Friday, April 9, 2010

BEEF SALAD


(A)
500 gm tenderloin steak/boneless ribeye
1 tbsp hoisin sos
50 ml fish sauce

place steak on a plate & spoon on hoisin sauce & 1 tbsp fish sauce
rub seasoning onto both sides of steak ~grill for 3-4 min per side until medium-rare then slice thinly against grain

(B)
1 tbsp fish sauce
50 ml lime juice
1 tbsp palm or brown sugar
1 tsp hot pepper flakes
1 tbsp roasted rice powder (beras digoreng tanpa minyak & tumbuk)

(C)
1/2 english cucumber peeled, halved lengthwise & thinly sliced
1 cup halved cherry tomatoes / guna yg besor cut in wedges
3 green onions chopped
1/3 cup coarsely chopped fresh mint leaves
1/4 cup coarsely chopped fresh cilantro leaves

in a large bowl combine (B) add (C) & (A) toss gently


Thursday, April 8, 2010

JUS PEGAGA, EPAL DAN CELERY

pengumuman! pengumuman! siapa nak nak awet mude...meh minum jus pegaga, epal & celery

sesuai diminum 2 x sehari ...selain dari awet muda ...sangat berkhasiat dan boleh mencegah berbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi,penyakit hati dan menurun kadar kolestrol dalam badan.....mama cuma memanjangkan kenyataan yg diberi oleh Chef Sabri "Jom Rasa" orang yg bagi resepi ini ~ tq chef...ok tunggu apa lg jom kita tengok bahan yg diperlukan

4 biji epal ijau
2 tbsp daun pegaga & batang
2 tbsp celery dibuang kulit dan didadu
2 tbsp gula @ madu
2 gelas air mineral
1 biji jus limau kasturi

guna pengisar letrik dan kisar semua bahan di atas hingga halus
simpan dalam peti sejuk dan dihidangkan sejuk

Monday, April 5, 2010

KENTANG LADA HITAM


ini bukan mama yg masak ye anak2 adik kakak... tp chef "JOM RASA" tak lain tak bukan ialah Chef Sabri yg popular itu....demo ni dirakam semasa hari terbuka kat opis mama
JOM RASA adalah program masakan yg disiarkan setiap Sabtu 10.30 pg di TV1 RTM



bahan-bahan yg diperlukan ialah :
kentang rebus dipotong cam kat atas tu la..
bawang besar dipotong didadukan
bawang putih dicincang
sedikit serbuk buah pala
sedikit serbuk lada hitam (kasar)
sedikit serbuk cili (kasar)
sedikit serbuk perisa (serbuk ayam)
sedikit susu segar
sedikit minyak zaiton
sedikit butter
sedikit perahan jus lemon
cara2nya
panaskan minyak zaiton & butter masukan bg besar & bg putih agak layu masukan kentang
diikuti bahan2 lain





memasak ni tak susah..puan2 dan tuan2...x usah lah dok pi kedai mamak ..bukannya bersih sgt..
lg pun memasak sendiri lebih berkat dan sihat... (alamak kena perli la)



masukan bahan2 x payah guna sudu...guna jari2 montok mu itew..hehe kalau nak tahu di celah-celah jari kita ini terkandung enzyme (pencerna makanan) yg asli...



puan masak guna minyak apa? eh! jangan! jangan guna minyak kampit tu..kalau nak tahu ada sesetengah minyak kampit tu adalah minyak yg dikitar semula dr restoran2 yg besar ... (bior benor chef ! seb baik mama x guna minyak kampit)
beli baju, beli beg mahal2 boleh apala sgt keluor belanja beli minyak zaiton, minyak jagung yg sgt berkhasiat...untuk keluarga kita juga



hah dah nak siap pun ...ambik sudu sorang satu ..JOM RASA....
sedap dijadikan hidangan sampingan ayam bakar, ayam goreng atau...bekkk!!! kambeng golek....



Thursday, March 25, 2010

BURGER MALAYSIA


Resepi Yani ~ setinggi-tinggi penghargaan utknya yg sudi berkongsi di MyResepi

Bahan-bahan

200g tepung gandum
40ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun ~ tiada kat dapur jd mama atiq x letak

Cara-cara

1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Sambal ikan bilis

* ikan bilis digoreng dahulu
* cili kering di rebus sekejap
* belacan bakar,
* bawng merah
* bawang putih
* air asam jawa
* garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. kisar cili kering bersama belacan , bawang merah dn bawang putih
2. tumis cili yang sudah dikisar hingga pecah minyak dan betul2 masak
3. masukkan air asam jawa dan gula
4. kacau hingga mendidih
5. masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi


Saturday, March 20, 2010

SAYUR CAMPUR

keadaan cuaca yg panas sekarang nih eloklah kurangkan makanan yg berempah dan yg pedas-pedas, kita lebihkan sayur & ulam2an supaya sejuk sket...

gandingan mantop sayur campur ~tenggiri jeruk goreng yg dihidang dgn perahan limau nipis, cili api & hirisan bawang



Thursday, March 18, 2010

KERABU TELOR

hasil dari bunga telor yg dpt kat majlis kenduri kahwin...senang, ringkas, cepat masalah nya masih mampu buat kita menambah nasi ...abis camno?




bahan-bahan

telor rebus di potong

cili merah
belacan
jus asam jawa atau limau nipis atau lemon
secubit gula

tumbuk cam sambal belacan + asam & gaul telor dan hirisan bawang kalau suka

Saturday, March 13, 2010

Wednesday, March 10, 2010

NASI GORENG KLASIK



sukatan bahan-bahannya agak2 je

(A)
nasi putih
minyak utk menumis
(B)
cili api
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
(C)
udang @sotong
ayam@daging
telor
(D)
sebarang sayur2an samaada ~ kacang panjang/karot/kangkung/kubis/cendawan
(E)
sos ikan
lada sulah (mama guna ajishio)

peraturan

tumbuk bahan (B)
panaskan minyak lalu ditumis wangi dan garing
masukkan udang/ayam/daging
masukkan nasi dan sayuran
goreng dan masukan sos ikan dan lada sulah
ketepikan nasi dan pecahkan telor kedalam kuali biar telor agak kering baru gaulkan dengan nasi goreng sekejab dan sedia untuk di hidangkan

Sunday, March 7, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN ~ KUALA TERENGGANU

tak ader maknanye percutiang ke Teganu kalau tak makang nasi dagang dang nasi kerabu...








Sunday, February 28, 2010

IKAN DALAM TAMAN

alamak dah jadi ikan dalam semak...jangan marah !!


mama angkut resepi ni dari umah Jun...Jun pulok kata dia totally 100% cnp dari umah kak Nor... abih camno tuh..apa-apapun...tima kasih banyak ye Jun dan timakasih berganda wat Kak Nor ...kedua-duanya memang chef maya yg tersohor...muahh! muahh!!

1 ekor ikan siakap (mama guna ikan kachi)
1/4 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan. Gaul ikan dgn tepung dan goreng hingga masak.
Angkat dan toskan.

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar pes cili sangai (resepi kt bawah ye)

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.

PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering
2 cawan barang putih
2 cawan bawang merah
1 cawan cili kering
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran


Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.



Thursday, February 25, 2010

BUBUR AYAM



kalau tak berapa sihat... tiada selera nak makan, bubur ni sesuai sangatlah..
yang berselera tu pulak mau tak cukup semangkuk dua

resepi ni sumbangan che' iza kat MyResepi
kopipes kat sini jugaklah (TQVM)


* 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
* 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
* 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
* 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
* sedikit garam
* 1 liter air

* GARNISH *
* lada merah
* daun bawang n daun sup
* sedikit mninyak bijan
* AKSESORI TAMBAHAN *
* ikan bilis n kacang digoreng
* lada jeruk
* telur masin
mama atiq tambah lobak jeruk & hirisan halia muda

Cara-cara

1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....


Tuesday, February 23, 2010

KEROPOK LEKOR

Selain keropok Losong...yang dekat Seberang Takir ni pun ngetop juge