Thursday, June 11, 2009

IKAN TIGA RASA

lagi masakan ala Thailand

I ekor ikan (siakap, kerapu, bawal, kembong pun ok)
2 ulas bawang putih
2 biji cili api
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 potong nenas

1 sudu pes cili (cili kisar, cili boh)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan thailand (nampla)
1 senduk stok rebusan tulang ayam dan sebagainyer (mama guna air je)
nak rasa macam kat kedai letakkan ajinomoto (mama x letak)
garam, gula
1 sudu susu pekat ( cam pelik la tp mama tengok org thai tu memang letak susu pekat)
minyak untuk menumis
kalau suka boleh masukkan hirisan serai dan daun limau purut

goreng ikan hingga garing ( elakkan kan ikan melekat lumur sedikit tepung pada ikan)

ketuk bawang putih dan cili api...tumis sekejab masukkan lain2 kacau hingga wangi dan sebati....curahkn atas ikan yang digoreng, sedap dimakan ketika masih panas

BAULU CERMAI



Tak payah tunggu raya la...kita buat untuk minum petang...

bahan-bahannya

300 gm telor (5 biji telor)
300 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1 sudu teh vanilla oil (untuk hilangkan hanyir...org dolu2 tak letak pun)
1 sudu teh ovalett (orang dolu2 tak letak pun)
sedikit minyak untuk mengoles acuan
sedikit pewarna kuning (tiada pun takper)

cara-caranya

tepung gandum disangar (goreng tanpa minyak) 5 - 10 minit atau hingga tepung ringan
sejukkan dan diayak
telor gula, ovalett dipukul hingga naik dan pekat
ambil 150 gm adunan telor campurkan 50 gm tepung gandum kacau rata
oles acuan dengan minyak dan panaskan, tuang kan adunan dalam 3/4 penuh,
bakar dalam oven 7-10 minit 160 darjah C, ulangi hingga adunan selesai ...kalau nak baulu klasik bakar pakai bara api atas dah bawah...macam orng dolu2 pakai bara arang atau sabut...:)

Wednesday, June 10, 2009

APA KES

kenapa semua gambar kat blog mama ilang...sangat-sangat sedey

SmileyCentral.com

naper ar ?... lebam la mama nak upload balik sumer gambar2 tu...

SmileyCentral.com

uwaaaa!!!!!!!! ader gambar2 mama dah delete pong....mana nak carik ...uwaaaaa!!!!

SmileyCentral.com

Sunday, June 7, 2009

CLAYPOT YEE MEE

untuk anak2 dara juga mak dara yg malas cuci pinggan leh masak claypot yee mee cos ia dimakan terus dari periuk... ish2 ish anak dara malas cuci pinggan...saperla nak wat menantu...



kena buat stok nyer dulu

seekor tulang ayam (baca betul2)
sekeping ayam bahagian dada
bahan perasa (garam, gula dan sebagainyer)
1 sudu kecil ladda sulah (mama guna ajishio)
2 liter air (7-8 cawan)
1/2 batang celery
kalau suke leh letak 1/2 batang lobak merah dan 1/2 batang lobak putih

rebuskan bahan2 di atas hingga didih ,tutup periuk perlahankan api biar daging ayam lembut

bahan untuk mee

(untuk satu claypot guna 1 sanggul mee)
1/2 kg sayur sawi
dada ayam yg direbus tadi dicarik-carik
1/2 kg udang buang kulit dn rebus sekejab
sedikit lada sulah
sedikit minyak bijan
daun bawang
telor
bawang goreng

cara-cara memasak mee

masukkan mee dalm claypot, curahkan stok tadi letakkan atas dapur dan hidupkan api
masukkan sawi, isi ayam, udang, lada sulah, minyak bijan dan daun bawang bila mendidih pecahkan sebiji telor , biarkan sekejab dan boleh terus dihidang...
biasanye claypot yee mee dihidangkan dengan potongan cili padi dalam kicap cair dan cili jeruk....

guna claypot camni cantik gak dok atas meja

Saturday, June 6, 2009

KUE TAKO



mudah disediakan dan sedap dihidangkan sejuk2 dari esbox...keranggupan water chestnut tu yg best... sangat sedap dihidangkan waktu berbuka puasa...

bahan-bahannya

bottom layer

50 gm tepung greenpeas/hongkwee putih (ada dikedai2 bahan kek)
150 gm gula pasir
15 biji water chestnut dikupas dan dicincang atau kiubkan kecil2
480 ml air (kalau nak hijau dan wangi guna air pandan)

campur semua dan masak hingga jernih dan dan agak pekat cepat2 tuangkan dalam acuan daun pandan mesti panas2 sbb adunan ni akan cepat membeku apabila sejuk

upper layer

50 gm tepung greenpeas/hongkwee putih
720 ml santan
1/2 tsp garam

cara-caranya

campur semua dan kacau hingga masak (slightly thick) dan cepat2 sudukan di atas adunan pertama tadi dan sejukkan. kalau buat kue ni mama suka guna santan yg diperah dari kelapa parut yg putih bersih...len la kalau guna santan kotak yg memang dah putih...

waterchestnut (berangan air) ada dijualkat pasar raya dan pasar cina


cara-cara nak buat acuan tako...sonang jo

Thursday, June 4, 2009

APOM LENGGANG

untuk minum petang...pekena ngan teh atau kopi panas2...garing2 ranggup..kat tepi tu... pergh...citer pun tak guna...

apom lenggang nih mudah dapat kat belah2 utara... kedah ngan penang sana...rasanyer lemak2 manis...di pasar pagi kat bangsar, Kl, mama ade gak nampak owang india buat kue ni tp rasa nyer cam masam2 sket...guna kuali yg paling kecil, jgn lupa masa nak buatnyer kena lenggang kiri,lenggang kanan dan lenggang sekeliling...

resepi nyer mama kopi pes dari...http://kak-rusnah.fotopages.com (TQVM) sedap2 menu kak rus...

Ini resepi asalnya:
300 gm tepung beras cap gajah/bunga ros
240-270 ml santan
3/4 sk yeast segera
3/4 sk garam
60 gm gula
1/2 cawan nasi
(mama tambah 1 bijik telor)

Cara membuatnya

1. Kisar semua bahan dan perapkan selama 45 ke 1jam.Sesudah diperap kacau dan tambahkan santan cair dan telor, tambahkan santan kalau masih cair...
2.Lenserkan kuali dengan minyak dan tuangkan sesenduk adunan lalu dilenggang samarata bentuk bulatnya.Tutup kuali.
3.Dengan menggunakan spatula logam kuis-kuiskan tepinya dan angkat apom tersebut.
4.Bila tinggal separuh adunan kak rus masukkan 1 biji telur yang dipukul terlebih dahulu.Disebabkan power yeast semakin berkurang kak rus masukkan sedikit baking powder.Buatlah proses ulangan melenggang apom sampai selesai.

Tuesday, June 2, 2009

KERABU MANGGA

Versi Thailand
pedas2, masam2,masin2,manis2 sedap wo!!!


bahan2nyer main cekau2 je...1 biji mangga muda diparut, 2 biji cili api,se urat kacang panjang, segenggam kacang tanah goreng, segenggam udang geragau, (udang kering pun ok) 1 @ 2 ulas bawang putih, sebiji tomato, sos ikan thailand (nampla) jus limau nipis,gula @ gula melaka secukup rasa


kelentung,kelentang, kelentung, kelentang...siap...takder lesung kayu tenyeh jer kat lesung batu tp jangan sampai lunyai lak....

Saturday, May 30, 2009

ROTI OH ROTI

orang cakap lembut dan gebus je roti dr kilang ni...lu tengok lu fikirlah sendiri...wa kalau nak makan wa buat sendiri...



Dato' Dr. Ma'amor Osman s/usaha agung persatuan pengguna Islam malaysia(PPIM)anda leh dapatkan byk maklumat di PPIM :http://www.muslimconsumer.org.my



renung2kan lah he heh..


emsem juga mat bangla yg keje kat sini eh


antik dan alkarat belake peralatan yg diguna

Friday, May 29, 2009

HOME MADE ICE CREAM


Tiada yg lebih nikmat selain dari mengecapi ais krim di tengah cuaca panas....pergh !!!..
lagi la bes kalau menikmati ais krim yg sendiri bikin, nikmatnyer berlipat kali ganda u!!
n3 ni mama nak share resepi ais krim yg mama belajar lama sgt dah dolu, dah ingat2 lupa...sebenarnyer gi belajar wat ais krim kek...jd belajar lah wat ais krim juga....

bahan-bahan
2 cawan coffee mate
1 cawan susu cair
1 cawan krim segar (fresh cream) - leh tukar santan/susu cair/susu segar/yogurt/ whipping cream( rich) ikut kesesuaian
1 ½ oz gula halus
(Kalau nak yg kental ( keras) masukan 1 sudu teh gelatin halal, campur dulu dalam 1 sudu air sejuk dan lepas tu kacau dengan 1 sudu air panas) tp tak mo letak gelatin pun tak per.
cara-cara
campur semua bahan bersatu dan rata, dingin bekukan selama 4 jam
keluarkan dari peti sejuk dan putar pakai mixer hingga kembang selama lebih kurang 20 minit, ( lama nye…nak bg gebu kot) tambah perasa atau sebarang bahan lain yg disukai , deroyan ke, jagung ke , vanilla ke… jgn taruk cili dah le …dingin bekukan lg sehingga digunakan
tips membuat ais krim
1. mangkok yg diguna mesti lah bersih dari minyak
2. untuk membuat ais krim yg gebu dan lembut tukar krim segar (fresh cream) dengan susu segar tetapi masa memutar ais krim menjadi lebih lama

AIS KRIM KACANG MERAH MAT GEBU@MyR (kopipes)

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

* 270 g coffemate (creamer tepung)
* 500 ml susu segar
* 100 g gula halus (gula kastor)
* 1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

 halalkan & tqvm ye CMG

AISKRIM JAGUNG
Sumber: Murnie/Diana

Bahan-bahannya
2 1/2 cawan creamer coffeemate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya
1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.

Nota: kata D ia  menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya secukup rasa.


Thursday, May 28, 2009

ICE CREAM OH ICE CREAM

The ice cream flavor you choose says a lot about your personality
ye ker nih? antara percaya dan tidak, fenomena ini telah diteliti dan dikaji…

Ingin tahu bagaimana diri anda? karakter anda? ala kite suke2 je nengok hasil kajian dan penelitian yg dibuat oleh toke kedai ais krim di AS …. betul ke atau hampir2 betul? atau tarak sket habuk pun… jom layann...

Vanilla: anda termasuk orang yg
menyukai warna hidup, sayangnya kadangkala anda kurang bijak mengawal diri dengan selalu mengikut kata hati, memiliki kekuatan dan harapan yg tinggi utk mewujudkan setiap keinginan anda

Coklat: kalau ais krim coklat menjadi pilihan anda, bersyukurlah kerana anda seorang yg kreatif, mencintai kehidupan, menarik dan penuh tarikan. Penggemar ais krim coklat sangat suka menjadi pusat perhatian dan sangat membenci rutin yg sama

Ais krim dengan taburan kacang: wow !! anda adalah seorang ‘perfectionist’ selalu berhati2 mengambil tindakan, ‘detail orieanted’ dan penuh etika, menyukai persaingan yg positif dan agresif berolahraga


Banana Split: ‘easygoing’ dan selalu berfikiran positif kpd setiap orang, sangat pentingkan kejujuran dan simpati

Strawberry: allallllaalllallla…, penggemar ais krim perisa ini merupakan golongan orang yg pemalu, tertutup, tidak memiliki emosi yg kuat dan teliti dalam setiap tindakan

Ais krim dengan taburan coklat chip: anda adalah orang yang bercita2 tinggi, menyukai persaingan, menarik dan memiliki kehidupan sosial yg bagus

Eh! Eh mana perasa deroyan yg mama suke, takkan mama takder karektor kot…
O ye, mama suke sumer2 perisa kat atas jadi mama ni yg sedang2 saja kot…:)

SUMBER MAJALAH RASA

CHICKEN PIE

petang ni ader chicken pie...jom minum petang ngan chicken pie kalau kenyang tak yah makan nasi malam ni...sebenornyer mama lebih suke inti yg campur sop cendawan tu tp tak perlah len kali buat yg tu plak...



bahan-bahannya pastry
300 gm tepung gandum
150 gm margarine
1 sudu kecil garam
50 gm gula icing
5 - 7 sudu air sejuk
cara-caranya
gaul tepung, garam dan margarine menjadi serbuk masukan air sedikit demi sedikit dan gaul menjadi sebuku doh, rehatkan sekejab dalm 5 minit sebelum di canai kedlam acuan pie, bahagi 2 pastri bahagian dalam acuan lebihkan, masukan inti letak pastri utk cover atas acuan seal keliling hias ikut selera dan glaze dgn telor yg dipukul
Intinya
2 cawan isi ayam yang dicincang
1 cawan kentang dadu
1 cawan sayur campur (yg ada karot ngan green peas tp mama tukar ngan cendawan butang)
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung jagung
1 labu bawang besar didadukan
3 ulas bawang putih
5 biji telor puyuh di rebus (mama tak letak pun)
sedikit garam, gula
cara-caranya
tumis bawang putih hingga harum masukan bawang besar dan isi ayam, goreng hingga kering air, masukan serbuk lada dan lain2 bahan, masukan air dan biar hingga kentang empuk, akhir sekali masukan tepung jagung yg di bancuh dengan sedikit air..masak hinggga pekatglaze atas pie dengan telor yg dipukul, mama suke2 je tabur origano utk hiasan bakar hingga keperangan dalam 30 - 45 minit
* untuk pastry leh guna ready-made puff pastry yg dijual di pasaraya

Sunday, May 24, 2009

BABY ENGKU ALEESYA YANG GLEMER

BIAR GAMBAR YANG BERCERITA...LAYANNZZZZ!!!!

Friday, May 22, 2009

LAKSA THAILAND


asyik laksa penang, laksa kedah apa kata kita tukar selera ngan laksa thailand

1 bungkus laksa direbus
600 gm ikan kembung direbus dan ditumbuk isinya
1 senduk kecil cili kering kisar
belacan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 in lengkuas
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
150 gm santan pekat
daun selasih / daun kemangi / sweet basil
bunga kantan
daun limau purut
asam keping secukupnyer
gula, garam perasa

kisar bawang besar, bawang putih,, kunyit, lengkuas, halia, serai dan cili padi
tak payah tumis, masukan semua dalam periuk bersama isi ikan dan santan dan panaskan menggelegak masukan asam keeping dan bahan perasa, masukan daun limau purut, bunga kantan dan daun selasih / kemangi / sweet basil

ulam-ulaman
timun, kacang panjang, tauge, bawang besar, daun selasih,, bunga kantan dan salad kobis dan hirisan limau nipis.

SUMBER: CIKGU KEMAS

APAM COMEL



emmm nasik yg tak abis tu jangan dibuang, leh buat apam yang comel2 ni...makan ngan kelapa parut yg digaul sedikit garam..sedap!!

TQVM cikgu Nita yang sudi berkongsi resepi di MyR

Bahan-bahan ( 30 biji )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam

Cara-cara
Mesin nasi bersama air sehingga halus. Masukkan semua bahan campuran bubur nasi.
Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam. Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat. setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas. Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

SUMBER
cikgunita@myresipi.com

Wednesday, May 20, 2009

ROTI PITA

KEPELBAGAIAN PITA (ROTI POKET)
Senang , ringkas dan berkhasiat & yg penting ia sangat mengenyangkan, seperti juga sandwich roti pita boleh menggunakan apa saja filling mengikut kreativiti masing2

ROTI PITA CAPATI
200 gm tepung roti
300 gm tepung atta (capati)
1/2 sudu teh garam
1 peket (11 gm) instant yeast
1 sudu teh baking powder
250 ml air
1/2 sudu gula halus
35 gm butter
100 ml susu suam (susu kotak)

cara2nya

Tepung roti, tepung atta, gula halus, baking powder dan yeast digaul rata
Panaskan butter, masukan susu, air dan garam, kacau rata (suam2 saja)
Tuangkan adunan cecair kedalam adunan tepung dan uli sebati.
Perap hingga naik (1 jam gitu) uli lagi kelurkan angin lalu dicanai 1/2 in
terap bulat dan bakar hingga kembang dalam suhu 180 darjah


ROTI PITA ERNA@MyR
bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

DOH ASAS ROTI PITA resipicitarasawan
Bahan-bahan
500gm tepung high protein
15gm gula kaster
20gm shortening
1/2 tsp garam halus
8gm yis segera
280ml air sejuk

Tambahkan
50gm whole meal untuk whole meal pita

Tambahkan
100gm parutan keju parmesan untuk cheese pita

Tambahkan
4 ulas bawang putih di parut halus untuk garlic pita

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik. Masukkan whole meal (atau bahan2 tambahan lain) dan adun hingga sebati.
2. Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit. Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.
3. Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.
4. Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.
5. Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah. Jika roti mengelembung, angkat dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.

ISIAN PITA

PITA RENDANG

300 gm daging cincang
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 batang serai dikisar
1in lengkuas dikisar
1 sudu kecil halia kisar
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya
500 ml santan
1 helai daun kunyit

campur sumer dalam kuali dan masak hingga kering
Bahan hiasan: salad bulat & hirisan bawang besar bombay

PITA TANDOORI
1/2 kg isi ayam di cincang
1 sudu kecil halia kisar>
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu bawang besar kisar
2 sudu besar susu cair
1 sudu kecil lada sulah
bahan perasa
sedikit minyak
sedikit jus lemon

Tumis bawang dan halia
masukkan bahan2 lain dan masak hingga kering, perah sedikit lemon
Bahan hiasan
salad bulat & hirisan bawang besar bombay
Lemon


PITA VEGETARIAN
250 gm salad bulat hiris
2 tomato hiris bulat
100 gm mixed vegetable
50 gm cendawan butang dihiris
1 biji bawang besar bombay di hiris bulat
1/2 botol mayonaise
gaul semua

Pita vegetarian dimakan dengan sos pita
SOS PITA
3 sudu besar cili merah kisar
1 biji bawang putih
3 sudu besar sos tomato
2 sudu gula
garam
sedikit minyak

Tumis bawang putih dan cili kisar hingga wangi masukan sos tomato, garam dan gula
masukan sedikit air


penghargaan untuk :

ERNA@MyR
resipicitarasawan