Thursday, September 3, 2009

NASI DAGING

Nasik daging ni simple je sbb x memerlukan banyak lauk, hanya daging rebus yg dicecah air asam, acar timun...nasik nyer lebih kurang nasik minyak & nasik tomato hanya lainnyer kerana ia dimasak menggunakan air rebusan daging...
seingat mama zaman mama kecil2 dulu...orang sebelah utara...terutama sebelah Bukit Mertajam kalau kenduri kendara sering dihidangkan nasik daging dalam talam, tak guna pinggan...dan dimakan seramai 4 orang ....kalau sebelah Kedah plak dorang akan sediakan lauk tambahan iaitu dalca...

Nasi Daging

Air Asam

Acar Timun

Papadom


(A)

1 kilo beras Basmathi
1 kilo daging segar potong besar (seketoi sorang)
1 bungkus rempah sup bunjut
1 sudu besar rempah kurma

(B)bahan tumis

1 1/2 biji bawang besar
1 inci halia
3-4 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
bunga cengkeh
bunga lawang
daun pandan
minyak / minyak sapi

(C)
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
daun pandan
sedikit garam

(D) hiasan tabur atas nasi
kismis goreng
badam flake goreng seejab
gajus
bawang goreng

Cara-cara

rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam
pastikan daging empuk. simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
basuh beras dan toskan.
tmmis Bahan B dalam periuk nasi hingga naik bau.
masukkan beras dan kacau sekejap.
masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak. tabur kismis, gajus badam dan bawng goreng

bahan2 untuk air asam

cili merah, nak pedas letakkan sedikit cili api
belacan dibakar
buah tomato dihiris
garam, gula
bawang besar di hiris
air asam jawa
kalau nak rasa kelainan boleh masukan sedikit kerisik

tumbuk cili, belacan macam sambal gaul semua

acar timun/nenas/kobis racik/karot (hiris macam biasa)

bawang besar hiris
cili merah hiris
cuka, garam dan gula

gaul semua

2 comments:

  1. kak,

    mcm mn nak buat tomato soup tu?

    ReplyDelete
  2. tomato soup ada dijual dlam tin kat pasaraya...kat bahagian sos ia lebih cair dari tomato puree

    ReplyDelete