Saturday, September 4, 2010

MARUKU

yang lama ~ dilupa jangan...

macam-macam versi maruku ni ~ ada yg ringan dan ranggup, ada yg adoi bagai nak patah gigi dibuatnyer..hik hik ...juga pelbagai tepung digunakan ~ ada guna tepung pulut, tepung beras, tepung kacang dal tp yg pasti sama ~ rasa khasnyer itu...semuanyer mesti ada rasa jemuju (caraway seeds) rempah yg sangat mirip dengan jintan putih (cumin)

hari ni mama atiq nak kongsi resepi maruku yg ranggup dan ringan...menggunakan tepung ubi

bahan-bahan

3 cawan tepung ubi
2 cawan tepung maruku (terdapat di pasaraya)
2 cawan santan (selembut doh)
3 sudu serbuk cili
1 sudu besar jemuju
1 biji telor
garam dan sedikit gula
daun kari (masukan dalam minyak semasa menggoreng)
sedikit udang kering kisar (kalau suka)
sedikit butter

gaul dan uli sebati, tekan dengan acuan maruku dan goreng garing ~
boleh tekan terus dalam kuali tp lebih senang tekan dan bentuk dalam bekas lain yg beralas plastik baru di pindahkan ke kuali

selamat mencuba

No comments: