Friday, September 4, 2009

KENAPA BISKUT ANDA TAK MENJADI

Mengadun kue dengan ikhlas, penuh rasa cinta & kasih sayang pasti kue menjadi cantik dan enak...


biskut mengembang dalam loyang
sukatan bahan2 tidak tepat,adunan terlalu lembut akibat dipukul terlalu lama kerana syok main ngan whisker atau sendok , oven tidak cukup panas

biskut menjadi keras
sukatan bahan tidak tepat, check dulu penimbang tu ok ke lg, atau main taram, suke-suke je...kejab guna cawan kejab guna piring, biskut dibakar terlalu lama, terlelap kot dan oven terlalu panas

biskut menjadi lemau
dibakar tidak masak secukupnya,...kes x sabar, loyang bakar tidak diletak dalam rak pertama oven, biskut tidak sejuk sepenuhnya ketika menyimpan...kes x larat nak tunggu lg ni...balang kue basah...he heh ...basuh jemur tak kering...

biskut terlebih masak di bahagian bawah
sukatan bahan seperti gula, madu, sirap & sebagainya tidak tepat, loyang bakar disapu butter terlalu banyak (berlemoih) suhu oven tidak tepat, resepi kata 175 darjah ko hentam 275 darjah mau x lebam sekut ko...

dah berjam bakar tak masak2 ...gi tengok suis tu ...on ke x... atau oven tu dah harus antar kitar semula...ha! ha!

2 comments: