Saturday, September 25, 2010

IKAN KUKUS 3 RASA

sedap ni...
resepi asal Chef Norzailina..mama atiq ceduk dari dapur home sweet home ummi, kata ummi dia ceduk dr dapur noreen...terima kasih dan penghargaan untuk semua yang terlibat...

resepi kopipes bolat2 dr dapur Ummi biasela tu yek...

1 ekor ikan siakap - ( mama atiq guna jenahak dan goreng garing)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih  (mama atiq goreng kering2 je)
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

 Bahan-Bahan Sos:-
 2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-

 Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


Tuesday, September 14, 2010

RAYA OH RAYA

raya ke? raya la sangat ! makan pun orang sponsor...pakai lawa-lawa ... posing sana sini pastu kerja ...hu hu...hai la nasib ...orang laen ngan keluarga tercenta awak kat opis...uwaaaaaaa ! waaaaa! waaaaaa!


Sunday, September 5, 2010

HONEY SNAPS

mudah disediakan namun digemari ramai & menjadi pilihan

bahan-bahan

60 gram butter
1/4 cawan madu
1 sudu besar gula halus
4 cawan cornflake
90 gram kacang tanah ~ panggang

cairkan butter madu dan gula atas api yg sederhana, tuangkan dalam bekas berisi cornflake dan kacang ~ gaul sebati dan sudukan dalam acuan kertas kecil dan bakar 8 - 10 minit suhu sederhana

GIPANG BADAM

nampakner kita masih lg dalam minggu sekut raye sedonia

suka sangat gipang badam nih sebab senang dan cepat je nak buatnye ...tak payah nak terap ke nak gentel ke, baba pun suker biskut camni, kalau samperit ke tart nenas ke jgn harap dia nak pandang, mama je syok sendiri, makan sendiri :(

bahan-bahannya

1 cawan butter ( 1 bar)
1 cawan gula icing
8 sudu makan susu pekat
2 biji kuning telor
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
2 cawan kismis hitam yang halus
1 1/2 cawan badam nipis
2 kuning telor + sedikit air ~ untuk sapu

kacau butter & gula hingga sebati dan kembang + kuning telor sebatikan lalu + susu dan kacau lagi hingga sebati masukkan kismis dan tepung dan gaul rata ~ doh di bahagi 2 tekan kemas dalam acuan 12 in dan sapu sedikit putih telot dan tabur badam nipis, sapu kuning telor dan bakar hingga warna badam keemasan, angkat dan potong ikut saiz kegemaran.

Saturday, September 4, 2010

MARUKU

yang lama ~ dilupa jangan...

macam-macam versi maruku ni ~ ada yg ringan dan ranggup, ada yg adoi bagai nak patah gigi dibuatnyer..hik hik ...juga pelbagai tepung digunakan ~ ada guna tepung pulut, tepung beras, tepung kacang dal tp yg pasti sama ~ rasa khasnyer itu...semuanyer mesti ada rasa jemuju (caraway seeds) rempah yg sangat mirip dengan jintan putih (cumin)

hari ni mama atiq nak kongsi resepi maruku yg ranggup dan ringan...menggunakan tepung ubi

bahan-bahan

3 cawan tepung ubi
2 cawan tepung maruku (terdapat di pasaraya)
2 cawan santan (selembut doh)
3 sudu serbuk cili
1 sudu besar jemuju
1 biji telor
garam dan sedikit gula
daun kari (masukan dalam minyak semasa menggoreng)
sedikit udang kering kisar (kalau suka)
sedikit butter

gaul dan uli sebati, tekan dengan acuan maruku dan goreng garing ~
boleh tekan terus dalam kuali tp lebih senang tekan dan bentuk dalam bekas lain yg beralas plastik baru di pindahkan ke kuali

selamat mencuba

Friday, September 3, 2010

TART SIPUT

lagu raya dah mula berkumandang, kuih pun dah berbalang-balang...kemeriahan dah mula terasa...selamat hari raya untuk semua ye...maaf zahir batin...

semua dapur dah buat  tart gulung, tart rose  pelbagai bentuk tart, mama buat pesen laen la pulok !
bahan-bahan sama je ...intinyer suka ati  ye anak2 boleh paipkan butter cream lebihan buat kek tu, boleh paipkan jem kegemaran, tp kalau guna kastard macam cream puff tu ...kena segera makan ...simpan lama nanti basi  dan bercendawan pulok...  
canai doh yg siap potong memanjang dan lilit pd acuan horn saiz kecik sekali macam gambar yg kat atas tu sapu kuning telor sebelum dibakar

Thursday, September 2, 2010

QUICK SMOOTH TOFU FA



masa gi bertandang umah LOVE2COOK punyalah  teringin tengok tofu fa nyer tambah lg tengok kat dapur YAT MARIA memang tak sabar nak cuba...bezanyer  mama guna sirap gula putih...ermm nanti nak buat lagi la...tak payah lagi tunggu pasar malam  ~ tq LOVE2COOK kerana bagi idea, tq juga YAT MARIA  :)