Thursday, April 23, 2009

KEK LAPIS BISKUT SULTANA



udah menjadi tabiat manusia yg cantik dimake-upkan lg supaya lebih cantik, yg dah sedap ditambah lagi pelbagai perisa supaya lebih sedap...adat dunia... manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada, begitulah nasib biskut sultana berubah 100% menjadi kek lapis la pulok !.....layan ajerlah :)

bahan-bahannya

250 gm butter
250 gm kaster
6 biji telor grade A
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar air
250 gm tepung gandum protin rendah
½ sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna hijau
600 gm biskut sultana

Cara-caranya

pukul butter dan gula hingga ringan dan gebu masukan telor satu persatu sambil dipukul tambah kan susu berselang tepung yang telah diayak bersama baking powder dan air
akhirnya masukan pewarna hijau.
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
gris acuan 10 in dengan butter alaskan kertas greaseproof
panaskan kukusan dan kukus selapis kek hingga masak angkat dan aturkan biskut sultana, lapiskan adunan tepung selapis lagi dan kukus hingga masak ulangi hingga adunan habis
biarkan kek sejuk dulu baru dikeluarkan dari acuan.

No comments: