Wednesday, October 13, 2010

SAMBAL AYAM BERKICAP

ringkas saja masakan ni, tak banyak bahan yg digunakan tp sedap juga terutama kalau digandingkan dengan nasi lemak atau nasi minyak

bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil2 dan digaul garam kunyit
15 - 20 biji cili kering dikisar
perlukan banyak bawang besar lebih kurang 5-6 biji dikisar
3/4 cawan kicap lemak manis
7 tangkai daun kari (bukan helai ye)
hirisan bawang besar
minyak untuk menggoreng ayam dan untuk menumis

peraturannya

goreng ayam 3/4 masak toskan
tumis bawang besar kisar hingga kuning ~ perlu masa yg agak lama
masukan cili kisar ~ kacau hingga garing ~ wangi
masukan kicap, dan ayam serta daun kari akhir sekali hirisan bawang besar
tak perlu garam sbb dah ada kicap cuma kalau yg suka sambal yg agak manis bolehla nak tambah sedikit gula tp kicap pun dah dah cukup manis dah kot

Tuesday, October 12, 2010

KEK NANGKA


sumber: majalah keluarga

bahan-bahannya

3 cawan nangka dihiris nipis
250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder aak bersama tepung
2 biji telor
250 gram gula kastor
250 gram mentega
1 cawan susu cair

kaedahnya

pukul mentega & gula hingga kembang
masukan telor satu persatu
masukan tepung gandum sedikit demi sedikit
adun sebati kemudian masukan isi nangka dan susu cair
tuang ke dalam acuan roti yg telah dilenser (dpt 2 acuan)
bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan
suhu 150 C 40 -50 minit
setelah sejuk bedakkan dgn icing sugar

Monday, October 11, 2010

NASI ULAM

kata nenek nak awet mude amalkan makan nasi ulam...ala leceh nyer...suntik botox ke suntik vitamin c ajelah nenek...cepat sket dpt kesan dan awet selamanye...hik hik hik...ish ish kuang aja punyer cucu...


bahan-bahan
nasi yang telah disejukkan (kalau panas ulam menjadi lecur)
seketul ikan kering talang/kurau dibakar & tumbuk
sedikit lada hitam ditumbuk halus
sedikit kerisik yang segar
5-6 biji bawang merah
sedikit lengkuas kecil
sedikit halia
jus limau nipis,

ulam-ulaman
daun mengkudu
pucuk daun kari
pucuk gajus
pucuk putat
daun cekur
daun kaduk
daun pegaga
daun ulam raja
daun sekentut
daun kunyit
daun limau purut
daun kesum
hirisan nipis serai
hirisan nipis bawang besar

cara-cara penyediaannya
bersihkan daun-daun balut daun kunyit supaya senang dipegang n hiris halus seperti bunga rampai, bawang merah lengkuas serai ditumbuk lalu digaul dengan kerisik dan jus limau nipis, gaul nasi dengan daun-daun,serai,bawang besar serbuk lada,ikan kering bersama bahan yg ditumbuk rata-rata n sebati siap utk dihidangkan

u.p: ulam-ulam boleh ditambah atau dikurang jenisnya ~tp lebih banyak lebih sedap
: hidangkan dengan asam pedas rebus batang keladi

Saturday, October 9, 2010

KEK LAPIS SISIK IKAN

kalau yg x berapa pandai buat kek cam mama ni...dari dok sihat nak dpt demam, bolehlah cuba he he...


sumber: mariam81@MyR

1. 10 Biji Telur
2. 250gm Gula halus
3. 1 sudu makan ovellete
4. 75ml air sejuk
5. 1 tin seri kaya
6. ½ botol kecil horlicks
7. 250gm tepung
8. 360 gm mentega dipukul dgn 4 sudu makan susu pekat
9. 4 bungkus manisan hawflakes

cara-cara

pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
masukkan mentega n gaul sebati
masukkan tepung n gaul lagi
ambil sesenduk adunan n grill hingga masak
biarkan kosong di lapis 1-4 awal n akhir
cucuk dgn hawflakes
ulang proses ini hingga habis.


Wednesday, October 6, 2010

MEEHOON IKAN BILIS

stok bahan mentah dah abes, esbox pun dah kosong, ari minggu asyik gi kenduri kahwin ngan ari terbuka raya, tak sempat lak ke pasar...malasnya nak keluar, baba pulok seharian ngadap tv ~ nonton sukom new delhi

yg ada...meehoon, ikan bilis n telor ~ layan ajelah
meehoon putih bodoh2 pun sedap la jugok!! :) makan pulok ngan sambal kicap ~ pergh!! kalau lah hari-hari berselero makan camni..sgt berjimat cermat ~ x lama je kayo mok cik !! hik hik..


bahan-bahan
1/2 bungkus meehoon (mama suka cap bintang kerana x mudah hancur)
segenggam ikan bilis
lobak merah parut kasar
minyak untuk menumis
kicap cair (sos ikan cap sotong)
2 sudu besar lada sulah (mama guna ajishio)
5 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 biji telur
daun bawang, tomato dan cili untuk ditabur

peraturan

rendam meehoon hingga lembut, toskan.
tumis bawang2 hingga naik bau, masukkan ikan bilis goreng sebentar.
masukkan kicap cair dan lada sulah gaul lagi. masukan lobak merah masak sekejab lalu masukkan meehoon, gaul rata bila meehon dan lembut ketepikan lalu dipecahkan telor goreng telor hinggga agak kering baru digaul dengan mehoon angkat n hidangkan ngan sambal kicap bercili api

sambal kicap: cili api, bawang putih, kicap manis & limau kasturi dikisar dan gaul sebati

Saturday, October 2, 2010

KEK EPAL

sayang pulok nengok epal yg mula nak kecut tersadai je...teringat jun-yummylicious kata kek epal Yani @ MR. best n senang jd mama yg suke yg senang2 nak lah cuba...memang betulla cakap jun tu he he

resepi mama kopipes dr umah jun (dasar nak senang je ye hik hik)

1 biji epal
100gm butter (room temp)
80gm gula + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whip cream
150gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
bersihkan n kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 3mm. gaul ngan 2 sudu besar gula tadi. masak hingga jd lembut (leh microwavekan selama 3 min).
pukul butter hingga berkrim. masukkan gula n pukul lagi hingga putih. masukkan telur satu persatu. masukkan cream. pukul sebati. masukkan tepung bercampur ngan baking powder, kacau sebati. masukkan epal tadi bersama airnya n kacau. masukkan dalam loyang bergris n bakar selama 35min pada 180'c.

penghargaan utk jun & yani myr

Friday, October 1, 2010

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

bila membaca majalah sedap tak pula terlintas nak bakar ikan cenggini tp bila ke dapur Ummi Zaihadi Home Sweet Home ~ mak aih terlioq abes dibuatnyer nak pulok ada note dari Ummi : sangat sedap
mama atiq x sabar nak rasa sampai lupa nak ambil gambor ~ tinggal separuh baru teringat :( ...ikan bakar ni harum & lemak je walau tidak bersantan, makan pulak ngan ulam pucuk selasih, memang sedap! laen kali nak tambah tempoyak ke petai ke nak rasa camner pulok he he

sumber : majalah sedap dan ummizaihadi homesweethome ~ halalkan mama kopipes & edit sikit2 ye ummi ~ tqvm
bahan-bahanya
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus (mama hiris kasar lepas masak buang takut x hadam hik hik)
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap:-
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

Saturday, September 25, 2010

IKAN KUKUS 3 RASA

sedap ni...
resepi asal Chef Norzailina..mama atiq ceduk dari dapur home sweet home ummi, kata ummi dia ceduk dr dapur noreen...terima kasih dan penghargaan untuk semua yang terlibat...

resepi kopipes bolat2 dr dapur Ummi biasela tu yek...

1 ekor ikan siakap - ( mama atiq guna jenahak dan goreng garing)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih  (mama atiq goreng kering2 je)
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

 Bahan-Bahan Sos:-
 2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-

 Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


Tuesday, September 14, 2010

RAYA OH RAYA

raya ke? raya la sangat ! makan pun orang sponsor...pakai lawa-lawa ... posing sana sini pastu kerja ...hu hu...hai la nasib ...orang laen ngan keluarga tercenta awak kat opis...uwaaaaaaa ! waaaaa! waaaaaa!


Sunday, September 5, 2010

HONEY SNAPS

mudah disediakan namun digemari ramai & menjadi pilihan

bahan-bahan

60 gram butter
1/4 cawan madu
1 sudu besar gula halus
4 cawan cornflake
90 gram kacang tanah ~ panggang

cairkan butter madu dan gula atas api yg sederhana, tuangkan dalam bekas berisi cornflake dan kacang ~ gaul sebati dan sudukan dalam acuan kertas kecil dan bakar 8 - 10 minit suhu sederhana

GIPANG BADAM

nampakner kita masih lg dalam minggu sekut raye sedonia

suka sangat gipang badam nih sebab senang dan cepat je nak buatnye ...tak payah nak terap ke nak gentel ke, baba pun suker biskut camni, kalau samperit ke tart nenas ke jgn harap dia nak pandang, mama je syok sendiri, makan sendiri :(

bahan-bahannya

1 cawan butter ( 1 bar)
1 cawan gula icing
8 sudu makan susu pekat
2 biji kuning telor
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
2 cawan kismis hitam yang halus
1 1/2 cawan badam nipis
2 kuning telor + sedikit air ~ untuk sapu

kacau butter & gula hingga sebati dan kembang + kuning telor sebatikan lalu + susu dan kacau lagi hingga sebati masukkan kismis dan tepung dan gaul rata ~ doh di bahagi 2 tekan kemas dalam acuan 12 in dan sapu sedikit putih telot dan tabur badam nipis, sapu kuning telor dan bakar hingga warna badam keemasan, angkat dan potong ikut saiz kegemaran.

Saturday, September 4, 2010

MARUKU

yang lama ~ dilupa jangan...

macam-macam versi maruku ni ~ ada yg ringan dan ranggup, ada yg adoi bagai nak patah gigi dibuatnyer..hik hik ...juga pelbagai tepung digunakan ~ ada guna tepung pulut, tepung beras, tepung kacang dal tp yg pasti sama ~ rasa khasnyer itu...semuanyer mesti ada rasa jemuju (caraway seeds) rempah yg sangat mirip dengan jintan putih (cumin)

hari ni mama atiq nak kongsi resepi maruku yg ranggup dan ringan...menggunakan tepung ubi

bahan-bahan

3 cawan tepung ubi
2 cawan tepung maruku (terdapat di pasaraya)
2 cawan santan (selembut doh)
3 sudu serbuk cili
1 sudu besar jemuju
1 biji telor
garam dan sedikit gula
daun kari (masukan dalam minyak semasa menggoreng)
sedikit udang kering kisar (kalau suka)
sedikit butter

gaul dan uli sebati, tekan dengan acuan maruku dan goreng garing ~
boleh tekan terus dalam kuali tp lebih senang tekan dan bentuk dalam bekas lain yg beralas plastik baru di pindahkan ke kuali

selamat mencuba

Friday, September 3, 2010

TART SIPUT

lagu raya dah mula berkumandang, kuih pun dah berbalang-balang...kemeriahan dah mula terasa...selamat hari raya untuk semua ye...maaf zahir batin...

semua dapur dah buat  tart gulung, tart rose  pelbagai bentuk tart, mama buat pesen laen la pulok !
bahan-bahan sama je ...intinyer suka ati  ye anak2 boleh paipkan butter cream lebihan buat kek tu, boleh paipkan jem kegemaran, tp kalau guna kastard macam cream puff tu ...kena segera makan ...simpan lama nanti basi  dan bercendawan pulok...  
canai doh yg siap potong memanjang dan lilit pd acuan horn saiz kecik sekali macam gambar yg kat atas tu sapu kuning telor sebelum dibakar

Thursday, September 2, 2010

QUICK SMOOTH TOFU FA



masa gi bertandang umah LOVE2COOK punyalah  teringin tengok tofu fa nyer tambah lg tengok kat dapur YAT MARIA memang tak sabar nak cuba...bezanyer  mama guna sirap gula putih...ermm nanti nak buat lagi la...tak payah lagi tunggu pasar malam  ~ tq LOVE2COOK kerana bagi idea, tq juga YAT MARIA  :)


Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

 

merdeka ! merdeka! mau duit ka? merdeka ! hik hik