Sunday, February 28, 2010

IKAN DALAM TAMAN

alamak dah jadi ikan dalam semak...jangan marah !!


mama angkut resepi ni dari umah Jun...Jun pulok kata dia totally 100% cnp dari umah kak Nor... abih camno tuh..apa-apapun...tima kasih banyak ye Jun dan timakasih berganda wat Kak Nor ...kedua-duanya memang chef maya yg tersohor...muahh! muahh!!

1 ekor ikan siakap (mama guna ikan kachi)
1/4 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan. Gaul ikan dgn tepung dan goreng hingga masak.
Angkat dan toskan.

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar pes cili sangai (resepi kt bawah ye)

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.

PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering
2 cawan barang putih
2 cawan bawang merah
1 cawan cili kering
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran


Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.



3 comments:

BelalangDewa said...

tak gunalah bela ikan kalau untuk dibuat makan... beli saja kat pekan

★ DiLaH ★ said...

Yam Yam erm... sedapnya..nak cuba.

★ DiLaH ★ said...

Yam Yam erm sedapnya...