* 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
* 1 kuntum caber
* 2 kuntum bunga lawang
*
* Bahan B
* 800 gram - 1kg ayam
* sedikit saffron
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu besar garam
* 1 inci halia
* Minyak sapi untuk menggoreng
* Bahan C
* 150 gram bawang besar
* 20 gram kepingan badam
* 1/2 cawan kacang tanah
* 40 gram kismis
* 1 ketul hati ayam-rebus dahulu (mama tambah pedal)
*
* Bahan D
* 3 hiris lengkuas
* 2 hiris halia
* 1 batang serai
* 1 biji limau nipis
* 2 ulas bawang putih
* 200 ml susu sejat
* Sedikit saffron
* 1/2 cawan penyukat sos tomato
* 700 ml air
* 1 1/2 sudu teh garam
* 2 sudu teh gula

Cara-cara

1.Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
2.Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.
3. Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.
4.Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
5. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
6. Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
7. Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
8. Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun Kak Fida


No comments: