Baru2 ni ketika ke Kelantan mama ambil kesempatan ke Pasar Takbai Thailand...macam2 lah ada, termasuk rempah ratus basah seperti pes kari hijau, pes kari kuning dan serbuk rempah nasi komok...oleh kerana Atiq suka sangat nasi komok ni maka mama belilah rempahnyer yg dipeket kecil2..seringgit je sepeket...tp tak tahula pulak cara nak memasaknyer...nasib baikla ada pakcik google yg banyak sangat membantu dapat lah mama rujuk di SINI
sumber dan kopipes dr : http://aziancollections.blogspot.com
resepi asal guna ayam tp mama menggantikannya dengan udang
BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
SOS:-
1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
No comments:
Post a Comment