Saturday, September 25, 2010

IKAN KUKUS 3 RASA

sedap ni...
resepi asal Chef Norzailina..mama atiq ceduk dari dapur home sweet home ummi, kata ummi dia ceduk dr dapur noreen...terima kasih dan penghargaan untuk semua yang terlibat...

resepi kopipes bolat2 dr dapur Ummi biasela tu yek...

1 ekor ikan siakap - ( mama atiq guna jenahak dan goreng garing)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih  (mama atiq goreng kering2 je)
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

 Bahan-Bahan Sos:-
 2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-

 Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


Tuesday, September 14, 2010

RAYA OH RAYA

raya ke? raya la sangat ! makan pun orang sponsor...pakai lawa-lawa ... posing sana sini pastu kerja ...hu hu...hai la nasib ...orang laen ngan keluarga tercenta awak kat opis...uwaaaaaaa ! waaaaa! waaaaaa!


Sunday, September 5, 2010

HONEY SNAPS

mudah disediakan namun digemari ramai & menjadi pilihan

bahan-bahan

60 gram butter
1/4 cawan madu
1 sudu besar gula halus
4 cawan cornflake
90 gram kacang tanah ~ panggang

cairkan butter madu dan gula atas api yg sederhana, tuangkan dalam bekas berisi cornflake dan kacang ~ gaul sebati dan sudukan dalam acuan kertas kecil dan bakar 8 - 10 minit suhu sederhana

GIPANG BADAM

nampakner kita masih lg dalam minggu sekut raye sedonia

suka sangat gipang badam nih sebab senang dan cepat je nak buatnye ...tak payah nak terap ke nak gentel ke, baba pun suker biskut camni, kalau samperit ke tart nenas ke jgn harap dia nak pandang, mama je syok sendiri, makan sendiri :(

bahan-bahannya

1 cawan butter ( 1 bar)
1 cawan gula icing
8 sudu makan susu pekat
2 biji kuning telor
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
2 cawan kismis hitam yang halus
1 1/2 cawan badam nipis
2 kuning telor + sedikit air ~ untuk sapu

kacau butter & gula hingga sebati dan kembang + kuning telor sebatikan lalu + susu dan kacau lagi hingga sebati masukkan kismis dan tepung dan gaul rata ~ doh di bahagi 2 tekan kemas dalam acuan 12 in dan sapu sedikit putih telot dan tabur badam nipis, sapu kuning telor dan bakar hingga warna badam keemasan, angkat dan potong ikut saiz kegemaran.

Saturday, September 4, 2010

MARUKU

yang lama ~ dilupa jangan...

macam-macam versi maruku ni ~ ada yg ringan dan ranggup, ada yg adoi bagai nak patah gigi dibuatnyer..hik hik ...juga pelbagai tepung digunakan ~ ada guna tepung pulut, tepung beras, tepung kacang dal tp yg pasti sama ~ rasa khasnyer itu...semuanyer mesti ada rasa jemuju (caraway seeds) rempah yg sangat mirip dengan jintan putih (cumin)

hari ni mama atiq nak kongsi resepi maruku yg ranggup dan ringan...menggunakan tepung ubi

bahan-bahan

3 cawan tepung ubi
2 cawan tepung maruku (terdapat di pasaraya)
2 cawan santan (selembut doh)
3 sudu serbuk cili
1 sudu besar jemuju
1 biji telor
garam dan sedikit gula
daun kari (masukan dalam minyak semasa menggoreng)
sedikit udang kering kisar (kalau suka)
sedikit butter

gaul dan uli sebati, tekan dengan acuan maruku dan goreng garing ~
boleh tekan terus dalam kuali tp lebih senang tekan dan bentuk dalam bekas lain yg beralas plastik baru di pindahkan ke kuali

selamat mencuba

Friday, September 3, 2010

TART SIPUT

lagu raya dah mula berkumandang, kuih pun dah berbalang-balang...kemeriahan dah mula terasa...selamat hari raya untuk semua ye...maaf zahir batin...

semua dapur dah buat  tart gulung, tart rose  pelbagai bentuk tart, mama buat pesen laen la pulok !
bahan-bahan sama je ...intinyer suka ati  ye anak2 boleh paipkan butter cream lebihan buat kek tu, boleh paipkan jem kegemaran, tp kalau guna kastard macam cream puff tu ...kena segera makan ...simpan lama nanti basi  dan bercendawan pulok...  
canai doh yg siap potong memanjang dan lilit pd acuan horn saiz kecik sekali macam gambar yg kat atas tu sapu kuning telor sebelum dibakar

Thursday, September 2, 2010

QUICK SMOOTH TOFU FA



masa gi bertandang umah LOVE2COOK punyalah  teringin tengok tofu fa nyer tambah lg tengok kat dapur YAT MARIA memang tak sabar nak cuba...bezanyer  mama guna sirap gula putih...ermm nanti nak buat lagi la...tak payah lagi tunggu pasar malam  ~ tq LOVE2COOK kerana bagi idea, tq juga YAT MARIA  :)


Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

 

merdeka ! merdeka! mau duit ka? merdeka ! hik hik

Monday, August 30, 2010

GULAI IKAN TALANG KERING/MASIN TUMIS DARAT

menggulai ikan kering membuatkan mama terkenang semasa dulu...hu.. hu mau nyer tidak seawal umur 9 tahun mama dah diajar menggiling rempah...famili mama berasal dr penang jd menggunakan batu giling adalah perkara biasa...rempah serbuk paket tu tak main la hik hik ...teringat sgt kalau rempah giling tak lumat halus memang tangan kena ketuk ngan senduk he he...selepas kawin memang kat umah mama ada batu giling yg comel tp akibat letak kat luar di belakang dapur batu giling tu dah dikebas orang...memang pelik ada gak org berkenan kat batu giling tu zaman ni batu giling ada dijual ke ntah kalau ada pun mungkin kat kedai barangan antik.. sekarang mama terpaksa guna blender tp rempah kasar je tak sehalus rempah giling...

bahan-bahan

(A)
500 gm ikan talang kering ...sedap kalau campur tulang/kepala ikan di rendam sekejab dan bersih kan
1/2 biji nenas atau terung

(B)
10 biji cili kering
2 sudu besar ketumbar biji
1 1/2 sudu besar jintan manis
sedikit kunyit (dulu2 guna kunyit kering beli kedai india)
3 mangkok santan
6 ulas bawang merah (kecil)

(C)
6 ulas bawang merah dihiris
beberapa helai daun kari
halba campur ( optional)
sedikit minyak masak

cara-cara

giling / kisar (B) hingga halus
masukan rempah kisar dalam periuk masak (tanpa minyak) bersama nenas yg dipotong
masak hingga sebati dan masukan ikan masak sekejab lg ...agak2 kering air baru masukan santan ... kalau guna terung masukan selepas santan didih ...rasa dulu kalau dah masin tak perlu tambah garam
bila dah cukup mendidih angkat dari api dan ketepikan
dalam periuk lain tumis bahan (C) hingga bawang garing dan wangi dan cepat2 curahkan dalam periuk gulai ...tutup periuk untuk memerangkap bau harum bawang yg digoreng

huh! pekena ngan nasi panas2 ... mertua lalu jgnkan nak pelawa nampak pun tidak...he he jangan ikut perpatah melayu lama ni...kalau ikut memang anak hantu ...bukan anak menantu!


ketumbar
jintan manis / kasar
halba campur


Friday, August 27, 2010

DAGING NASI KANDAR



senang je masak lauk ni campak semua dalam kuali renih sampai daging empok ...umppp memang terasala kekandaq-an nyer itu..
sumber cikgu Nor Pishah, oghang Tanjung (Penang) yang selalu dok mengajar kat Bake With Yen dia juga pemilik Nor Cooking Centre di Plaza Dwi Tasik, Cheras

bahan-bahannya

600 gm daging lembu potong lebar (2 in)
300 gm bawang besar hiris bulat-bulat
2 tbsp cili serbuk
5 tbsp serbuk ketumbar
4 batang serai diketuk
2 keping asam keping
1 cawan minyak
2 mangkuk air
1/2 cawan daun kari


bahan untuk digiling/kisar

1 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
bahan perasa seperti garam & gula dan sebagainya
(mama atiq tambah kiub daging & kicap manis utk dptkan warna yg agak gelap)

cara-cara

campur semua bahan di atas, masak hingga pekat dan naik minyak.
selain nasi putih sgt sesuai digandingkan dengan nasi minyak & beriani


GULAI LENGKUAS UDANG

gulai stail kelate, alamak dah uplod pic baru pasan comotnya pinggan ~ kalau rimas ambil tisu lap ajala pinggan tu ye... he he

bahan-bahannya

500 gm udang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 tangkai cili kering( direndam dengan air panas)
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
beberapa batang kacang panjang, boleh juga dimasukkan timun
3 biji cili merah
1 biji tomato dibelah empat
garam secukup rasa
orang kelantan mesti letak gula he he

cara penyediaan
lengkuas,kunyit, cili kering, bawang merah & putih dikisar halus
masukkan ke dalam periuk bersama santan & asam keping, guna api yang sederhana bila mendidih masukkan kacang panjang biarkan seketika baru masukkan udang
akhir sekali masukkan cili merah/hijau yg dibelah


Tuesday, August 24, 2010

WANTAN GORENG

Leka kalau makan nih nak plak kalau beramai-ramai ..

bahan-bahan
300gm isi udang/ayam/ikan
1 sudu besar tepung jagung
70 gram sengkuang cina didadu kecil2
70 gram karot didadu kecil2
daun sup & daun bawang dihiris halus
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung jagung
gula & garam secukup rasa
beberapa titis minyak bijan (optional)
sedikit serbuk lada sulah
kulit wantan secukupnya
sedikit tepung + air untuk melekatkan wantan.
minyak untuk menggoreng

cara-cara


sebatikan bahan dalam mangkuk. perap sekejab
isikan pes dalam kulit wantan, bentuk ikut suka, & lekatkan tepung yg di + air
goreng dalam minyk yg byk hingga garing keemasan
hidangkan dengan sos cili

Monday, August 23, 2010

DAGING KETUK

bertemu lagi dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhon...hari ni resepi kita agak klasik ye puan-puan...maklumlah resepi ni diperturunkan oleh arwah nenek mertua kesayangan mama hu hu.. ranggup & sgt membangkitkan selera..sgt sesuai dijadikan juadah sahur, daging yg diketuk digoreng garing, pastu goreng bawang kecil, ketumbar biji & cili kering


pilih daging lembu tempatan yg segar (yg import dr India tu sebenarnya daging kerbau!)
potong besar jugaklah tp ikut urat ye jgn melintang, jgn cuci atau kena air dulu pastu gaul garam kasar ( arwah nenek mama guna garam kasar) tp mama guna garam halus je kemudian perapkan semalaman atau sekurang 4 jam baru lah dicuci bersih & dijemur ~ mula-mula mama cucuk daging tu kat dawai & ikat cam ampaian ~ lebih kurang macam jemur kain
paling penting cuaca mesti panas terik kalau tidak daging akan bercendawan, kalau kuar cendawan butang sedap gak wat sayur he he , bila dah agak kering baru pindahkan ke nyiru mcm dlm gambar di atas ~ jemur lg sampai kering 2-3 hari jugaklah
bila kering daging tu dibakar guna bara api / grill, mama guna kuali leper je pastu baru di ketuk2 ~ rupanya macam gambar dibawah sampai tahap ni daging boleh di simpan utk kegunaan bila2 masa ~ kalau dulu semasa nenek mertua mama masih ada bulan ramadan gini mesti terima parcel dr kampung yg berisi daging ketuk yg dah siap, serondeng dll ~ u hu sedih nyer...moga Allah cucuri rahmat ke atasnya juga ke atas insan lain yg telah pergi....



sekian ye puan2 ketuk-ketuk ramadan utk hari ni, bertemu lg disiaran akan dtg. cuba yg jgn tak cuba...he he

penghargaan buat arwah nenek mertua kesyangan, moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya

Sunday, August 22, 2010

SOLOK IKAN


resepi solok ikan ni lebih kurang macam solok lada juga cuma kalau suka tambahkan sikit hirisan daun kesum, hirisan cili merah & bawang besar bezanya ia di goreng ~ pesnya yg telah siap tu pula kalau kita bungkus daun pisang & bakar rasanya cam satar gitu...mama suka !!

pilih ikan kembung yg segar, dibelah belakang & dibersihkan, picit2 siket supaya ikan tu lembut kemudian patahkan tulangnya keluarkan & kikis isinya harus cermat kalau tak nanti terkoyak pulak kulitnya tp kalau dah hancor ko kerjakan jangan riso bentukkan saja cam nugget dan goreng hik! hik! setelah pes ikan siap dengan ramuannya sumbat balik dalam perot ikan & bentukkan balik elok2 .. goreng dengan api sederhana...
resepi gi semak resepi solok lada yer... sekian terima kasih


Saturday, August 21, 2010

LOPES SEGI TIGA



teruja sungguh nengok lopes Kak Rusnah aduh! duh! mana tahan!
bln. posa nak ngetik kibod pun x larat jd Kak Rusnah minta izin kopipes ye!

bahan-bahan

1 1/2 cwn beras pulut yang direndam terlebih dahulu
1 1/2 - 2 cwn air jus pandan
1 sk air kapur
sedikit pewarna hijau epal
Semuanya ditanak dengan api sederhana sampai kering dan separuh masak.
Balut berbentuk segitiga dan disusun tiga kemudian diikat.Kukuslah lebih kurang 40 minit.
Bila sejuk golekkan ke dalam kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam dan dihidangkan dengan air gula merah/gula melaka.....enaknya.


penghargaan buat Kak Rusnah