Thursday, December 10, 2009

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

Tukar selera ke barat la pulok...
rasanya ramai dah cuba ayam panggang nih jadi layan ajelah....

yang kat atas tu bakar garing dan nampak elok sket kalau ikat kakinya sebelum dipanggang tak lah gelebeh2
yang kat bawah plak kurang garing dan kakinya tak diikat ...seksi meksi la plak ayam ni, eloklah dipanggang garing lg wangi dan sedap
lemon direbus sekejab dicucuk2 dengan garfu dan disumbat dalam perut ayam
Hidangkan dengan sos kegemaran...mama guna sos black pepper & sos cili

jemput rasa semua...

Bahan-bahannya
1 ekor ayam sederhana
2 biji lemon (mama guna sebiji saja)
3 sudu makan rosemarry
3 ulas bawang putih (mama guna 5 ulas)
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kentang, dipotong dadu
karot, dipotong ikut suka
bawang, dipotong baji
(mama tambah sedikit madu dan kicap manis)

Cara-caranya
1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.
cengginila ropa ayam sebelum masuk oven

5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
6. Kentang dan karot rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

Nota: masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. rasanya 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

Mama angkut resepi ni dari blog Diana..setinggi2 penghargaan buat Diana dll yg ada kaitan

Wednesday, December 9, 2009

PUDING SUMI

Semudah A, B, C





A
1 tin fruit koktel bersama sirapnya
jeli sumi secukupnya

B
1 1/2 tin susu cair
3/4 tin air atau lebih mengikut citarasa
gula manis ikut cita rasa
1 sudu tepung kastad dibancuh dgn sedikit air
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
didihkan dan sejukkan

C
campur A dan B
sejukkan dalam esbox sebelum dihidangkan

Ermmm...lemak berkrim!!!


DAGING DENDENG

Hasil skodeng rumah UMMI ... biar pun remeh tp berbaloi...memang menetapi citarasa


Kopipes terus dari rumah ummi ...terimakasih byk kerana sudi berkongsi resepi

Bahan:-
1 kilo daging fresh

Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging.

cenggini le rupa daging yg mama dah tumbuk keletung kelentang
Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Ta daaaaaaaaa siappp!


Friday, November 20, 2009

NASI MINYAK HUJAN PANAS

sekarang ni mana de ujan panas...ujan ribut ade la...apa2 pun jom layan...
cantik wo...kaler2 lagik

resepi Mak Yong dari MyResepi...sedap, terima kasih Mak Yong

bahan-bahan
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam (mama guna 1 kiub je )
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara

Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

AYAM MASAK MERAH

gandingan mantap nasi minyak, nasi beriani yg sangat popular kat majlis kenduri


resepi mrs shieza kat MyResepi, kopipes je ni terima kasih banyak kerana sudi berkongsi

bahan-bahannya
1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng)
cili mesin(cili kering yang telah dimesin bersama bawang putih dan bawang merah..sy guna lbih kurg dlm 2@3 senduk nasi)

1/2 botol sos tomato (sy guna Aminah Hassan..lbih sedap) klu suke rase tomato lbih leh letak lebih
bahan utk menumis:
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang kecil (ditumbuk kasar)
1 inch halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
sedikit gula dan garam
sdikit daun bawang ditabur utk hiasan
Minyak utk menumis
1 cawan air (utk kuah)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
buah tomato atau nenas (optional klu suke)

Cara-cara

Mula2 ayam td di goreng dahulu. Setelah abis digoreng, ketepikan.
Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.
Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suke kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak2 la yer..ikut sedap..
Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suke, boleh jugak masukkan nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.

Saturday, November 14, 2009

KERAZTANGAN



ni ape ni? burung antu ke? takutttttnyerrrrr!!

Wednesday, November 11, 2009

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA

jalan-jalan cari makan di Uptown....dah lama pun, n3 tertunda....di sini lah mama jatuh cinta pandang pertama...seriyes x tipu....

layan gambar ajelah ye...
macam-macam ada !!
pandangan di salah satu sudut

kreatif..


sedap wo...
Add Image
model-model ni tak nak tunjuk wajah sbb. bayaran x dijelaskan ikut kontrak..korang berkira ye

sungguh cantik! memang cantik!!!
sekali pandang terus jatuh cinta...
tertarik dengan kecantikan dan lembut warnanya....
jangan tipu kata tak suka...
sejak tu asyik teringat je...asyik dok google nengok gambar kek yg comel2 ni....


Tuesday, November 10, 2009

KANGKUNG GORENG BELACAN

kata orang sayur kangkung ni banyak khasiatnya, boleh meredakan sakit kepala dan merawat penyakit sukar tidor /insomnia, lagi satu mama pernah dengar lendir dari ramasan kangkung (yg mentahlah)boleh lebatkan rambut...

selain sedap bila jadik sotong kangkung, jadi rakan yong tau fu, celur buat ulam dicecah sambal belacan pun dah sedap sgt atau boleh buat sayur sampingan juadah nasi lemak

apa2 pun kangkung goreng belacan memang sayur kesukaan mama...pekena dengan nasi panas2 musim ujan nih...pergh..!!

1 ikat kangkung
2 biji cili merah(nak pedas,tambah cili padi)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis atau udang kering
udang hidup
sedikit belacan
bahan perasa spt garam @ gula secukup rasa
minyak masak secukupnya untuk menumis

kangkung bersihkan, toskandan di potong, bahan2 lain ditumbuk
tumis hingga naik bau atau sedikit garing masukan kangkung
masukkan bahan perasa mungkin garam tidak perlu cos bilis/udang kering dah masin
gaul rata dan kacau sehingga masak jgn terlampau layu, tak sedap plak

NASI GORENG NENAS


ada rasa masam, pedas,...erm sedap la

masak ikut resepi onigiri yg dok jauh nun di jepong
kalau nak tengok koleksi resepi onigiri puan-puan adik kakak leh ke http://damiacyan.multiply.com

mama kopipes kat MyResepi
3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
2 sudu besar mix vegetable
1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit lada sulah
1 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit bawang goreng untuk hiasan
2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)
Cara-cara Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan. Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan.

tqvm Onigiri



Nasi Goreng on Foodista

Saturday, November 7, 2009

BUAH OH BUAH


semenjak dua menjak nih baba suka sangat makan epel...dulu2 dia suka oren ngan anggur...
baguih jugaklah setahu mama epel ni banyak khasiat dan manfaatnya
- kononnya kaya ngan vitamin A, B dan C.
- kononnya epel dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- zat dalam epel juga dikatakan dpt menjauhi kita dari kanser
- yang paling mengumbirakan khasiat epel lewatkan penuaan
- dan yg unik sekali ia dpt. mengurangi nafsu makan yang terlalu berkobar-kobar



gi pasar ngan baba, mama biar dia je pilih buah, biasanye buah yg baba pilih manis2 belaka...mau tak manis dah dia pilih yg mahal...seedless lagi

ermmm...baba memang pandai pilih buah :( tak leh mama nafikan...


paling syok baba terer kupas epel...mama tinggal ngap je...


biarla baba suka epel, oren ngan anggur...selera mama tetap buah tempatan...


baru2 ni jumpa doktor dia tanya buah apa yg mama suka...dengan bangga mama cakap duku langsat la...dan lg moktan, cempedak jg manggis...dia tanya lg kalau langsat banyak mana mama makan? ...hai tuan doktor !...sekilo pun leh abis...kan ke elok kalau kita banyak makan buah2an...doktor tu marah2 ....makcik nak kena potong kaki ke? len kali makan langsat tu setakat 7 biji je taw!!! .....arr... grrrr...7 biji haje? ....lekat celah gigi je tu hu hu.....
terbaca pula catatan dari Mak long' Kitchen buah rambutan plak leh makan setakat 2 biji sedangkan selama ni mama dok perabih kat sekilo...

Thursday, November 5, 2009

NAK KURUS?


berita baik nih...kalau nak kurus makan lah tomato...kerana ia menyebabkan hormon selera makan berkurangan...
saintis dan penyelidik Universiti Reading Britain yg diketuai Dr. Julia Lovegrove pakar nutrisi, mendapati tomato kaya dengan sebatian lycopene sesuai untuk menguruskan badan, kajian dilakukan terhadap sejumlah sukarelawan yg diberi sandwich mengandungi krim keju atau roti yg diperkaya lobak atau tomato untuk merekodkan tahap kekenyangan, mereka mendapati tomato menyebabkan sukarelawan yang berumur antara 18-25 tahun itu berasa kenyang
jadi tunggu apa lg...yg nak kurus tu...penuhkan peti ais anda ngan tomato..
mama pasni nak masak nasik tomato, lauk ayam tomato, bersulam jelatah tomato pastu hidangkan dengan jus tomato...mak aih merah semuanye... laghat ka nak makan nih...
sumber: Kosmo